°∘∘24∘∘°

69.7K 3.7K 355
                                    

"Tuan Muda Khalaf--" Doktor perempuan yang ditugaskan merawat, memanggil Khalaf sebaik sahaja dia keluar dari wad peribadi yang menempatkan Aisy.

Lantas Khalaf bangun menapak ke arah doktor itu. Wajahnya dari tadi kian risau. Ada kalanya lelaki itu memejamkan kelopak mata, membayangkan isterinya sewaktu diseksa oleh musuhnya sendiri.

"Can I?" Khalaf terus mendekati pintu wad peribadi tersebut tanpa menunggu doktor perempuan itu menerangkan keadaan Aisy.

"Wait, Tuan Muda.." Terlebih dahulu dia menahan.

"Tuan Muda Khalaf boleh masuk, tapi izinkan saya terangkan keadaan Cik Aisy dulu--" Senyuman kelat diukir.

"Cepat Irene--" Tegas nada suara Khalaf menyebut nama doktor perempuan itu. Rambut hitamnya diraup keberlakang.

"Bahu kiri Cik Aisy tiada apa yang serius. Bahagian pinggang dan jari-jari di tangan kanan dia saja yang nampak ketara kesan lebam. Tapi ia boleh sembuh dalam masa yang sekejap." Panjang lebar Doktor yang namanya Irene itu menjelaskan.

"Noted. Now aku nak masuk--" Langkah kembali diatur. Khalaf membuka pintu wad itu dengan perlahan-lahan.

Sekujur tubuh kecil Aisy jelas tepampar baring. Kaki melangkah ke arah katil wad tersebut.

Usai berdiri ditepi baringan Aisy, Khalaf merenung dari wajah pucat gadis itu sehingga turun ke pinggang.

"Sayang, I'm here..." Jari halus pada tangan kanan Aisy yang lebam itu, diusapnya lembut.

Kerusi yang tersedia khas di tepi katil baringan isterinya ditarik, lalu dia duduk.

Berkali-kali Khalaf mengucup setiap celah jari-jari Aisy. Dahi gadis itu pula turut diusap bersama jari kasarnya. Terangkat kening Khalaf secara tiba-tiba melihat dahi isterinya berkerut. Malah tangan gadis itu turut bergerak-gerak seketika.

"Aisy?"

"Hm-Hmmh.."

Tersenyum nipis Khalaf mendengar isterinya menyahut perlahan sekejap tadi.

"Open your eyes for me please, baby--" Usapan diteruskan pada dahi Aisy.

Mendengar suara serak basah suaminya, perlahan-lahan kelopak mata cuba dibuka. Terang seketika cahaya menusuk pandangan anak mata.

"Alhamdulillah--" Khalaf merapatkan wajahnya pada baringan gadis itu.

"Aa..awak" Aisy mengiringkan pula pandangan menghadap suaminya di tepi.

"Ya? Kau nak apa-apa ke?"

"Sakit dekat mana?"

"Tak--" Aisy menggelengkan kepala. Sengaja gadis itu membiarkan Khalaf menunggu dia keluarkan kata-kata sepenuhnya.

"Then, you need what sayang?" Wajah tenang lelaki itu bertukar hairan.

"Aisy nak Farrel--" Aisy mengetap bibirnya. Dari senyumnya terukir, lebih baik dia tahan.

"Aisy, aku ingat kau kenapa la tadi." Khalaf menghembus nafas, lega.

"Farrel ni. Dahlah tinggalkan saya tiba-tiba je semalam--"

Baru saja Aisy hendak perbetulkan baringan, mengiring membelakangi suaminya, secara tiba-tiba bahunya terasa pedih akibat luka yang masih basah.

"AWWW-" Terpejam kelopak mata seketika.

"Sayang.." Khalaf membantu gadis itu agar kembali selesa berbaring. Pipi mulus Aisy disentuh lembut beberapa kali, menenangkan isterinya.

"Marah?" Tenang nada suara lelaki itu menyoal. Direnung penuh sayang kedalam anak mata cantik gadis itu. Tampak mencebik wajah Aisy.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now