°∘∘21∘∘°

74.9K 3.9K 320
                                    

"Hampir separuh financial files, Robert dapat hack. Budak lelaki yang dia hantar masuk office kelmarin ada bagitahu, yang selagi company tu tak jatuh dekat tangan dia, selagi tu dia akan buat gangguan--" Panjang lebar Aaren menjelaskan.

"SERABUT!--" Tengking Khalaf. Dihentak kuat meja kerja didalam bilik peribadi itu.

"Dia dah bunuh papa aku, sekarangni nak kaut semua harta papa pulak?!"

"That old man is counting the days to die--" Mata dipejam rapat beberapa saat. Lelaki itu menggenggam jarinya, bagaikan penumbuk.

Fareez diam menyepi takut hendak bersuara. Lelaki berkacukan cina itu berdiri ditepi sahabatnya, Aaren. Wajah Tuan Mudanya yang sedang membengis lama direnung.

"Suruh Qayyum hack balik semua file tu. Aku tahu sebelum besok pagi, mesti dapat." Khalaf kembali membuka kelopak mata. Sekilas kedua-dua anak buahnya itu dipandang.

"Okey." Aaren mengangguk kepala, tanda faham dengan arahan itu. Tidak berani lelaki itu hendak membantah.

"Fareez. Kau perhatikan Irfan untuk aku, selalu. If I want information about him, I want it immediately and quickly."

"Faham?" Renungan tajam diberikan oleh Khalaf.

"Aku faham Tuan Muda Khalaf--" Laju Fareez menjawab.

"Good. Keluar--" Khalaf melabuhkan punggung ke atas kerusi kerjanya. Tubuh tegap disandarkan seketika, bertenang.

Dalam hanya beberapa saat, Aaren dan Fareez segera menapak keluar dari bilik peribadi Tuan Muda mereka apabila disuruh. Pintu kembali ditutup, tidak mahu sesiapa mengganggu Khalaf pada waktu itu.

"Habislah orang tua tu Aaren.."

"Yea..Robert sta per morire." (Yea..Robert is going to die)

Sedikit sebanyak perbualan antara Fareez dan Aaren sewaktu hendak menurun anak tangga rumah agam yang megah itu.

"Aku nak kena pergi markas, cari Qay. Apa-apa beritahu." Sempat Aaren memberitahu sahabatnya seorang itu sebelum pintu utama dibuka.

"Aku pun--" Langkah Aaren turut diikuti oleh Fareez dari berlakang.

"Apa kauni. Stay sini lah, kerja nak sibuk je--" Terhenti pergerakan Aaren hendak membuka pintu. Tubuhnya serta merta berpaling menghadap Fareez.

"Ha itula. Lama sangat buat mission sana sini, sampai jadual dah tukar pun taktahu--" Sengaja Fareez menampar kuat bahu Aaren.

"Hah dah tukar? Kenapa?" Berkerut dahi lelaki itu.

"Setiap waktu privasi Tuan Muda Khalaf dengan Cik Muda Aisy, kita tak boleh sesuka hati masuk. Kau jangan buat hal, dia tengah marah tu. Kalau aku duduk sini ada juga tangan aku patah karang."

Terkekeh-kekeh Aaren mendengar Fareez membebel. Dia hanya lontarkan satu soalan saja, yang dijawab sepuluh.

"Gelak-gelak. Keluarlah cepat, kau nak tercegat depan ni sampai bila--" Fareez mengomel. Kasar dia menolak bahu sahabatnya ketepi. Pintu utama rumah agam tersebut dibuka secara perlahan-lahan.

"Mulut cina bukit ni memang kerja membebel.." Aaren menghabiskan sisa tawa seraya kaki melangkah mengekori Fareez, berlalu keluar dari rumah agam itu.

Bagaimana tingkah laku si abangnya Evren, begitulah turun perangai itu ke adik. Suka mengusik, tidak pernah serius, malah suka menyakitkan hati.

 Suka mengusik, tidak pernah serius, malah suka menyakitkan hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now