Bab 21

7.5K 344 0
                                    

Aku terjaga dari lena. Mata yang terasa berat, digagahkan juga untuk dibuka. Entah berapa lama aku tertidur pun tak tahu. Yang penting, sebaik sahaja aku ingin menoleh, kelihatan Luthfan yang sudah memandang manis ke arahku.

Aku bangun dari pembaringan. Ehem...

"Dah bangun?" soal Luthfan sebaik sahaja mata kami berlaga.

Diam. Otakku cuba untuk mencerna apa yang sebenarnya berlaku ini. Luthfan...

Kenapa dia bersifat begitu manis dan baik kepada aku?

Bila nampak aku termenung ke arahnya, Luthfan tergelak kecil. Melihat itu, aku terkejut gila. Kenapa? Sebab ini adalah kali pertama aku dengar dan tengok dia ketawa. Macho dan ikhlas sahaja bunyinya kalau hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Kalau selalu, semua gelaknya berbaur kesinisan. Penuh kebencian.

Tapi tadi?

"Hey, what are you looking at Aileen?" soal Luthfan, tersenyum kecil. Bibirnya kelihatan bergerak seperti sedang menahan tawa.

Sekali lagi, aku buntu. Aku juga tak tahu kenapa. Tapi semenjak semalam, mulutku bagaikan telah disumpah untuk terus berdiam. Aku dah macam bukan Aileen yang selalu.

Tidak mahu terus menerus memandangnya, aku akhirnya menunduk. Setelah itu, aku menggeleng kepalaku kecil.

"Sleep well?" soal Luthfan lagi. Dan aku macam biasa hanya membalasnya dengan anggukkan. Mulut masih bertutup rapat.

"Dah tak sakit?"

Aku geleng. Ya, aku dah okey sekarang. Rasa senggugut aku dah hilang.

"Good..." Luthfan terdiam setelah itu. Aku pun tak tahu kenapa, tetapi dari hujung mata aku dapat rasa dia sedang merenung tepat ke arahku.

Sekonyong-konyongnya...

"Aileen..."

Bila Luthfan memanggil, dadaku kembali berdebar hebat. Tangan dan tubuhku bagaikan mahu menggigil saja bila suaranya mula mengetuk gegendang telinga.

Sangat lembut dan aku sangat takut!

Serta merta aku teringat akan kejadian semalam. Seperti ada pita rakaman, semuanya terpapar jelas dalam pita ingatan.

Dadaku terasa sesak. Sungguh, aku tak mahu kejadian semalam berulang lagi!

Aku tak suka! Aku benci! Aku...

"Aileen..." Suara Luthfan berjaya menyedarkanku ke alam nyata. Terkaku. Aku menelan air liur samar.

"Aileen, pandang sini..." Kali ini, suaranya berbaur arahan. Tapi tetap juga, aku masih berdiam diri dan tak menunjukkan sebarang respons.

Diam.

Beberapa lamanya aku begitu sampailah terasa ada tangan kasar menyentuh bawah daguku. Lantas, didongakkan ke atas sedikit.

Dan untuk sekian kalinya, jantungku bagaikan mahu meletup saat pandangan kami berlaga. Luthfan yang tadinya di tepiku sekelip mata sahaja sudah berada di depan mata.

Dekat.

"Pandang abang, Aileen..."

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Boom!

Baiklah, aku rasa jantung aku dah pecah saat ayat itu keluar dari mulut Luthfan. Aku tak salah dengar, kan?

Apa dia bahasakan diri dia? Abang?

Dalam diam, aku terbungkam. Riak terkejut mahupun terkedu langsung aku tak tayang. Tunjuk muka biasa saja. Macam tiada apa yang berlaku. Walaupun sebaliknya, aku masih tak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now