Bab 42

4.8K 229 0
                                    

Flashback

"Ceritalah, apa yang dah terjadi dengan dia tu?" Aku menggoncang-goncang lengan Luthfan. Lagak macam budak lima tahun yang nak minta dibelikan gula-gula.

Luthfan senyum. Aku ditarik semakin rapat dengannya. Tangan kekarnya menarik kepalaku untuk dilentokkan ke bahunya. Menyedari itu, aku senyum. Selesa...

"Betul ke Aileen nak tahu?" soal Luthfan, lembut.

Aku mengangguk sambil mata mendongak dia.

Untuk seketika, Luthfan menghela nafas. Berat bagaikan ada sepuluh guni beras atas bahu dia. Aku kemam bibir. Seberat itu kah cerita yang bakal aku dengar sebentar lagi?

"Cerita dia macam ni..."

-Alan story-

Beberapa belas tahun yang lalu, di sebuah kepulauan misteri yang menjadi bualan dan kunjungan ramai, Alan dan keluarganya datang bercuti ke pulau yang diberi nama Magika Island.

Magika Island.

Dengar macam magic, kan? Tapi tak lah magic mana pun. Dia lebih kepada misteri. Sekian beberapa ribu tahun lamanya, kewujudan pulau ni baru diketahui. Yang membuatkan ramai terkejut adalah suasana di pulau tu.

Cantik!

Bila pulau tu diisyhtiharkan aman dan boleh dikunjungi, ramailah pelancong dari pelbagai pelusuk negeri mahupun negara datang bersuka ria. Ada yang bermandi manda. Ada yang kusyuk ber-explorer.

Begitu juga Alan dan keluarganya.

Waktu ini, Alan masih remaja. Dalam lingkungan empat belas tahun. Biasalah darah remaja ni, semua benda nak tahu. Perasaan teruja dan tahap ingin tahu terhadap sesuatu perkara tu tinggi melangit.

Alan.

Mempunyai kedua orang tua yang sangat prihatin dan penyayang. Tak lupa juga, Alan juga mempunyai seorang adik perempuan yang dia suka gelar 'Aca' atau 'Ladybug'.

"Aca!" jerit Alan kuat. Suasana pulau yang agak riuh rendah menyukarkan suaranya dapat didengar.

"Acaa!" jeritnya lagi dan kali ini adiknya, Aca datang menghampiri.

"Ya?" Aca mendongak sedikit kepalanya, memandang abangnya yang agak tinggi itu daripadanya.

"Nak join aku masuk hutan tu tak?" Alan menjuih bibirnya ke arah hutan yang berada di belakang mereka.

Aca menoleh. Kening bertaut rapat.

"Abang ni serius ke?" soal Aca, menelan liur.

"Seriuslah. Kau ingat aku ni main-main ke?" Alan tersengih.

"Tak naklah! Kalau kita sesat macam mana?" Aca menggeleng, tak setuju.

"Penakut betul lah kau ni. Lembab. Dah lah, biar aku aje pergi."

Baru saja Alan ingin melangkah, ada tangan lembut menggenggam lengannya. Automatik langkahnya terhentiw.

"Tak payahlah pergi..." kata Aca separuh merayu.

"Lembab." ejek Alan, sinis.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now