Bab 8

6.7K 323 6
                                    

Aku mengerling tubuhku yang terpantul di dalam cermin. Masih berbalut bathrobe putih atas lutut disebabkan aku baru sahaja selesai membersihkan diri. Maklumlah badan rasa melekit tadi, jadi aku pun mandilah.

Aku mula membuka jubah mandi yang membaluti tubuhku. Niat nak tukar baju. Namun saat jubah mandiku mula jatuh paras bahu, tiba-tiba sahaja pintu bilikku dirempuh dari luar.

Terkejut tahap nak melompat kijang aku dibuatnya. Bila aku pandang ke arah pintu, kelihatan susuk Luthfan sedang tercungap-cungap menarik dan menghembus nafas. Lelah. 

Dia pandang aku pula. Seketika, aku nampak tubuhnya mengeras. Matanya berkelip sekali. Dari jauh, aku nampak matanya mengerling tubuhku atas bawah.

Dahiku berkerut. Pelik. Kenapa dengan Luthfan ni?

Lama aku cuba mencerna sebelum mataku tiba-tiba terbuntang. Aku dah sedar. Lantas, kepala aku tundukkan untuk mengerling tubuh sendiri.

Oh, shit!

"What are you doing here, Luthfan?!" Aku menutup semula tubuhku yang agak terdedah dengan bathrobe. Bibir bawah digigit, menahan rasa kebas yang mula menjalar diseluruh muka.

"Kenapa kau tak kunci?" Luthfan memalingkan tubuhnya ke belakang sambil mata terpejam rapat. Tidak mahu lihat aku yang kini sedang menukar pakaian.

"Excuse me? Tak ada ketuk, tak ada salam. Main rempuh aje, still nak salahkan orang?" Aku mendengus geram sambil tangan ligat menyarung pakaian pada tubuh.

Siap!

"Done?" soal Luthfan sebaik sahaja suasana berubah sunyi.

"Belum lagi tapi awak boleh pusing belakang pandang saya. Saya tak kisah." Aku tersengih nakal. Saja nak mengusik kelemahan dia.

"Aileen?" Luthfan mengetap rahang, tahu aku saja nak mempermainkan dia.

Aku yang tak tahan perut langsung ketawa.

"Okey okey, ini betul-betul. Pusing lah. Aku dah siap pakaian baju ni." kataku dengan sisa tawa.

Bila dengar itu, Luthfan terus berpaling. Menghadap aku dan berdehem singkat. Amboi, kering semacam tekak tu? Haha!

"Jadi, apakah tujuan Encik Luthfan datang ke mari?" Tanpa membuang masa, aku langsung bertanya. Tapi dalam bahasa menyindir. Sengih.

Bila dengar aku tanya begitu, wajah Luthfan terus berubah. Lehernya aku nampak bergerak menelan liur.

"Kenapa?" soalku risau.

"Mama papa nak datang." jawab Luthfan laju.

Bila dengar itu, dahiku bertaut. Berusaha aku cuba mencerna. Mama papa nak datang, bukan ke itu berita yang baik? Jadi, kenapa muka Luthfan ni nampak resah semacam?

"Okey?" Aku menyilang tanganku ke dada. Sabar menanti apa yang bakal keluar dari mulut lelaki itu lagi.

"Kita terpaksa tidur sebilik."

Ternaik keningku mendengarnya. Hmm... interesting.

"Well, that's great. Kenapa nak takut?" Aku berlalu semula ke cermin. Sikat dicapai sebelum rambut aku sisirkan rapi.

Luthfan mendengus.

"You can't be trusted, Aileen." katanya menekan sebelum berlalu meninggalkan aku.

Aku terkaku. Aik? Marah?

*****

Dalam diam, aku cuba mengawal rahangku daripada bergerak. Jujur, sekarang aku rasa macam nak gigit-gigit aje Luthfan ni.

Kata nak berlakon!

"Eh, tak ada lah. Luthfan sama Aileen ni okey aje. Alhamdulillah semakin bahagia. Kan, bang?" Aku memaut lengan kekar Luthfan sebelum kepala dijatuhkan pada bahunya.

Luthfan mendengus sebal.

"Gimik...Auch!" Luthfan mengaduh kesakitan sebaik sahaja aku mencubit pinggang belakangnya. Rasakan!

Sempat aku nampak Luthfan menjeling tajam ke arahku sebelum bibirnya mengulum senyuman, paksa.

"Betul lah apa yang Aileen cakap tu, mama papa." Luthfan memaut tubuhku semakin rapat sebelum dia mengucup dahiku sekilas. Automatik tubuhku mengeras.

Out of plan!

Tuan Jovie dan Puan Ramlah a.k.a mama papa Luthfan tersenyum. Ada biasan lega di wajah mereka.

"Alhamdulillah...maafkan mama dengan papa ya sebab menganggu Vian dan Aileen. Kami datang nak melawat aje, biasalah rindu. Lagi-lagi rindu dengan menantu kesayangan ni." Mama mencubit lembut pipiku sekilas.

Aku mengekek.

"Esok kami nak bergerak ke Australia. Alang-alang tu kami singgah lah sini sekejap. Bermalam sini. Jimat juga duit. Tak payah nak susah-susahkan diri menempah hotel." kata papa pula tersenyum lebar.

"Betul tu..." Aku menyokong. Walaupun aku tahu mereka kaya, tapi ada baiknya mama papa bermalam di sini. Antaranya...

Dapat tidur sebilik dengan Luthfan!

"Baiklah kalau macam tu, mama dan papa naik atas dulu. Ya? Nak rehat. Kamu berdua pun pergilah rehat. Buat apa yang patut." Mama dan papa saling berpandangan sebelum tiba-tiba tersengih.

Aku yang faham turut tersengih.

"Mama dan papa nak cucu?" Aku yang tak ada rasa malu langsung bertanya.

Sempat aku kerling orang sebelah. Halkumnya sudah mula naik turun menahan resah. Tapi bila aku pandang wajahnya pula, nampak tenang saja. Macam tak terkesan dengan persoalanku tadi.

Bersinar mata mama dibuatnya. Bila mama angguk, aku ketawa. Telinga aku pun sempat menangkap suara tawa Luthfan. Tapi jelas dibuat-buat.

"Ok mia cara. Andiamo su. Vian e Aileen, buona fortuna! (Baiklah, sayangku. Jom naik ke atas. Vian dan Aileen, selamat berjaya!)" Papa memaut bahu mama sebelum naik meninggalkan aku dan Luthfan di ruang tamu berdua.

Tegang.

"Apa kau dah buat?" soal Luthfan, menekan. Geram dengan soalan yang aku lontarkan kepada mama dan papanya tadi.

Bila dengar itu, aku langsung berdiri di hadapannya. Mendongak dan membalas renungan tajam Luthfan.

"Buat apa yang patut" Aku dengan tak bersalahnya menjawab. Renungan matanya aku balas dengan mata yang terkebil-kebil manja.

"In your dream, Aileen." kata Luthfan sebelum naik meninggalkan aku sendiri.

"Hey, tunggulah!" aku mengejarnya.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now