°∘∘56∘∘°

51.6K 3K 207
                                    

Song title: Under The Influence x I Was Never There
━─━─━──༺༻──━─━─━

Apabila Aisy tersedar dari tidur, dapat dia rasa arus ombak laut yang membawa kapal itu. Namun sekarang, wanita itu pula yang baring di atas sofa, bukan Khalaf.

Mungkin Khalaf yang mengubah baringannya di atas sofa itu agar lebih selesa. Anak mata Aisy memerhati sekeliling sudut. Masih dia belum tahu selok belok di dalam ini. Kelibat suaminya entah kemana.

Aisy bangun dari sofa sebelum mencecahkan kaki ke lantai. Dia mendekati ke arah sebuah pintu yang tertulis 'Exclusive KF'.

Aisy mencari dimana tombol pintu atau punca untuk dia membuka pintu tersebut, namun tiada. Hanya satu butang silver yang ada di kiri dinding dalam kapal itu.

"Yang ni kut." Dia menekan butang itu tanpa ragu.

Pintu terbuka sendiri dengan automatik. Aisy menunggu sehingga selesai pintu tersebut dikuak sehingga luas.

Susuk tubuh tinggi lampai Khalaf menghiasi pandangan mata. Bibir mula mengukir senyum nipis. Lelaki itu membelakanginya dan hanya fokus menikmati pandangan air laut biru yang luas.

Aisy mendekati Khalaf serentak terus memeluk lengan kekar lelaki itu.

"Aisy—" Tindakan mengejut Aisy itu buatkan lamunan Khalaf terhenti sekelip mata. Dia menunduk wajah memandang Aisy disebelah.

"Sorry.." Aisy melebarkan senyumannya sehingga lesung pipit mula kelihatan. Renungan Khalaf dibalas tenang. Dia tahu suaminya tak akan marah.

"Abang okey?" Aisy mula menyoal setelah lama dia ingin menanyakan sesuatu. Dan dia ingin dengar jawapan itu dari mulut suaminya sendiri.

Senyuman Aisy memudar apabila Khalaf hanya mengangguk. Kenapa suaminya ini suka memendam perasaannya sendiri?

Aisy melepaskan rangkulan tangannya pada lengan Khalaf tadi. Wanita itu memusing tubuh menghadap suaminya. Bahu Khalaf ditolak lembut menyuruh agar turut berpaling menghadapnya.

Usai itu, Aisy menaikkan kedua-dua tangannya ke atas bahu Khalaf. Leher lelaki itu dirangkul kemas.

"Kenapa sayang?" Khalaf menunduk sedikit agar lebih mudah dia hendak memberi perhatian pada wajah yang dicintainya itu.

"Aisy tak pernah lupa dengan janji abang. Janji yang abang akan beritahu semua masalah yang abang pendam. Sekarang kan Aisy dah habis pantang. Saya ada disini pun untuk hilangkan tekanan Farrel."

"Bagi Aisy peluang untuk dengar luahan Farrel, boleh?" Aisy menurunkan sebelah tangan. Rahang tajam Khalaf diusap lembut. Memujuk agar hati lelaki itu terbuka untuk meluahkan padanya.

Terdiam Khalaf sesaat. Nafas dihembus tenang mendengar kata-kata lembut isterinya. Langit yang semakin gelap mengeluarkan garisan petir itu dipandang sekilas.

"Such a good wife.." Bibir Khalaf mengukir senyuman nipis.

"Abang rasa ditipu, Aisy. Ditipu dengan mama sendiri." Anak mata cantik isterinya itu direnung sedalam yang mungkin.

"Ditipu sebab? Kembar abang? Khaleef Firas, kan?" Berdas-das soalan ditujukan buat suaminya.

Khalaf terdiam. Bibirnya diketap tanpa senyuman. Jari runcing dan lembut yang masih berterusan mengusap wajahnya itu dibiarkan.

"Kau tahu, sayang?" Terangkat alis lelaki itu.

Aisy mengangguk beberapa kali. Renungan Khalaf dibalas sahaja.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now