°∘∘19∘∘°

79K 3.8K 348
                                    

Selesai saja makan malam, Aisy dibawa bersiar-siar oleh Tengku Rossa di kawasan luar rumah agam. Taman bunga dilalu dengan angin malam yang sejuk dan tenang. Mereka bersenang-senang di atas garden bench yang terletak khas di sudut taman bunga tesebut.

"Tok Ma bagitahu yang kaki Aisy tertusuk kaca, meh mama nak tengok—"

"Dah okey dah mama. Takdalah teruk mana," Tersenyum nipis Aisy melihat wanita itu ralit memerhati kaki kirinya.

"Mama risau yelah kan si Puteri tu yang buat kaki kamu ni.." Air muka Tengku Rossa jelas tampak sedikit kelat. Diusapnya peha Aisy, lembut.

"Mama kalau Aisy tanya, mama jangan fikir bukan-bukan ya?" Teragak-agak gadis itu hendak menyoal.

"Aisy, tanya je. Mama jaranglah nak marah-marah.." Berkerut dahi Tengku Rossa.

"Puteri ada apa-apa ke dengan Farrel sebelum ni? Sebab Aisy rasa macam dia tak suka kan—"

"Meh mama explain.." Terlebih dahulu wanita itu memotong ayat Aisy.

"Puteri ni sukakan Farrel dari dulu lagi. Banyak kali dia minta Paklong suruh mama pujuk Farrel." Panjang lebar Tengku Rossa menerangkan. Wajah Aisy direnung penuh lembut.

"Salah Aisy ke mama sebab—"

"Tak sayang. Farrel ni lain. Berbeza sangat dengan lelaki lain. Dia takkan sesuka hati mulakan perbualan dengan perempuan." Wanita itu mengusap pula tangan Aisy, menenangkan gadis itu.

"Maksud mama?" Terkebil-kebil Aisy, cuba memahami apa yang disampaikan oleh Tengku Rossa tadi..

"Farrel taksuka benda yang remeh temeh. Farrel akan hanya bercakap dengan orang tu, kalau dia rasa orang tu penting je bagi dia. Maksud mama, Aisy adalah orang yang penting dalam hidup dia."

"Once you become his wife, he will not let anyone hurt you Aisy.." Senyuman nipis terukir pada bibir Tengku Rossa.

Sebaik sahaja Aisy mendengar satu persatu ayat yang diluahkan dari wanita itu, matanya mula berkaca.

"Farrel baik. Dia tak pernah salahkan Aisy masa Sumayyah meninggal dunia. Aisy cuai sebab biarkan adik..."

Terhenti disitu apa yang hendak dikatakan oleh Aisy akibat tidak dapat dia menahan air mata yang mula berjurai membasahi pipi. Lantas Tengku Rossa menarik tubuh kecil gadis itu kedalam dakapannya. Wanita itu mengusap lembut bahu gadis itu, lama.

"Sebab Farrel sayangkan Aisy. Allah takdirkan jodoh kamu berdua, jadi Aisy jangan kisahkan lagi si Puteri tu ya.."

"Takda siapa yang salah. Sumayyah tunggu kita dekat syurga ya sayang? Pujuk wanita itu.

Tengku Rossa sungguh memahami apa yang dilalui oleh menantunya seorang itu. Bagai apa yang dipendamkan oleh Aisy, terlebih dahulu dia membaca isi hati gadis itu. Dakapan semakin dieratkan.

"Terima ka-kasih mama. Aisy sayang mama macam ibu Aisy sendiri," Terasa ringan beban yang ditanggung selama ini.

Sungguh Aisy bersyukur dia ditemukan dengan Khalaf, malah Tengku Rossa tidak ubah melayannya seperti anak perempuannya sendiri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now