Bab 16

6.7K 398 12
                                    

"No!"

"Yes!"

"No!"

"Yes!"

"Tak nak!"

"Aileen?"

Aku ketap bibir. Kemudian mendengus sebal. Sumpah, geram pula dengan suami seorang ni. Orang dah kata malas, main paksa-paksa pula. Haih!

"Bersiap sekarang..." arahnya pula.

Aku yang mendengarnya masih tak berganjak. Buat-buat pekak. Tangan pula naik memeluk tubuh. Mencebik.

"Kita nak pergi mana?" Aku menyoal malas. Betul, hari ni aku rasa tak ada mood nak ke mana-mana selain bermalas-malasan di dalam rumah agam tiga tingkat Luthfan ni. Selalu, aku yang terlebih semangat bab-bab kena ajak jalan ni. Lagi-lagi, Luthfan yang ajak. Jarang betul!

"Tak payah nak banyak tanya. Bersiap aje dulu..." Dia tolak tubuhku.

"Kalau Aileen tak nak?" soalku pula. Nada jelas mencabar. Kita tengok apa dia nak buat kalau aku tetap berkeras.

"Pernah rasa kena buang dari tingkat tiga?" Luthfan bertanya serius.

Bila dengar itu, aku buat-buat ketawa.

"Tak. Kenapa?" Aku menyoal semula.

"Nak cuba rasa sekali?" Dingin saja nada suara Luthfan. Macam tak main-main. Aku yang melihat itu hanya tersenyum sinis.

Oh, dia saja nak gertak aku!

"Berani? Cubalah!" Melawan.

Dan terasa ada tangan besar laju mencampung aku. Menyedari itu, terus terbuntang kedua belah mata. Meronta-ronta aku minta dilepaskan.

"Lepaslah! Aileen nak turun!" Bertubi-tubi belakang Luthfan aku tumbuk. Nak dia lepaskan. Tapi macam sia-sia pula bila pukulanku langsung tak menberi kesan apa-apa. Macam tumbuk dinding pula rasanya.

Sudahnya tangan aku yang sakit.

"Let. Me. Free!"

Itulah perkataan terakhirku sebelum tubuhku kembali diturunkan ke lantai. Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba mengatur nafas yang sempat hilang tadi.

Usai, aku pandang pula Luthfan. Tapi hanya seketika sebelum otak baru menyedari sesuatu.

Sekeliling tempat di pandang. Memang familiar sebab sekarang aku dah berada dalam bilik.

"Tukar baju. Bersiap sekarang." tegas Luthfan sebelum menghilang di sebalik pintu.

Aku berdecak kuat. Jujur kata, ringan aje rasa gigi ni nak gigit-gigit biceps dia tu. Memaksa betul!

Sudahnya aku hanya mengalah. Langsung saja kedua belah kaki diatur malas ke walk-in closet. Pilih baju apa yang sesuai nak di pakai.

Bila sudah di dalam, aku terus mencari. Dan bila mata menangkap satu baju yang tak pernah aku pakai sebelum ni, aku langsung berhenti.

Keningku ternaik sedikit. Baju itu dicapai. Atas bawah atas bawah aku tilik sebelum seketika, bibir mengulum senyuman. Nakal dan penuh misteri.

Dia nak sangat bawa aku kan?

Well...let see.

*****

Terbuntang.

"Baju apa kau pakai ni?"

Pandang Luthfan yang sudah merah muka itu, aku tahu dia sedang marah. Dalam hati, aku ketawa. Puas!

"Kenapa? Seksi sangat ke?" Dengan naifnya, aku bertanya. Tubuh sendiri dikerling.

Baju ketat dan pendek paras bawah punggung kini melekat pada badanku. Memang seksi sebab bawah punggung, bukan bawah lutut!

"Are you crazy, Aileen?" soal Luthfan pula dengan nada tak percaya.

"Eh, okey lah ni. Cantik apa? Lagipun bukan selalu Aileen pakai macam ni. Tengok ni..." Kakiku yang terdedah sengaja dielus-elus depan Luthfan. Menggoda.

"Cantik, kan?"

"Aileen!" Luthfan mendengus geram.

Aku hanya memandang dia yang sudah berjalan mendekati aku. Dongak sikit, hampir tercekik aku bila pandang tatapan matanya yang sangat menakutkan tu.

Gulp!

"Tukar baju lain." katanya, dingin.

Aku yang mendengar terkedu. Dalam takut yang menyelubungi diri pun, aku tetap nak melawan kata.

"Hell no!" kataku. Keras.

Tiba-tiba pinggangku ditarik. Terdorong ke depan terus aku dibuatnya. Lantas menjadikan jurang jarak antara aku dan Luthfan terhapus.

Pinggangku dipegang kemas. Teguk liur juga aku dibuatnya. Lagi-lagi bila terasa tangannya mula bergerak-gerak di sekitar pinggangku.

"Aileen..."

Aku tersentak. Suara garau Luthfan kedengaran begitu seksi dan lembut dipendengaranku. Buatkan jantung bekerja dua kali ganda saat ini.

"Y...ya?" Aduh, kenapa aku gugup?!

Stay calm, Aileen!

Saat ini, mata kami bertentangan. Wajah pula tinggal beberapa inci sahaja lagi mahu bersentuhan. Betul-betul dekat. Nak lari pun rasa sia-sia. Sebab pegangan lengan Luthfan sangatlah kuat.

Sepatutnya aku kena lah gembira, kan? Sebab selama ni, ini yang aku mahukan. Goda dia sampai melekat.

Tapi kenapa pula sekarang, aku rasa resah semacam? Rasa nak lari tapi kaki bagaikan disumpah untuk terus berada di situ.

"Kenapa? Are you scared?" Suara Luthfan kedengaran seksi lagi.

Telan liur lagi. Tolong...aku nak terkucil!

Tiba-tiba, tangan Luthfan naik mengelus-elus pipi kananku. Lembut bagaikan mengelus sutera. Bagaikan ais, aku tetap pegun dan tak bergerak langsung.

Kemudian, rambutku yang beralun menutupi wajah diselitkan di belakang telinga.

Tubuhku mengeras. Liur ditelan lagi bila aku rasa Luthfan mula mendekatkan wajahnya pada leherku. Deruan nafas hangatnya mula menyentuh kulit. Aku mengeliat sebab terasa geli.

Tiba-tiba, rambut yang menutupi telingaku Luthfan selak ke tepi. Kemudian, bibirnya didekatkan ke telingaku. Dan saat itu, kedengaran bunyi bisikan halus memasuki koklea telinga kiriku.

"Change your outfit, Aileen."

Dan aku kejung ditempat yang sama. Hanya mata terkebil-kebil sambil menunggu apa yang bakal Luthfan katakan lagi.

"Badan kau cantik. Dan aku takkan biarkan lelaki lain nampak selain aku. Hanya aku, your husband can see, Aileen."

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now