°∘∘9∘∘°

74K 4.3K 441
                                    

"Tuan Muda Khalaf--"

Aaren baru melangkah masuk ke dalam bilik peribadi Tuan Mudanya. Wajah lelaki itu tampak sedikit resah pada ketika itu.

"Hm?" Khalaf yang tadi ralit menilik iPad kepunyaannya, mula mengalihkan pandangan ke arah Aaren. Terangkat kening melihat wajah anak buahnya yang sorang itu.

"Tuan Evren--"

"Dia pergi rumah Tengku Rossa."

"Apa jantan tu buat dekat situ?" Terkejut Khalaf apabila Aaren mengatakan bahawa sahabat dia, sedang berada di rumah agam milik mamanya, Tengku Rossa.

"Aku tak pasti Tuan Muda. Mungkin dia ingat kau balik sana harini."

"Hayelah." ringkas jawapan dari Khalaf. Tanpa melengahkan masa, terus Khalaf bangun dari duduknya tadi.

"Kau nak aku hantarkan ke Tuan Muda Khalaf?"

"No need. Aku nak cepat, naik motor je."

Sebelum Khalaf melangkah keluar dari bilik peribadi tersebut, sempat Aaren menundukkan sedikit wajahnya. Lelaki itu kembali menutup pintu bilik peribadi itu lalu mengikut langkah Tuan Mudanya.

Selesai menuruni anak tangga rumah agamnya, jelas di mata Khalaf melihat Aisy dan Harizz sedang berehat di atas sofa empuk ruang tamu sambil menonton rancangan TV.

"Abang!" Harizz menyapa.

Khalaf mendekati ruangan tersebut. Sempat dia mengambil helmet yang berada di atas rak pada satu sudut ruang tamu, untuk dibawa keluar rumah nanti.

"Abang nak pergi mana tu?--" Harizz berlari anak, turut mendekati Khalaf.

"Aku ada hal. Nak keluar kejap--"Lantas Khalaf menggenggam erat lengan Harizz. Dibawanya perlahan-lahan ke arah Aisy yang masih kusyuk menonton TV.

"Nak ikut boleh?"Penuh bersinar mata Harizz pada ketika itu sambil bibirnya mengukir senyuman yang lebar.

"Soon little boy. Aku urgent ni." Khalaf mengangkat tubuh kecil budak lelaki itu ke atas sebuah sofa, bersebelahan dengan Aisy.

Diperhatikan saja wajah Harizz yang mencebik itu. Sekilas pandangannya beralih ke arah Aisy. 'Taknak pandang aku ke perempuanni?' Dengus hatinya.

Melihat Aisy hanya diam membisu, sambil matanya tepat merenung ke arah skrin TV, Khalaf kembali mengatur langkah ke arah pintu utama rumah agamnya.

Bunyi motor sport milik Khalaf yang berjenama Honda cbr1000rr, itu jelas kedengaran meluncur masuk kedalam perkarangan rumah agam Tengku Rossa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi motor sport milik Khalaf yang berjenama Honda cbr1000rr, itu jelas kedengaran meluncur masuk kedalam perkarangan rumah agam Tengku Rossa.

Khalaf membetulkan rambut hitam pekatnya yang tampak sedikit berserabai akibat lama helmet motor tersarung di kepala. Jaket sweater bewarna hitam yang tersarung pada tubuh tegapnya ditanggal sebelum kaki melangkah mendekati pintu rumah agam tersebut.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now