Bab 32

5.7K 286 5
                                    

"Abang tak pergi kerja?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Malas."

Okay, jawapan dia memang tak boleh nak guna pakai. Sejak bila Luthfan ni pemalas bab-bab kerja?

"Abang ni ada masalah ke? Sakit?" lembut saja aku tanya. Mata tepat memandang Luthfan yang dah standby pandang aku.

"Haah."

What?!

Ini yang risau ni!

"Abang sakit? Sakit apa? Kenapa tak bagitahu Aileen awal-awal?" Aku dah mula naik gelabah. Tubuh Luthfan diraba-raba.

"Sakit kat mana?"

"Sini."

Bila Luthfan tunjuk hati, aku terus menyentuh bahagian itu.

"Kenapa dengan hati abang ni? Sakit?" Aku yang masih tak tahu apa-apa langsung bertanya. Muka dah risau teruk.

"Haah. Tak tahulah. Semenjak dua menjak ni, hati abang ni selalu aje rasa berat."

Berat? Aku tayang muka blur, tak faham!

"Berat menanggung rindu. Rasa nak melekat dengan Aileen aje dua puluh empat jam."

Berghh!

Dengar sahaja itu, aku terus memukul lengan Luthfan. Pandai nak mengada!

Hisy! Orang tengah risau macam nak mati, dia boleh pula main-main.

"Blushing?"

Heh, dia tanya soalan macam tu kejadahnya! Mestilah aku blushing. Ayat manis daripada Encik Jovian Luthfan kut! Ugh!

"Tak adalah. Aileen lupa ke hari ni?" Luthfan kembali menegakkan tubuh.

Aku yang mendengar itu terus menoleh.

"Lupa?" Dahiku berkerut. Lupa hari ni? Eh, apa dia merepek ni? Hari ni ada apa?

"Sabtu lah sayang oiii..." Luthfan dah tayang muka pasrah. Aku yang dengar itu terus rasa macam nak hantukkan kepala dekat tiang TM depan rumah.

Muda lagi pun dah nyanyuk aku ni!

"Berapa banyak makan?"

Huh?

"Makan apa?"

"Semut."

Amboi! Sindir orang nampak!

"Adalah dalam lima belas ekor." Tanpa rasa bersalah, aku balas saja soalannya. Tak apa, kita layan aje.

Terus Luthfan bantai gelak. Haaa ketawa ketawa. Biasa dia!

"Kelakar lah Aileen ni." Dalam ketawa pun, Luthfan masih boleh bercakap. Aku terus buat muka bangga diri. Flex lah katakan.

"Aileen memang kelakar. Abang baru tahu ke?"

"Haah. Abang baru tahu. Dan sekarang, abang rasa macam nak gigit-gigit aje Aileen ni."

Eee dia ni. Ada ke patut rasa nak gigit-gigit aku? Tak ada benda lain ke nak buat? Cium ke peluk ke? Ini tidak, gigit pula dia nak.

Sudahnya aku hanya senyum. Lantak dia lah. Gigit pun gigit lah. Yang penting sekarang ni, Luthfan nampak comel gila!

Eee angau lagi!

"Abanggg..." Haa, nampak tak? Keluar dah aku punya gedik semacam ni.

"Ya? Aileen nak apa?"

Aku senyum senget. Luthfan dah boleh bau. Kalau aku mengada macam ni, maknanya ada sesuatu aku nak minta. Haih, pintarnya laki aku ni. Hehe...

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now