°∘∘49∘∘°

53.4K 3K 336
                                    

"Le-lepas lah Farrel.."

"Kalau boleh sampai Aisy bersalin awak takyah balik—" Aisy teresak-esak menangis di dada Khalaf.

Khalaf masih bertahan memujuk meskipun baju sudah basah lencun akibat air mata isterinya. Ubun-ubun rambut Aisy dikucup lama.

Tidak lama kemudian Khalaf perlahan-lahan meleraikan pelukan. Dia memegang lembut lengan Aisy sebelum menyandarkan tubuh pada kepala katil. Pinggang Aisy ditarik sebelum dibawa duduk ke atas pehanya. Namun isterinya mengeraskan badan, membantah.

"Aku penat, sayang.." Khalaf merenung lembut wajah memerah Aisy.

"Boleh kau hilangkan penat aku dengan dengar apa yang aku cakap? Hm?" Dalam nada lembut suara Khalaf, masih terselit dengan arahannya.

Melihat Aisy hanya diam, Khalaf cuba sekali lagi menarik pinggangnya menyuruh agar duduk di pangkuan. Aisy masih belum berhenti menangis namun dia sudah menerima suruhan Khalaf.

"Pandang aku—" Memandangkan wajah Aisy membelakanginya, dia menolak lembut dagu Aisy agar berpaling menghadapnya. Jari Khalaf mula naik mengelap air mata Aisy.

"It's not your fault, boo."

"Maafkan aku. Kau tak patut kesini tanpa aku." Khalaf menahan tubuh Aisy dari meleset ketepi dengan memeluk pinggangnya dengan sebelah tangan.

"Aku rindu isteri aku. Kau tak rindu aku, hm?"

Dapat Khalaf rasakan amukan Aisy semakin reda. Hilang akal tadi tak tahu bagaimana mahu hentikan tangisan si isteri.

Aisy tidak memberi respon namun dia mengangguk perlahan. Anak mata cantiknya bertembung dengan anak mata Khalaf.

"Miss me? Teman aku tidur."

"Can we stay in this position until I wake up? Cause I miss you damn much sayang—" Memandangkan badannya pun sekarang sudah letih ya amat akibat bergegas memandu kesini. Tambahan pula berpuluh-puluh minit memujuk Aisy.

"Bo-boleh.." Aisy menjawab perlahan.

Khalaf mengukir senyuman nipis. Dia mula mengucup bibir Aisy bagi melepaskan rindu. Lelaki itu merendahkan kepalanya sebelum terus berbaring pada bantal. Baringan mereka dikemaskan agar lebih selesa.

Dua butang baju kemejanya hitamnya ditanggal akibat terlalu panas. Sempat Khalaf mengusap baby bump Aisy sebelum matanya mula dipejamkan rapat. He miss everything about her.

Aisy turut terlelap selepas habis tenaga diguna. Hatinya mudah lembut apabila Khalaf yang berada disisi.

"Abang—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang—"

"Lama betul kau pujuk sampai malam baru keluar bilik." Fredella menghentikan langkah Khalaf. Padahal abangnya baru saja hendak masuk kedalam bilik mandi.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now