°∘∘4∘∘°

67.6K 4.4K 132
                                    

Aisy tertidur di salah satu kerusi pelawat yang berada di luar wad peribadi yang menempatkan Harizz dan Sumayyah. Akibat terlalu penat menangis menahan rasa, dia terlelap selama beberapa minit.

Puas Aisy berdoa agar menerima khabar yang baik dari doktor yang merawat adik-adiknya. Dia tidak mahu disebabkan kemalangan yang baru saja terjadi itu menjadikan penyesalan terhadap diri, sebagai seorang kakak.

"Fareez? Where's their sister?" Doktor perempuan yang baru sahaja keluar dari bilik wad peribadi tersebut baru saja selesai tugasnya.

"Wake up--"

"Cik, bangun..."

Aisy terjaga apabila disapa dengan nada suara yang agak tegas dari seseorang. Lantas dia membuka kelopak mata, cuba sedaya upaya menahan kantuk disebabkan jam sudah menunjukkan pukul 3:30 a.m.

"Doktor! Ce--cemana dengan adik-adik saya?" Dengan pantas Aisy bangun dari duduknya, mendekati doktor perempuan tadi. Cemas dia menyoal.

"Buat masa sekarang, apa yang saya boleh jelaskan, keadaan Sumayyah sangat kritikal. Harizz pula mengalami sedikit hentakkan di kepala, tapi dia masih stabil." Padat pernyataan yang diberikan oleh doktor itu, menjawab soalan dari Aisy. Wajahnya agak kelat ketika menjelaskan keadaan adik-adik Aisy.

"Astagfirullah, Sumayyah!--"

"Doktor saya nak masuk, bagi saya tengok adik-adik saya?!"

Tanpa Aisy mengendahkan mata-mata yang memandang, laju dia melangkah mendekati pintu bilik wad peribadi tersebut.

"Tahan dia, Fareez!"

Tersentak Aisy apabila lelaki yang badannya tegap, menghalang pergerakan nya. Pintu yang terbuka sedikit tadi kembali ditutup rapat oleh lelaki itu.

Pandangan Aisy sengaja dialihkan ke arah seseorang yang baru saja memasuki ruangan tersebut.

Ya, dia ni lah yang suruh lelaki dihadapannya ini menghalang Aisy dari masuk bilik wad peribadi itu! Siapa diani? Tiba-tiba muncul.

"Awak! Hah awaklah yang langgar adik saya tu?!" Sengaja Aisy melontar suaranya kuat.

"Slow down her voice, Reez." Lelaki yang tubunya lebih tegap berbanding lelaki yang dipanggil 'Reez' tadi melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi. Rahang tajamnya diketap. Wajah lelaki itu mendatar ketika bertutur.

"Duduk Cik, tunggu waktu yang sesuai--"

"Awak cakap apani? Nak suruh saya tunggu. Adik saya kritikal tahutak--" Belum sempat lelaki yang berdiri di hadapan pintu bilik wad peribadi itu menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu Aisy membantah.

"Awak boleh masuk dan tengok adik-adik awak tengahari nanti. Saya minta diri dulu, Tuan Muda Khalaf."

Hairan Aisy apabila doktor perempuan tadi menundukkan sedikit wajahnya sebelum dia beredar dari situ. Seakan-hormat dengan lelaki yang sedang duduk itu.

Aisy turut duduk di salah satu kerusi, hanya diam membisu tanpa bantahan. Apa yang difikirkan sekarang hanya tentang Sumayyah yang di khabarkan sedang kritikal, mahupun Harizz yang mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Apa yang patut dia lakukan sekarang? Hanya mampu berdoa agar adik-adiknya itu sentiasa berada dalam keadaan yang stabil, dan tidak parah.

Tanpa sedar, air mata mula mengalir, membasahi pipi. Berkali-kali dia Aisy cuba untuk menahan dirinya dari menangis, akhirnya terlepas jua.

"Holen Sie sich Informationen über dieses Mädchen---" (Get information about this girl---)

"Aku nak cepat Fareez."

"Noted Tuan Muda."

Suasana yang sepi di ruangan pelawat di luar bilik wad peribadi itu disapa dengan suara dua orang lelaki tadi.

Sesekali Aisy mendengar bahasa yang digunakan oleh mereka ialah bahasa asing. Beberapa kali juga Aisy cuba perhatikan wajah kedua-dua lelaki itu.

Salah seorang dari mereka berdua, iras wajahnya tampak sikit seperti berkacukan China, mungkin inilah namanya yang selalu dipanggil Fareez itu? Manakala yang lagi seorang itu, wajahnya seperti bukan warganegara. Dari dahi hingga hujung rahang tajamnya diperhatikan.

Sedang asyik Aisy perhatikan keadaan lelaki itu, dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah lain. Akibat dipandang sekilas oleh lelaki yang wajahnya berbangsa asing itu, dia terpaksa berpura-pura tidak peduli.

"Fareez, itu kan nama awak?"Aisy menyapa lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.

"Ya, kenapa? Cik perlukan apa-apa ke?" -Fareez

"Sa-saya nak balik. Dah masuk subuh. Boleh awak tolong tengokkan adik-adik saya?" Terkebil-kebil wajah Aisy. Tidak berani dia menyapa lelaki yang tidak dikenalinya lagi seorang tadi.

"Tuan Muda Khalaf, aku--" Lelaki yang bernama Fareez itu mengalihkan pandangannya ke arah lelaki yang bergelar Tuan Mudanya.

"Go. Hantar dia balik." -Khalaf Farrel

Tanpa sebarang bantahan yang diberikan, Fareez hanya mengangguk tanda akur dengan arahan yang diberikan.

Fareez sangat kenal dengan Tuan Mudanya. Meskipun kemalangan yang melibatkan adik-adik Aisy, itu bukan bermaksud dia perlu berbual dengan Aisy. Tuan Mudanya itu seorang yang susah hendak bermesra.

Tiittt..

"Anything?" Alat yang berwarna hitam di telinga Fareez berbunyi, dan menandakan seseorang menghubungi.

"Nama dia Aisy Melina--"

"Bagitahu Tuan Muda Khalaf sekarang."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now