Bab 1

19K 491 9
                                    

Bibir tersenyum lebar tatkala melihat wajah di hadapan kini. Seakan tak percaya, aku langsung mencubit lengan sendiri.

Aduh, sakit!

Adakah bermaksud...i am not dreaming?

OMG!

Nak joget! Nak joget!

"Kau tak payah nak tunjuk muka seronok sangat lah. Aku kahwin dengan kau ni pun sebab parents aku yang suruh. Bukan sebab kau." katanya sambil membuka kot yang membaluti tubuhnya.

Niat nak berjogetku tadi langsung termati. Aku pandang si dia dengan jelingan sebal. Cis, dia ni. Ayat sama!

"Diamlah! Dasar hati ais! Eh, tak. Dasar hati batu!" Aku menempelak geram. Kalau tak ingatkan dia ni dah jadi suami aku, memang aku cincang dia hidup-hidup.

Selamat engkau wahai Jovian Luthfan...

"Haaa mengutuk mengutuk!" Luthfan menjeling.

"Tak apalah. Mulut aku bukan kau. Eeee kau ni, nasib hensem nak mampus!" Aku terus berdiri. Lebih baik masuk bilik!

Eh, kejap. Aku dekat bilik lah ni!

Aduh, Aileen. Buat malu mak bapak je kau ni!

"Kau dah kenapa?" soal Luthfan. Pelik.

Aku yang mendengar itu langsung memanjat katil lalu menarik selimut menutupi seluruh badan.

"Melayan kebodohan diri. Kenapa nak join ke?" laungku malas dari dalam selimut. Betul, aku memang tengah layan kebodohan sendiri ni.

Luthfan menggeleng. "Perempuan gila."

"Haah, memang pun." jawabku selamba. Apa dia nak cakap, cakaplah. Malas aku nak dengar. Aku nak tidur ni. Nak kumpul tenaga buat goda suami untuk esok hari.

"Kau jangan nak tidur!" Luthfan menengking tiba-tiba.

Aku yang mendengarnya buat tak tahu. Eh, dia ni.

"Suka hati aku lah nak tidur. Seharian tahu aku jadi pengantin. Penat gila!" Aku akhirnya membuka selimut yang menutupi tubuhku.

Aku memusingkan badan sambil mata merenung Luthfan yang masih berdiri sambil menyilang tangan di dada itu. Tak lama setelah itu, aku tiba-tiba tersenyum.

"Kau kenapa senyum?" Luthfan dengan suara dinginnya menyoal.

"Suka hati aku lah nak senyum. Dah kau hensem sangat. Untung woo aku dapat suami macam kau ni. Tapi itulah, dingin nak mati. Hmm but it's okay, small matter." Aku tersenyum.

"Kenapalah aku dijodohkan dengan perempuan macam kau ni. Tak high langsung."

Aku tersenyum sendiri. Luthfan ni, marah pun kacak. Kalau macam ni marah lah aku selalu. Marah lah!

"Luthfan, nak peluk boleh tak?" Aku dengan mata terkebil-kebil tiba-tiba bertanya. Entahlah, sejak bila aku ni miang semacam eh?

"Diamlah kau. Kau jangan harap aku nak peluk perempuan macam kau ni. Ni haaa...aku nak bagi peraturan."

Aku terus bangkit dari pembaringan. Kaki pula langsung bersila sambil kepala mendongak Luthfan yang boleh tahan tinggi itu.

Sekali lagi, aku cuba mencerna. Peraturan?

"Apa?" soalku, sabar menanti.

"Peraturan satu..."

"Eh, jap!" Aku berpura-pura seperti sedang mencari sesuatu. Mana ni?

"Bendalah apa lagi kau nak cari ni?"

"Aku cari buku nota. Nak tulis."

"Tak payahlah, sengal! Duduk balik!" Luthfan mendengus geram. Aku pula kembali duduk dengan sengihan di wajah.

"Sorry, boleh start balik?" Aku tayang muka tak bersalah.

Luthfan mendengus sebal. Sabar je lah!

"Peraturan satu, kita tidur bilik asing. Kalau parents kita tanya, cakap ajelah sebilik. Halah kau tu, macam tak biasa menipu."

"Tipu sunat." Aku langsung mencelah. Luthfan anggukkan sahaja kepala.

"Kedua, kalau nak keluar dengan jantan ke betina ke lantak kau. Bukan urusan aku." Luthfan tayang muka acuh tak acuh.

"Wuish, tak sayang bini nampak!"

"Aku memang tak sayang kau pun."

Auch! Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Well...dah biasa.

Aku kembali melemparkan tatapan malas.

"Ok. Next?"

"Ketiga, kalau aku balik lewat, kau tak payah sibuk nak acah sweet tidur dekat sofa bagai. Biarlah aku dengan hal aku, kau dengan hal kau. Kita...tak ada kaitan. Deal?"

Aduh, beratnya hukuman kau ni Luthfan!

"Deal!" Tapi aku tetap setuju. Siap tanya muka ceria depan Luthfan.

Luthfan mengangguk sebelum berlalu keluar bilik.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now