°∘∘44∘∘°

55.4K 3K 100
                                    

"Awak nak pergi mana ni?" Baru saja Aisy melangkah keluar dari bilik mandi, terangkat alis keningnya apabila dia dapati yang Khalaf sedang menyarungkan sweatshirt hitam pada tubuh kekarnya. Selalunya duduk rumah pakai T-shirt biasa je.

"Ada hal, nak keluar. Kau kena ikut." Khalaf menampil kehadapan ke arah isterinya.

"Aisy tak larat. Pening kepala sikit—" Aisy memegang tepi kepalanya bagi menunjukkan yang dia betul-betul tak larat pada waktu itu.

Khalaf menaikkan dagu Aisy perlahan bersama jarinya. Wajah pucat isterinya itu direnung lama.

"Aku taknak tinggal kau sorang-sorang dalam rumah. I'll make sure kau akan selesa nanti." Ulas bibir Aisy disentuh lembut. Dia takkan tinggalkan Aisy berseorangan lagi tanpanya. Meskipun anak buahnya sebelum ini gagal dalam mengawasi Aisy.

"Boleh?"

Apabila Aisy mengangguk perlahan, Khalaf terseyum nipis.

"Wangi kau harini eh?"

"Aisy memang wangi. Yang busuk tu Farrel. Sampai pening saya dibuatnya." Aisy membidas suaminya selamba.

"Memanglah dah kalau kau kena alahan mengandung. Yang busuk ni juga lah kau peluk hari-hari."

Diantara dua manusia ni, taktahu lah yang mana akan menang.

"Tukar baju cepat. Kalau aku dapat kejar kau sampai wardrobe tu, aku yang salinkan pakaian kau." 

"Bye si tua!—" Belum sempat Khalaf buat apa-apa lagi, Aisy berlari pantas masuk kedalam ruang persalinan. Dia ni pun satu juga, katanya pening. Tapi menyempat lagi ajak Khalaf bergurau.

Tindakan pantas Aisy buatkan Khalaf tersentak namun dia turut mengejar langkah kesana.

PUMM

Kedengaran kuat pintu ruang persalinan itu ditutup oleh Aisy apabila dia sudah selesai melangkah masuk kedalam.

"Tunggu lah. Tak sedar tu tengah pregnant. Kalau aku sempat masuk tadi apa pun tak dapat sayang—" Khalaf tidak berjaya masuk apabila pintu tersebut telahpun dikunci oleh Aisy dari dalam. Ketawa halus Aisy yang didengari itu buatkan Khalaf menggelengkan kepalanya.

Apabila kereta mewah miliknya telah dipakir, Khalaf mula bersedia hendak keluar dari perut kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Apabila kereta mewah miliknya telah dipakir, Khalaf mula bersedia hendak keluar dari perut kereta.

"Aa—" Hanya sepatah perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulut apabila dia dapati yang Aisy sudah terlena diruang seat sebelah.

Khalaf menghembus nafas berat. Direnung lama wajah lena si cengeng itu. Dia keluar dari perut kereta sebelum membuka pintu di bahagian Aisy pula.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now