°∘∘40∘∘°

61.7K 3.3K 380
                                    

song title ; Rivers Flow in You
━─━─━──༺༻──━─━─━

"Awak dari mana ni peluh-peluh?" Berkerut dahi Aisy, hairan. Sedang leka dia melipat baju, muncul Khalaf melangkah masuk kedalam bilik lalu terus berbaring diatas katil. Bahagian dadanya jelas kelihatan berpeluh pada waktu itu.

"Workout." Ringkas jawapan Khalaf.

Beberapa saat selepas itu, tersentak Aisy apabila Khalaf bertindak memeluk pingangnya. Wajah lelaki itu tertekup pada bantal namun lengan kirinya terletak kemas melingkari pinggang gadis itu.

"Farrel, awak busuk lah--" Kalau berlapik baju takpa juga, ini Khalaf hanya mengenakan seluar tracksuit panjang sahaja.

"Kejap lagi aku mandi la."

Terpaksalah Aisy berhenti dari melipat baju. Kerjanya terbantut apabila pergerakan sudah terbatas. Tubuh disandarkan pada kepala katil beberapa minit.

"Boo.." Nada serak basah lelaki itu memanggil. Wajahnya masih tertekup pada bantal empuk itu.

"Hm?"

"Main kejar-kejar jum--" Lantas dia mengalihkan kembali wajahnya yang tertekup tadi.

"Farrel merepek apa ni? Aisy tak larat. Tengok perut ni besar mana--" Aisy mengusap perutnya yang sudah jelas kelihatan baby bump itu.

"Alaa sayang.." Khalaf mula mengeluarkan nada suara manjanya. Taktahu kenapa perangai suami isteri ni dah lebih kurang mengadanya.

"Aku janji aku mandi kejap lagi."

Aisy menghembus nafas berat, mengeluh. Direnung lama wajah kacak suaminya itu. Nasib hensem mamat ni.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Taknak!"

"Aisy pe-penat!"

Tercungap-cungap dibuatnya Aisy apabila kelajuan langkahnya masih mampu dikalahkan oleh Khalaf. Rambutnya berserabai menutupi muka.

Pantas Aisy melabuhkan punggung diatas sofa empuk yang berada di sudut bilik itu. Habis satu rumah dibuatnya dikejar oleh Khalaf tanpa henti.

"Nooo--"

"Sayang aku belum sudah lagi lah--" Khalaf menarik perlahan lengan gadis itu, menyuruh agar kembali bangun menyambung permainan tadi.

"Farrel, Aisy tak larat tahutak!"

"Awak pergi mandi! Busuk--"

Nada suara yang agak tinggi digunakan itu buatkan Khalaf melepaskan genggamannya pada lengan Aisy. Terdiam dia beberapa saat.

Tanpa respon, Khalaf turut duduk bersebelahan isterinya yang sudah kepenatan itu. Dia hanya merenung ke arah lain tanpa memandang Aisy sekilaspun. Situasi itu berterusan beberapa minit.

Aisy disebelah sedikit resah apabila melihat Khalaf seperti itu. Nafasnya kembali teratur reda dari kepenatan. Dia juga curi-curi pandang suaminya disebelah.

"Far-Farrel.." Sengaja Aisy meletakkan tangan kanannya diatas peha Khalaf. Cuba menyapa lembut.

Tersentak Aisy apabila Khalaf bertindak bangun serentak menolak tangannya. Tanpa sepatah kata terus lelaki itu beredar dari situ meninggalkannya. Khalaf menapak ke arah bilik mandi.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now