°∘∘11∘∘°

75K 4.7K 643
                                    

Sedang lena Khalaf tidur dibuai mimpi, iPhone miliknya yang terletak di atas bedside table berdering kuat menandakan ada seseorang yang menghubunginya pada ketika itu.

Dengan dalam keadaan mata Khalaf masih tertutup rapat, tangan kanannya ralit meraba di atas bedside table, mencari iPhone tersebut.

"Ya ma?" Berkerut kening Khalaf pada ketika itu.

"Morning Farrel. Harini balik rumah mama tau, mama masak sedap-sedap harini. It is your favourite food." Jelas suara Tengku Rossa di dengarinya.

"Tengok dulu lah mama—"

"Jangan bagi alasan ya Farrel. Mama tahu pukul 10 pagi, you dah sampai. Please ya."

"Fine." Ringkas jawapan dari Khalaf. Lantas dia matikan panggilan tersebut lalu diletakkan semua iPhone tadi ke atas bedside table di tepi katil.

Dalam keadaan yang terpaksa, Khalaf membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Cahaya terang disebalik langsir di bilik tidurnya. Suhu yang sejuk akibat penghawa dingin membuatkan Khalaf semakin malas hendak bangun.

Sedang asyik melayan kemalasannya, Khalaf mula perlahan-lahan bangun dari baringannya. Otot-otot yang tegang menyebabkan Khalaf mengeliat beberapa saat.

Kakinya sengaja diturunkan, menyentuh lantai. Lantas lelaki itu bangun lalu mendekati sudut persalinan. Sehelai tuala bewarna hitam di capai, lalu dibawanya masuk ke dalam bilik mandi.

Lebih kurang mengambil masa dalam 15 minit Khalaf membersihkan diri, lantas dia melangkah keluar dari bilik mandi tersebut. Hanya sehelai tuala tadi terletak kemas, melingkari pinggang Khalaf pada waktu itu tanpa memakai sehelai pun baju. Ruang persalinan dituju.

Selesai bersiap memakai pakaian, cermin besar yang terletak di dinding berhadapan dengan katil pula didekati. Rambut Khalaf yang masih berserabai tadi hanya diraupkan sekilas keberlakang. Selebihnya yang masih tampak serabai dibiarkan begitu sahaja.

Lantas lelaki itu mengatur langkah menjauhi ruangan tersebut, lalu dia keluar dari bilik tidur. Aras utama dituju olehnya. Selesai menuruni anak tangga, lantas lelaki itu mendekati dapur.

"Evren?" Terkejut Khalaf melihat sahabatnya seorang itu sedang menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh Aida. Tanpa melengahkan masa, terus Khalaf mendekati meja makan dimana Evren berada.

"Sedap betul anak buah perempuan kau yang sorang tu masak." Beberapa suapan mee goreng disuapkan kedalam mulut.

"Kau dah kenapa rambut berserabai ni, buang tabiat ke?" Sambung Evren lagi. Jelas dimatanya pada waktu itu melihat Khalaf yang rambutnya tampak masih serabai.

"Diamlah." Khalaf melabuhkan punggugnya di atas salah sebuah kerusi berhadapan dengan Evren. Wajahnya hanya beku pada ketika itu.

"Yang kau ni—"

"Dekat rumah sendiri dah takda makanan ke sampai nak sarapan dekat rumah orang?" Khalaf menyenduk mee goreng tadi lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Rumah kau, rumah aku jugak--" Selamba Evren bertutur.

Beberapa minit selesai menjamu selera..

"Ev—"

"Hm?"

"Mama ajak aku balik, sebab dia kata dia masak macam-macam harini."

"Dahtu, baliklah. Buat apa kau bagitau aku."

Khalaf menghembuskan nafas beratnya. Wajahnya menegang pada waktu itu, geram dengan jawapan yang dilontarkan oleh Evren.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now