°∘∘8∘∘°

69.8K 4.5K 460
                                    

"Dalam 10 minit lagi kita akan sampai Cik Aisy."

"Kakak--"

"Kita nak pergi mana?"

"Kita nak pergi rumah terakhir adik Sumayyah, sayang.." sayu wajah Aisy menutur ayat.

Sememangnya dari mereka di rumah agam, sehinggalah masuk kedalam perut kereta hendak ke tanah perkuburan, Harizz tidak henti-henti menanyakan soalan tentang Sumayyah.

Setibanya di destinasi yang dituju, kereta mewah yang dipinjamkan oleh Khalaf buat Fareez berhenti di tepi tanah perkuburan.

Jelas dimata Aisy melihat beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam berada di satu sudut kawasan tersebut. Sedaya upaya dia cuba menahan dirinya dari menitiskan air mata mengenangkan adik perempuannya.

Tanpa melengahkan masa, Fareez keluar dari perut kereta lantas membuka pintu disisi Aisy pula.

"Mari Cik Aisy, Tuan Muda Khalaf dah tunggu dekat sana."

Aisy menggenggam erat lengan adik lelakinya, sambil perlahan-lahan keluar dari perut kereta. Hanya Harizz menjadi kekuatannya pada waktu itu.

Setibanya di atas tanah perkuburan tersebut, Aisy hanya mengikut langkah Fareez yang membawanya ke arah tempat terakhir dia dapat melihat wajah Sumayyah.

"Ask her to sit, Reez--"

Fareez hanya mengangguk, memahami akan arahan dari Khalaf. Dia menyuruh Aisy dan Harizz duduk di atas tikar yang berhadapan dengan lubang kubur yang ukurannya kecil, yang akan menempatkan Sumayyah.

"Letak sini pakcik."

"Silakan tengok jenazah adik perempuan Cik Aisy."

"Buat kali yang terakhir." Fareez dengan perlahan-lahan mendekati Aisy lalu menyuruhnya menatap wajah si kecil apabila jenazah diletakkan di hadapan kedudukan mereka, oleh salah seorang pakcik yang bekerja menguruskan jenazah di kawasan tersebut.

"Ka--kakak.."

"Kenapa kakak menangis--"

Tercengang Harizz apabila melihat wajah Aisy yang memerah. Kelopak mata dibasahi dengan air mata. Aisy hanya diam membisu, tangannya pula automatik mengusap lembut dahi pucat Sumayyah.

"Assalamualaikum adik.."

"Semoga adik tenang di sana ya. Maafkan kakak sebab tak dapat jaga adik dengan baik. Kakak lalai.."

Berjurai air mata membasahi pipi mulusnya. Ditatap penuh kasih sayang wajah pucat Sumayyah buat kali yang terakhir. Tersentak Aisy apabila Harizz bertindak meletakkan tangan kecilnya di atas tangannya yang mengusap dahi Sumayyah tadi.

Tangannya bersentuhan dengan tangan Harizz. Tanpa sedar sebanyak sedikit perkara itu menjadikan dia lebih kuat dan tabah.

"Abang pun sayang adik. Biar abang yang jaga kakak okay Sumayyah--" Harizz mengesat air mata Aisy dengan lembut. Dia mengukir senyuman nipis, menenangkan Aisy.

 Dia mengukir senyuman nipis, menenangkan Aisy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now