°∘∘6∘∘°

70.9K 4.8K 529
                                    

Beberapa minit di atas jalan raya..

Berasa tidak selesa menghurungi diri Aisy. Hanya dia dan Khalaf saja berada di dalam perut kereta mewah itu.

Apa yang membuatkan diri Aisy merasa lebih malu adalah, duduk bersebelahan dengan seat Khalaf. Dia ingin membantah dari duduk di ruangan hadapan, tetapi terlebih dahulu lelaki itu membukakan pintu kereta di bahagian hadapan sebelum hendak bertolak tadi.

Burpp...

Bunyi kelaparan perut Aisy kuat berbunyi, memecahkan suasana yang sepi tadi. Merah padam muka gadis itu akibat menahan malu.

Ya Allah! Aku tak makan apa-apa dari malam tadi.. Haih. Dengus hatinya. Terkebil-kebil wajah Aisy pada ketika itu. Hanya pemandangan dari sisi tingkap kereta direnungnya.

"Lapar hm?" Khalaf menyoal dengan nada suaranya yang agak tenang. Dia masih tidak beralih dari fokus memandu tanpa memandang sekilaspun Aisy yang berada di sebelah.

"Erm.." Dengan ringkas Aisy menjawab perlahan. Ya, dia memang lapar, langsung sesuap pun dia tidak mengalas perut dari malam tadi. Sibuk memikirkan tentang Harizz dan Sumayyah.

Dengan hanya menggunakan sebelah tangan, Khalaf memegang setereng kereta. Tangan kirinya pula ralit membuka dashboard di hadapan Aisy.

Terkejut Aisy apabila Khalaf menghulurkan satu bungkusan roti coklat. Gadis itu menyambut huluran roti tersebut tanpa membantah. Sekilas Aisy mengalihkan pandangannya ke wajah Khalaf.

Entah mengapa gadis itu merasakan Khalaf Farrel seorang yang sangat tenang. Dari cara lelaki itu memandu, berkata-kata, mahupun setiap pergerakannya.

Dari dahi Khalaf yang bersih, turun sehingga bibirnya yang merah jambu semula jadi itu direnung penuh minat. Anak mata yang bewarna coklat kehitaman, sejuk mata memandang.

"Terima ka--kasih.."Lembut nada suara yang dikeluarkan oleh Aisy.

Lantas dia membuka bungkusan roti coklat tadi, dengan perlahan-lahan dia suakan di dalam mulut.

"I'am sorry to say Tuan Muda Khalaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I'am sorry to say Tuan Muda Khalaf. Sumayyah had breathed her last."

"Bahagian rusuk kiri dalam tubuh Sumayyah cedera parah akibat dia menerima hentakkan yang sangat kuat. Tubuh budak yang masih kecil tidak akan mampu bertaruh nyawa dengan lama. Hanya beberapa saat saja dia bernafas."

"SHITT!--"

"SHE DIED?!"

Semakin terkejut Khalaf apabila mendengar berita yang buruk itu dari doktor peribadi yang ditugaskan merawat kedua adik-adik Aisy. Khalaf sengaja memejamkan matanya rapat. Rambut depan digenggam.

"And the another one, Harizz. Keadaan dia semakin stabil. Semuanya dalam keadaan baik." Jelas doktor perempuan itu lagi.

"Maafkan saya, Tuan Muda. Setakat ni, itu saja yang mampu sedaya upaya saya selamatkan. Anything just inform me. Beritahu hal ni pada Cik Aisy nanti ya." Doktor tersebut meleretkan senyuman kelatnya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now