°∘∘47∘∘°

48.3K 3K 336
                                    

"Subhanallah. Pi tidoq dalam bilik lah Lisa."

"Rumah Tok Ma bukannya besaq macam rumah hampa. Satu sofa tu untuk hang ja baring—"

Fredella mengerutkan dahi apabila sistem pendengarannya bingit mendengar Hajah Rossila membebel. Mana tidaknya dia terlelap setelah berjam-jam memandu tadi.

"Cepat lah masuk, Della. Tak baik tak dengar cakap Tok Ma." Tengku Rossa turut mencelah mengejutkan anak perempuannya seorang itu bangun dari tidur. Bahu gadis itu ditepuk perlahan.

Beberapa minit kemudian Fredella bangun tanpa memberi respon. Dia menghela nafas berat sebelum terus bangun dari sofa. Bilik tidur dituju.

"Jemput minum Tok Ma, Aisy buat air kopi." Aisy yang baru keluar dari kawasan dapur membawa sedulang air. Dia perlahan-lahan membawanya ke arah mereka.

"Awatnya buat ayaq? Satgi jatuh naya—" Tampak risau air muka wanita itu. Laju dia mendapatkan Aisy.

"Pi duduk." Hajah Rossila terus mengambil dulang air tersebut dari pegangan Aisy.

Aisy tersengih melihat wanita itu bersungguh-sungguh membantunya. Dia duduk bersebelahan Tengku Rossa.

"Harizz mana mama?" Dari tadi dia tidak nampak kelibat Harizz.

"Dekat pondok luar tu katanya. Tadi mama tengokkan sekejap. Nampak macam behave." Tengku Rossa menuang air kopi kedalam beberapa cawan untuk dihidangkan.

"Oh ya? Aisy keluar tengok dia kejap ya mama."

"Boleh sayang. Tapi dah nak magrib, masuk cepat sikit." Lembut wanita itu membalas. Secawan air kopi dihirup bagi menghilangkan rasa dahaga.

"Okey.." Aisy mengukir senyuman nipis. Dia terus bangun sebelum meninggalkan ruangan itu.

"Dapat tahu laki pompuan belum tu Ros? Besaq elok ja mak tengok." Hajah Rossila mula menyoal apabila dia dari tadi ralit memerhati perut Aisy. Mungkin disebabkan badan Aisy kecil molek jadi baby bump tampak sangat membulat.

"Entah, Ros taktahu lagi. Si Farrel tu berahsia sangat. Katanya dia dah dapat tahu dari doktor, tapi sembunyikan dari Aisy dan Ros."

"Yang tahu cuma Farrel dengan Della." Meskipun masih tidak tahu jantina bakal cucunya, Tengku Rossa tetap bersyukur kerana kandungan Aisy dikhabarkan sihat sentiasa.

Hajah Rossila menggeleng kepala perlahan mendengar pernyataan itu.

"Dah puas main kan? Jum masuk. Dah gelap ni." Aisy menghulur tangan kanannya menyuruh agar Harizz menyambut.

"Dah! Jum—" Harizz menyambut tangan kakaknya sebelum menyarungkan selipar.

Dalam beberapa langkah mereka berdua hendak mendekati pintu rumah, muncul sebuah kereta myvi kuning memasuki kawasan tersebut.

"Kita tunggu kejap ya Rizz." Aisy menghentikan langkah dan memalingkan tubuh menghadap kereta itu. Dia ingin menunggu sehingga orang yang didalam perut kereta itu keluar.

"Assalamualaikum Paklong." Terlebih dahulu Aisy menyambut kehadiran Rezza. Jelas dimatanya melihat Puteri turut menyusul diberlakang lelaki itu.

"Lahh dah sampai dah hampa—" Rezza tersenyum lebar sehingga menampakkan baris giginya. Lelaki itu segera mendekati mereka berdua.

"Ni siapa nama dia pun taktaw?" Rezza mengusap rambut Harizz.

"Harizz. Adik saya." Ringkas Aisy menjawab. Dia turut membalas senyuman Rezza. Anak matanya sekarang lebih tertumpu kepada Puteri yang sudahpun dekat dengan jaraknya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now