°∘∘43∘∘°

54.6K 3K 167
                                    

"Emir? Kenapa dengan dia?"

"Apa kaitan dia dengan kau?" Anak mata Khalaf tepat merenung ke arah Rykarl yang duduk berhadapan dengan meja kerjanya.

"Nothing. Aku cuma nak tahu apa jadi dekat dia lepas kau—"

"Penting ke kau nak tahu apa aku buat dekat dia?" Belum sempat Rykarl menghabiskan ayat, terlebih dahulu Khalaf membidas.

"Cara kau bercakap macam tak suka aku Khalaf." Rykarl menghembus nafas kasar.

"Yes I did."

"Kenapa kau anti sangat dengan aku ni?" Rykarl mengerutkan dahinya beberapa saat.

"Aku tak percaya sesiapa. Faham? Banyak masalah pulak aku lepas ni. Silap-silap kau menyamar juga atas arahan seseorang. Macam Emir—" Khalaf bertutur tenang bersama riak wajahnya yang mendatar.

"Can you accept the fact that I'm not like Robert, Ricky and even a stupid boy like Emir?"  Panjang lebar Rykarl membalas. Rambut perang kemerahannya diraup kasar.

"Ada sebab tak untuk buat aku percaya dengan kau? Kalau takda, kau pergi balik."

"Dendam aku dah cukup terbalas, Karl. It's fair enough. If my family is ever touched by Robert, I will make sure that his family will not be safe in my hands."

"I repeat the last words. Keluarga bala dia takkan selamat. Got it Rykarl?" Bidas Khalaf. Rahangnya diketap.

"Aku dah keluar dari The Russian R'. Is it enough untuk buat kau percaya aku?" Setelah mengambil beberapa minit Rykarl berdiam diri. Dia lepaskan jua apa yang hendak disampaikan.

"Semuanya dah dibubarkan sejak Robert dengan Ricky mati."

"Bello sentirlo." (Nice to hear that) Khalaf mengukir senyuman sinis mendengar pernyataan tersebut.

"Tapi takkan sesenang tu untuk aku bagitahu kau, dekat mana aku simpan Raiyan Emir."

"Dia masih budak mentah Khal—"

"Macam yang aku cakap, kau nak bela budak bodoh tu!" Belum sempat Rykarl menghabiskan ayat, Khalaf terus bangun dari duduknya serentak menolak kasar kerusi keberlakang.

"Fine.. fine." Pantas Rykarl bangun apabila melihat riak wajah tegang lelaki dihadapannya itu.

"Mentah tak mentah lah! Kalau bukan disebabkan dia jadi spy Ricky, isteri aku tak masuk hospital lah sial—"

"Bro, sorry." Hanya itu yang mampu dibalas oleh Rykarl. Dia tidak mahu memanjangkan lagi ketegangan Khalaf.

"Shut up—" Khalaf menumbuk kuat meja kerjanya.

PRAKK

Sudahlah pula meja kerjanya itu lapisan berkaca. Tindakan Khalaf itu buatkan meja tersebut retak sehingga buku jari tangannya mengalirkan cecair darah.

Usai itu, Rykarl membisu tidak tahu bagaimana hendak mulakan perbualannya lagi. Lelaki itu hanya merenung ke arah tangan Khalaf yang luka tadi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now