°∘∘5∘∘°

70.4K 4.5K 320
                                    

"Dah sampai Cik Aisy."

Terangkat kening Aisy apabila Fareez memanggilnya dengan nama dia sendiri.Macam mana dia boleh tahu nama aku? Dengus hatinya.

"Terima kasih." Rasa janggal menyelubungi diri Aisy.

Lelaki yang baru dia kenali, menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki kereta yang mewah. Tidak pernah sesekalipun Aisy merasa layak duduk di dalam kereta ini.

"Cik Aisy--" Belum sempat Aisy hendak keluar dari perut kereta, terlebih dahulu Fareez menghentikan langkahnya.

"Saya akan jemput Cik Aisy semula pukul 10 pagi nanti."

Aisy yang tadinya hendak menutup pintu kereta, kembali dia tarik agar terbuka semula.

"Taa..tak perlu "Sedikit tergagap Aisy menutur ayat.

"Saya hanya ikut cakap Tuan Muda Khalaf,"

"Cakap dengan dia, saya taknak susahkan sesiapa."

Tersentak Fareez apabila Aisy bertindak menutup pintu kereta, lalu terus melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya.

"Aku jugak yang kena marah nanti." Fareez perhati setiap langkah Aisy. Dia menghembus nafas beratnya.

"Haih, susah betul." Sambungnya lagi.

Hanya beberapa jam saja Aisy sempat merehatkan diri di rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hanya beberapa jam saja Aisy sempat merehatkan diri di rumah. Selesai saja dari membersihkan diri dan mendirikan solat subuh, terus dia tidur.

Akibat terlalu kusut kepala nya memikirkan tentang Harizz dan Sumayyah, dia banyak menangis ketika dia hendak melelapkan mata.

Bagi Aisy Melina, dia takkan dapat memaafkan dirinya jika ada perkara buruk yang berlaku menimpa Sumayyah. Tuhan, selamatkan lah adik perempuanku!

TOKK TOK

TOK—

Sedang lena Aisy tidur, tiba-tiba kedengaran jelas ditelinganya mendengar seseorang mengetuk pintu rumahnya dengan kuat.

"Siapa pula yang ketuk pintu kuat-kuat ni?" Tanpa melengahkan masa, lantas gadis itu bangun lalu keluar dari bilik tidur. Sempat sehelai selendang dicapai untuk disarungkan ke kepala.

Aisy menyedari yang mengetuk pintu rumahnya dengan kuat tadi ialah tuan rumah kepada rumah sewa yang dia duduk selama ini.

Jelas dimatanya dapat melihat figura seorang lelaki dari tingkap di suatu sudut dalam rumah.

Tampak sangat cemas wajah Aisy pada ketika itu. Apa yang patut dia lakukan pada waktu itu? Sudahlah pula bayaran rumah sewa ini tertunggak selama tiga bulan. Apakah alasan yang boleh dia beri kepada tuan rumah itu?

"OI BUKA PINTU NI!"

Dengan keadaan yang ketakutan, Aisy terpaksa membuka pintu yang diketuk kuat tanpa henti oleh lelaki itu. Pintu dibuka secara perlahan-lahan.

"Maafkan sa—"

"Buka juga pintu ni ya?!"

Tertunduk-tunduk wajah Aisy ketika berhadapan dengan lelaki itu.

"Bila nak bayar?"

"AKU TANYA KAUNI, BILA KAU NAK BAYAR?!" Kasar suara yang dilontarkan membuatkan sedikit terhincut bahu Aisy pada waktu itu.

"Saya tak dapat nak bayar lagi abang Irfan—"

"Ta-tapi saya sanggup buat apa je, asalkan sa-saya diberi peluang untuk tinggal dalam rumahni.." Entah apa yang difikirkan oleh Aisy pada waktu itu sehingga dia terpaksa berkata begitu?

"Apa saja?" sengaja lelaki yang bernama Irfan itu meleretkan senyuman nakal.

Terkejut Aisy apabila lelaki itu bertindak mendekatinya. Pintu rumah ditarik oleh Irfan agar terbuka luas bagi mudah dia hendak melangkah masuk. Kemudian sengaja dia kembali menutup pintu rumah dengan rapat, agar mudah dia mengugut Aisy.

Selesai sahaja Irfan menutup pintu, Aisy berasa cemas apabila semakin langkahnya keberlakang, semakin Irfan mendekatkan pergerakannya ke arah dia.

"Ja-jangan!" Terjerit kecil Aisy akibat tangannya ditarik kasar oleh lelaki itu. Tarikan tangannya ditarik sehingga dia ditolak ke atas sebuah sofa yang berada di ruang tamu.

"Jangan nak jerit. Sekarangni dengan benda ni je yang kau dapat bayar hutang aku balik. Faham?" Lelaki tersebut bertindak menekup mulut Aisy. Lantas dia menindih tubuh kecil Aisy bagi menghentikan pergerakan gadis itu.

Aisy hanya mampu menggelengkan kepalanya laju, membantah permintaan itu. Akibat terlalu takut, dia mengalirkan air mata sambil tangannya menolak dada lelaki itu. Meronta-ronta agar dilepaskan. Apakan daya, kudratnya tidak mampu meleraikan tindihan tubuh kecilnya.

"Cantik juga kauni ya? Kalau macamni, takyah bayar sampai bila-bila pun takpa--" Belum sempat Irfan menyelak selendang yang tersarung dikepala Aisy...

BUSHH

PUM

"KAU BUAT APANI?!"Khalaf Farrel berjaya menerjah masuk kedalam ruang tamu setelah beberapa kali dia menghentak pintu rumah yang dikunci dari dalam.

"Khalaf??" Irfan yang sibuk menindih tubuh Aisy tadi mengalihkan pandangannya ke arah Khalaf.

"BANGUN BODOH!--"Khalaf bertindak mendekati mereka berdua.

Lantas Khalaf mencengkam rahang lelaki itu. Wajah dia terserlah dengan sisi gelapnya.

"To--tolong.." Aisy bangun, laju dia menjauhi lelaki tersebut. Gadis itu mendekatkan dirinya di berlakang tubuh tegap Khalaf.

"Aa-apa kau buat dekat sini Khalaf?" Tergagap lelaki itu ketika menutur ayat apabila Khalaf bertindak menguatkan lagi cengkaman pada rahangnya.

"Kau tak perlu tahu pun semuatu, faham?"

"FAHAM TAK?!"

Akibat ditengking kuat oleh Khalaf, Irfan hanya mampu mengangguk laju tanpa bantahan atau sebarang jawapan. Dia menundukkan wajahnya ke bawah, takut bertentang mata dengan Khalaf Farrel.

"Aku akan bayar hutang dia Irfan, 3 bulan punya bayaran sekaligus." Khalaf melepaskan cengkaman kuatnya tadi. Sengaja dia menolak kasar bahu Irfan. Anak matanya tajam merenung ke arah wajah lelaki itu.

"From now on, dia takkan duduk sini. Aku taknak kau muncul lagi depan dia, faham?" Khalaf meraup rambutnya keberlakang. Nafas dihembus kasar.

"Faham." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Irfan. Takut membantah.

Aisy yang ketakutan diberlakang tubuh tegap Khalaf hanya mendiamkan diri. Tetapi banyak persoalan yang bermain difikirannya. Bagaimana Khalaf terlebih dahulu mengetahui nama Irfan? Dia kenal ke?

"Kemas semua barang kau sekarang." Buat pertama kalinya Aisy disapa oleh Khalaf.

Dengan perlahan, Khalaf mengalihkan pandangan pada wajah sembab Aisy. Dalam hanya beberapa saat sahaja, lelaki itu kembali melarikan pandangannya tadi.

"Ta--tapi.." lembut nada suara yang dilontarkan oleh Aisy. Dia kembali mengawal perasaannya, berasa hairan apabila Khalaf menyuruhnya kemas semua barang, malah didengarnya tadi, dia tidak akan duduk di sini lagi?

"Kau nak tengok adik-adik kau ke tak?"

"Nak.." Laju Aisy menganggukkan kepalanya, menandakan setuju.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now