Bab 7

6.7K 335 3
                                    

Kini, kaki aku terpasak betul-betul di dalam ruangan ini. Ruangan besar dan cukup elegan dengan dinding yang bertemakan hitam, merah dan putih. And yeah.. my favourite colur!

Dan macam yang aku kata tadi, rumah ini masih berbau baru. Bilik ini juga nampak seperti baru selesai diubahsuai. Cat dinding yang ada nampak masih terang benderang warnanya.

Sekeliling bilik yang dua kali luasnya daripada bilikku sebelum ini itu dipandang. Sudah lengkap dengan perabot yang memang wajar ada di setiap bilik. Meja, katil, meja solek dan banyak lagi.

Aku berjalan pula ke suatu sudut. Sudut di mana aku nampak ada sebuah pintu kaca lutsinar di sana. Nampak macam bilik kecil. Bilik apa tu?

Pintu kaca itu aku tolak sedikit agar dapat melihat isinya. Saat sudah terbuka, automatik bilik yang tadinya gelap kini disimbahi dengan cahaya terang.

Membuntang mataku melihatnya. Tanpa perlu Luthfan jelaskan, aku sudah tahu tempat apa ini.

Walk-in closet

Besarnya! Memang sesuai dengan aku yang mempunyai banyak pakaian ni.

Ah! Sumpah rasa macam nak berguling-guling saja aku sekarang ni. Lagi-lagi bila di tengah ruang itu terdapat karpet, memang sengaja menggamit aku untuk berguling-guling di sana.

Setiap tempat khas untuk menggantung pakaian itu aku lihat mempunyai lampu-lampu yang berwarna kuning-kekuningan. Eh? Kejap. Kuning ke jingga tu?

Ah, lantaklah! Yang penting, aku suka tempat ni!

Selesai sahaja meneroka walk-in closet, aku keluar dan kembali ke ruangan bilik tidur. Luthfan pula aku lihat masih dengan telefonnya. Mungkin bermesej dengan klien atau pekerjanya?

Biarlah, bukan urusan aku.

Aku yang tiba-tiba dirasuki rasa malas langsung merebahkan diri di atas katil. Baring terlentang dengan tangan yang bergerak-gerak macam tilam tu salji. Wah, selesanya...

"What do you think you are doing?" soal Luthfan tiba-tiba. Telefonnya sudah selamat disisipkan ke dalam poket seluar. Silang tangan.

"Errr...berenang?"

Aku tengah baring lah, Luthfan oi!

"Aku ingatkan lah kau ni gila je, rupanya tak ada otak juga. Ya?" Penuh kesinisan nada suara Luthfan.

Bila dengar itu, aku langsung bangkit dari pembaringan. Birai katil kini menjadi tempat aku duduk. Aku mendongak sambil tajam merenung ke dalam anak mata Luthfan.

"Nak ajak wrestling bagitahu." kataku seraya cuba untuk menenangkan diri yang kini diselubungi dengan rasa geram.

Dengar sahaja itu, Luthfan langsung mengerling tubuhku atas hingga bawah. Macam nak merendahkan aku. Aku yang sedar dengan pandangan matanya langsung tak gentar. Ini Aileen C. lah!

"Kau? Nak ajak wrestling? Otot pun tak ada." Luthfan tergelak sinis.

"Well..." Kedua belah bahu aku jongketkan ke atas. Tak menunggu lama, aku langsung bangun dan berhenti tepat di sebelah bahu kiri Luthfan. Kepala aku tolehkan sedikit sebelum bibir aku lorekkan senyuman.

"Let see then..." Atas rambut aku sebak sebelum aku dengan santainya berlalu meninggalkan Luthfan yang terdiam sendiri itu.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now