Bab 26

6.7K 329 2
                                    

Bang!

Okay, here we go again.

Bang!

Argh!

Bang!

Sikit lagi!

Aku menggeleng kepalaku. Ish, tak boleh jadi ni. Asyik terlepas aje sasaran.

Rambutku yang terikat kemas, aku sebak sekali. Frust! Kemudian, pistol tadi aku angkat kembali menghala sasaran. Dua-dua belah tanganku ambil peranan. Satu pegang tempat nak tekan peluru, satu lagi pegang bawah pistol.

"Bukan macam tu, sayang. Macam ni..."

Tubuhku auto mengeras. Mata pula sedikit meluas saat terasa ada satu badan tegap sedang elok berdiri di belakangku. Sedang memegang kedua belah tanganku.

Oh my...

Telan liur. Sumpah, rasa berdebar. Aku rasa, lutut ni dah tak kuat nak berdiri tegak lagi. Nasib baiklah masa ni dia pegang aku. Boleh lah juga aku berdiri walaupun rasa nak tumbang.

Haih, meh lah sambung menembak.

"Focus on that point." Luthfan mengangkat sedikit tanganku, memperbaiki kedudukan.

"Tengok betul-betul"

Aku pandang sasaran di hadapan. Bila dah pandang, langsung sahaja aku memicingkan mata. Mencari sasaran yang tepat. Ok, dah.

"Dah?"

Aku mengangguk. Mataku masih tertutup sebelah. Fokus.

"Nice. Then, ready..." Dapat aku rasa yang Luthfan semakin merapatkan jarak antara kami. Aku yang sedar semakin berdebar, tapi dibuang rasa itu jauh-jauh. Alah, dia nak mengajar aje!

Sekarang, jari telunjuk Luthfan sudah mula menindih jari telunjukku yang berada di tempat tekan peluru.

"1, 2, 3...."

Dan bang!

Luthfan menekannya. Sejurus itu, dapat aku lihat peluru yang keluar dari pistolku tepat mengenai sasaran. Perfect. Terbungkam aku. Fuh, centre bhai!

"Wow..."

"Your turn, love." ucap Luthfan sebelum dia berundur, memberikan semula jarak yang sempat terhapus antara kami tadi.

Aku terdiam sesaat. "Boleh ke Aileen buat? Aileen tak yakin lah." Mengeluh.

"Stop think. Just do."

Dan sekali lagi, aku terdiam dengan ayatnya. Berhenti fikir? Buat saja?

Hmm...betul juga. Belum cuba, belum tahu.

Okay, let's try again!

Aku mengangkat pistol tadi. Sebelah mata ditutup, cari sasaran. Dan setelah itu...

Bang!

"Gotcha." Aku menjatuhkan tangan. Anak rambutku yang beralun, ditiup kencang setelah peluru dah selamat meluncur keluar mengenai sasaran.

Tepat!

Can't believe it!

"That's my girl."

Aku menoleh. Tersengih malu aku bila Luthfan kata macam itu. Dia pun apa kurangnya. Malah, tiada kurang apa-apa. Dia lagi hebat bab bab menembak ni. Well...memang lah!

Aku pandang Luthfan yang kini sedang training menembak lagi. Jadi pemerhati kejap. Sumpah, khusyuk!

Satu yang boleh aku describe dia saat ini...

Attractive!

Ah, valid sangat!

Satu persatu gerakannya aku perhati. Dari tangan sasa dia yang berbiceps tu. Bergerak-gerak sambil menggerakkan pistol. Turun pula pada badan dia yang berbentuk elok itu. Sumpah, nampak seksi weh!

| C | Aileen X LuthfanМесто, где живут истории. Откройте их для себя