°∘∘37∘∘°

62.1K 3.3K 253
                                    


song title : Love Me Like You Do – Ellie Goulding
━─━─━──༺༻──━─━─━

Langsir yang berada didalam wad
peribadi itu direnung lama. Ruang bilik yang sudah tiada cahaya itu menandakan hari sudah larut ke malam. Kepala Aisy terasa memberat apabila dia sudah lama tertidur sejak dimasukkan kedalam hospital.

Saluran pernafasan Aisy disapa dengan bauan maskulin Khalaf. Apabila dia mengiringkan tubuh ke kiri, puncak hidungnya tersentuh dengan dagu lelaki itu.

"Farrel.." Spontan dia menyapa suaminya yang sedang lena itu.

Melihat Khalaf yang tiada tanda-tanda untuk bangun, Aisy tidak mahu mengganggu. Segala kejadian, yang dimana dia diculik dan melihat pertumpahan darah bersama suaminya masih tersemat didalam fikiran.

Rahang tajam Khalaf disentuh lembut dan membuatkan Aisy tersenyum nipis. Dalam seminit Aisy leka menatap wajah kacak lelaki itu, tersentak dia tiba-tiba pingganggnya ditarik sehingga rapat melekap pada dada Khalaf.

Pandangan Aisy beralih ke tangan Khalaf yang sedang terletak rapi melingkari pinggangnya. Tidur ke tak ni?

"Fa-Farrel"

"I miss you boo..And my little boo here--" Baru saja Aisy hendak menghabiskan ayat, suara serak basah Khalaf menghentikannya.

Lagi hairan Aisy apabila tangan Khalaf naik mengusap perutnya.

"Awak tak mimpi kan?" Perlahan Aisy membalas.

"Aww--" Tersentak dia apabila dengan secara tiba-tiba puncak hidungnya digigit lembut oleh Khalaf.

"Sakit kan? Bukan mimpi." Selamba lelaki itu. Dia masih mampu membayangkan wajah cemberut isterinya walaupun masih belum membuka kelopak mata.

Aisy menyepi beberapa saat. Tangannya juga turun sehingga perut serentak melekap pada tangan Khalaf.

"Little boo?" Soal Aisy tertanya-tanya.

"Kenapa? Nak aku buat kau mengandung dua kali ke?--"

"Farrel, Aisy tak main-main lah." Aisy menghembus nafas berat, tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya itu.

Perlahan Khalaf membuka kelopak matanya. Anak mata mereka bertembung lama.

"Anak kita."

"Anak kita ada dalam ni." Semakin Khalaf menarik tubuh kecil Aisy sehingga tiada ruang seinci pun diantara mereka.

Posisi tangan Khalaf bertukar keatas tangan Aisy pula. Tangan isterinya digenggam lembut sambil diusapkan pada perut.

Mata Aisy berkaca, tetapi bibirnya mengukir senyuman lebar. Aisy mengubah baringan kepalanya di atas lengan lelaki itu.

"Anak kita? Aa-alhamdulillah.." Perasaan terharu membuatkan Aisy mengeluarkan sedikit tangisan gembiranya.

"Hey stop crying--"

"Aku cuma nak kau tahu, ini bukti yang aku sayangkan kau. Sayang sangat, Aisy."

"I will not forgive myself if something bad happens to you and our baby. I love you more than I love myself, sayang.."

Satu-persatu luahan Khalaf didengar dengan penuh kasih oleh Aisy. Meskipun nyawanya dihujung tanduk, dia masih mampu diselamatkan. Malah, anaknya yang dikandung itu bakal diberi kasih sayang yang sempurna oleh Khalaf.

"Aisy sayangkan awak, Farrel. Sepenuh hati Aisy hanya untuk Farrel."

"Aa-Aisy tak boleh tengok Farrel kena tembak. Farrel sakit kat ma--" Baru dia teringat akan dimana Khalaf ditembak depan matanya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now