°∘∘16∘∘°

75.1K 4.4K 586
                                    

"Farrel saya nak duduk situ--" Dalam keadaan yang bersesak di bawah khemah, Aisy merangkul lengan kekar suaminya. Khalaf bantu memapah Aisy.

Selesai membantu Aisy duduk di atas salah sebuah kerusi yang ditunjuknya tadi, lantas Khalaf mengatur langkah hendak beredar dari situ.

"Farrel--" Sempat gadis itu menarik hujung baju suaminya.

"Hm?" Khalaf mengalihkan pandangan semula ke arah Aisy.

"Nak pergi mana? saya malu lah ramai tengok." Anak mata Aisy melirik melihat setiap sudut yang berada disitu. Ramai orang kampung yang dia tidak kenali.

"Tak lama pun. Kejap lagi aku datang balik," Berkerut dahi lelaki itu melihat wajah cemberut isterinya.

"Janji." Sambungnya lagi.

Lega Khalaf melihat Aisy menganggukkan kepala. Usai memastikan gadis itu duduk dalam keadaan yang selesa, lantas kembali dia melangkah beredar dari situ.

"Mana bini dia Mak?"

Lama Aisy merenung ke arah wanita yang sedang menuju ke arah khemah, berjalan bersebelahan dengan Hajah Rossila. Ralit wanita itu memerhati setiap orang yang berada di situ, seperti mencari kelibat seseorang.

"Ha nih la. Khalaf tak bagi dia berjalan sangat. Kaki dia luka," Perjalanan Hajah Rossila terhenti di hadapan kedudukan Aisy. Wanita tua itu mengukir senyuman nipis buatnya.

"Aisy ni Maklang." Akhirnya terjawab juga soalan yang bermain di dalam fikiran. Baru saja dia hendak bangun, menyalam tangan Rosiana, terlebih dahulu wanita itu menahannya.

"Toksah bangunla. Tak pasai-pasai Khalaf marah Maklang satgi" Rosiana mengusap lembut bahu gadis itu.

"Selamat pengantin baru. Untung hang dapat laki macam Khalaf, dia tu berat mulut, sepatah kata pun tak terkeluaq depan pompuan." Melihat Aisy tersipu-sipu sambil tersenyum kelat, Rosiana mengeluarkan saja apa yang patut dia bualkan.

"Alhamdulillah, terima kasih Maklang." Lembut Aisy membalas.

"Mak nak pi belakang. Hampa dua boraklah," Hajah Rossila mengatur langkah menjauhi ruangan tersebut.

"Awatnya kaki luka nih? Dan dan lah harini jugak hang kena--" Anak mata wanita itu memerhati kaki kiri Aisy yang berbalut itu. Terjungkit keningnya.

"Sa--saya.." Puas gadis itu menyusun ayat. Kalau jujur karang, agak-agak tersalah cakap tak? Dengus hati.

"Puteri punya kerja Maklang--" Khalaf yang membawa pinggan berisikan nasi dan lauk, sedang melangkah mendekati ke arah mereka berdua. Riak wajah lelaki itu tampak beku pada waktu itu.

"Hah? Puteri--" Berkerut dahi Rosiana mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Agak dah. Sejenis takleh terima kenyataan" Melihat Khalaf menganggukkan kepala, wanita itu serta merta memahami apa yang disampaikan. Tersenyum nipis dia melihat Khalaf bertindak duduk secara mencangkung di hadapan kedudukan Aisy.

"Lapar kan? Aku suap." Ralit Khalaf menggaul nasi bersama lauk, lalu dia menyuakan ke arah mulut Aisy.

Automatik mulut gadis itu terbuka luas menerima suapan tersebut. Walaupun dia sedang kekok pada ketika itu kerana Rosiana tersenyum-senyum memerhati setiap pergerakannya. Wajah Khalaf direnung penuh minat.

"Awak duduklah atas kerusi." Sedang asyik Aisy mengunyah nasi di dalam mulut, serba salah dia melihat suaminya yang dari tadi mencangkung dihadapannya.

"No, it's okay. Nak habis dah ni"

"Farrel tak makan? Saya kesiankan awak--"

FARREL'S BOO©️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang