°∘∘52∘∘°

53.9K 2.8K 125
                                    

"Bawa balik Aisy dulu, Tok Ma." Khalaf mengangkat beg-beg baju sebelum dibawa ke arah kereta.

"Ada masa mai jenguk Tok lagi nah." Hajah Rossila mengukir senyuman nipis. Matanya ralit memerhatikan Khalaf.

"Della dengan mama tak balik?" Soal Aisy melihat Fredella bersama ibu mertuanya masih menunggu dia bersama Khalaf selesai pulang.

"Della nak drive malam. Mungkin akan sampai lewat sikit." Laju Fredella menjawab.

"Elok-elok bawa kereta tu ya Farrel. Apa-apa beritahu mama." Tengku Rossa menghadiahkan kucupan pada pipi Airis. Wanita itu memulangkan bayi tersebut kepada Khalaf.

"Harizz, kita jumpa dekat rumah mama okey nanti.." Aisy merendahkan tubuh bagi memudahkan pergerakan Harizz memeluknya.

"Okey kakak—" Senang mendengar nada suara budak lelaki itu menjawab.

"Okey kakak—" Senang mendengar nada  suara budak lelaki itu menjawab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai juga perjalan mereka pulang ke rumah agam. Kelibat anak buahnya terlebih dahulu dicari.

"Sayang?"

"Jangan turun dulu—" Cepat-cepat Khalaf menghentikan langkah Aisy. Isterinya itu baru saja hendak turun dari perut kereta.

"Kenapa saya tak boleh turun?" Soal Aisy. Dia perhati Khalaf yang sedang melebarkan bukaaan pintu kereta.

"Kau kan pakai kain batik. Terselak karang tak ke susah aku. Aaren dah la ada dekat luar." Khalaf memuncungkan bibirnya seperti memberi isyarat yang anak buahnya sedang tercegat diberlakang kereta.

"Aku angkat."

Tanpa menunggu Aisy membalas terus dia mencempung tubuh wanita itu keluar dari kereta.

Mulut Aisy terkunci sebaik sahaja suaminya mula mengatur langkah ke arah pintu utama. Anak matanya menatap rahang tajam Khalaf.

"Airis macam mana?" Aisy mula menyoal apabila dapati yang anaknya masih berada didalam newborn car seat.

"Nanti aku suruh Aaren bawa naik atas." Khalaf meneruskan langkah menaiki anak tangga. Bilik tidur mereka dituju.

"Mana jantan-jantan tu semua pergi harini? Aku bukan lama sangat pun dekat kampung."

Khalaf menyambut Airis yang baru saja selesai dibawa naik ke aras tiga oleh Aaren.

"Oh—"

"Fareez dengan Qay ada dekat ZM. De-dengan abang aku." Jawab Aaren. Dia mengatur nafas yang tidak teratur. Ketar lutut pegang baby naik tiga kali tangga.

"Ev pun dekat sana?" Khalaf merenung lama wajah Aaren.

"Haah. Diorang tunggu Tuan Muda datang sana. Urgent katanya." Tenang Aaren menjawab. Sekilas dia memandang Airis yang berada dalam pelukan Khalaf.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now