°∘ Special chapter∘°

89K 3.8K 1K
                                    

Song title: Baby I'm Yours
━─━─━──༺༻──━─━─━

Berkerut dahi Khalaf mendengar suara tangisan seorang budak di kawasan kolam renang rumahnya. Nak kata suara menangis si Airis, dia masih bayi. Berjalan pun belum pandai lagi!

Langkah kakinya semakin laju menapak ke arah kolam renang tersebut. Tidak lama kemudian tuan empunya suara itu sudahpun menghiasi pandangan mata. Harizz duduk memeluk lututnya sendiri. Menghadap kolam renang dan membelakangi Khalaf.

Risaunya menebal tatkala melihat budak lelaki itu berseorangan malah menangis disitu. Tanpa menyapa, Khalaf melabuhkan punggung bersebelahan dengan kedudukan Harizz.

"Tssk.. tsk—" Terhincut bahu Harizz menahan esakan.

Khalaf mendapatkan wajah Harizz. Wajah yang sudah kemerahan itu dipandang sayu.

"Little boy.." Bahu Harizz diusap lembut. Khalaf mula menyapa.

Harizz mengangkat wajah membalas renungan Khalaf.

"Kenapa ni? Siapa buat kau menangis?" Perlahan tetapi masih didengar jelas oleh budak lelaki itu. Pantas dia menyembamkan wajah ke dada sasa Khalaf. Memeluk tubuh jejaka itu erat tanpa memberi respon.

Tindakan Harizz yang mengejut itu buatkan Khalaf dengan automatik membalas pelukan tersebut. Dia menggosok perlahan belakang tubuh Harizz.

"Don't just crying like this Harizz. Bagitahu, siapa yang buat kau menangis?" Lagi sekali soalan yang sama itu ditanya. Khalaf masih cuba untuk memujuk meskipun dia tidak tahu puncanya apa.

"Ha–Harizz.. Rizz.."

"Ri–rindu.. adik. Rindu ibu aa–ayah." Wajah Harizz yang tertekup itu sedikit sukar untuk Khalaf mendengar dengan jelas apa yang disampaikan olehnya. Namun jejaka itu masih dapat tafsir nama yang dirinduinya itu disebut.

Khalaf tidak mampu untuk menyusun ayat pujukannya. Kerana dia sendiri tahu yang isterinya dan Harizz adalah anak yatim piatu. Kasihan lagi pada Harizz, kerana kejayaannya pada masa akan datang nanti tak sempat untuk dipertontonkan buat arwah ibu bapanya.

"Harizz.." Khalaf mengeratkan pelukan. Biarlah bajunya basah akibat air mata yang sememangnya memerlukan tempat berteduh.

"Kau kuat. Kuat dari budak kecil lain yang aku pernah jumpa sebelum ni. Kuat juga dari aku yang lagi jauh beza dari umur kau." Perlahan saja ayat itu ditutur seperti berbisik ditepi telinga Harizz.

"Sebab kau dipinjamkan tiga insan yang paling kau sayang, tapi hanya dalam waktu yang sekejap. Tak mampu bagi aku jadi kuat dan setabah kau, Harizz." Sepintas lalu Khalaf menyambung, dia teringat akan arwah papanya. Dan ketika itu matanya terpejam mengenangkan bertapa teguhnya Aisy dan Harizz menjalani kehidupan, jika dia tidak hadir untuk menghulurkan kasih sayang dalam hidup mereka.

Perlahan Khalaf cuba meleraikan pelukan. Dia kembali mencari wajah Harizz. Merenung lama dalam anak mata budak kecil itu yang berharap akan sentiasa dapat berkongsi kasih dan merasa ada keluarga buat selamanya.

"Jangan nangis.." Air mata Harizz diseka bersama jari kasarnya. Bibir yang mencebik lama itu diusap sekilas.

"Kalau takda orang yang boleh peluk kau macam arwah ibu, mama boleh peluk."

"Kalau perlukan pelindungan seorang ayah, aku tak mampu.. Harizz. Tapi aku sentiasa ada, untuk jaga kau. You need to know that you will be a grown man one day.." Tangan Khalaf mula naik mengusap rambut Harizz.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now