Bab 12

6.5K 338 5
                                    

Beberapa hari kemudian...

"Hai, Luthfan!" Aku dengan semangatnya menegur. Kepala tersembul di celah pintu. Ingin melihat dimana gerangan suamiku itu berada.

"Apa lagi yang kau nak, nyamuk?" Acuh tak acuh saja nada suara Luthfan. Tangannya masih sibuk membetulkan tali leher. Bersiap sedia nak kerja.

Aku tersengih. "Nak abang."

"Diam lah kau!" tempelak Luthfan setelah selesai memakai tali lehernya.

Aku ketawa. Rasa kelakar pula bila nampak muka tahan baran dia tu. Pagi-pagi lagi, aku dah cari pasal. Tapi niat aku bukanlah nak cari masalah dengan dia. Sekadar nak memulakan hari dengan gurau senda aje.

"Turun jom. Aku dah masak breakfirst." pelawaku.

Terus Luthfan berpaling ke arahku. Wajahnya jelas menunjukkan riak tak puas hati. Atau boleh aku kata, sebal.

"Kan aku dah kata, tak payah masak. Aku tak terliur pun nak merasa masakan kau tu."

Kata-kata Luthfan itu berjaya membuatkan sekeping hatiku hampir carik. Tapi cepat-cepat aku cantumkan semula. Sebab aku bukan lah jenis yang mudah terluka dan tersakiti. Aku kebal. Dan aku juga dilahirkan untuk melawan.

"Tak boleh!" Aku melarang keras. Sampai bila dia nak makan luar? Sampai bila dia tak nak rasa masakan air tangan aku sendiri? Aku ni isteri dia!

"Who are you?" soal Luthfan.

"I'm your wife!" jawabku pula. Berani.

"Then..." Luthfan angkat sebelah bahu. "You should always listening to me. I'm your husband. Jadi, kau kena terima semua yang aku cakap."

"Aku. Tak. Nak. Makan. Masakan. Kau."

Zap!

Kata-katanya menusuk tepat ke jantung. Sakit tapi aku buat-buat tak kisah. Alah, macam tak biasa.

"Tepi. Aku nak pergi kerja."

"Well, let's see then Luthfan!"

Semudah itu aku nak lepaskan dia? Oh, sudah semestinya tidak. Aku ada pelan lain untuk tak membiarkan makanan yang aku dah sedia masak tu membazir.

Pelan B!

*****

Dengan penuh bergaya, aku mengorak langkah. Jalan ala catwalk. Sebelah tangan elok diletakkan di dalam kot panjang hitam yang aku pakai sekarang. Sebelah lagi elok memegang goody bag yang berisi bekal.

Ya, bekal untuk Luthfan!

Suasana sekeliling tiba-tiba menjadi sepi tatkala aku mula memasuki suatu kawasan.

Tanpa perlu menoleh, aku dah tahu tempat apa ni.

Office.

Aku dapat rasa. Banyak juga mata-mata yang sedang mengintai dan memerhati aku kala ini. Ada juga yang sedang berbisik sesama sendiri. Pasal apa? Bukan hal aku!

Aku berhenti melangkah. Kini, pintu yang tertera sebuah nama itu menjamah penglihatan mata.

Mr. Jovian Luthfan.

Dan sudah tentu, ini lah pejabat suamiku.

Perlahan-lahan, cermin mata yang tergantung di hidung aku lepaskan. Rambut yang berada di tepi leher, aku sebak kebelakang.

"Mr. Luthfan ada?" soalku kepada seorang wanita yang kebetulan tempat duduknya berada betul-betul dekat dengan pintu pejabat Luthfan. Dan aku kenal dia.

Jannah, wanita muda yang pernah dijemput hadir ke majlis perkahwinan aku dan Luthfan. Kami pernah berborak dan aku langsung tak kekok bila dengan dia. Mesra orangnya.

"Errr..." Jannah kelihatan ragu-ragu menjawab. Wajahnya seakan mati kutu seketika.

Dahiku berkerut. Pelik dan rasa ada sesuatu yang tak kena dah jadi.

"Jannah? What's wrong?" soalku. Risau.

"Mr. Luthfan ada aje dekat dalam. Tapi..." Jannah ketap bibir.

"Tapi?" Aku masih setia menunggu. Berdebar-debar pula rasa jantung.

"Melly, PA Mr. Luthfan ada dekat dalam sekali." Kali ini, aku nampak leher Jannah bergerak. Seakan menelan pasir. Kesat.

Blur.

"Okay?" Aku angkat kening. Masih tak sampai mesej si Jannah ni sebenarnya. Apa dia nak bagi tahu ni?

"Cik Melly tu..." Jannah menghela nafas payah sebelum menggeleng kepala berkali-kali. "Tak tahulah. Apa kata Puan Aileen tengok sendiri."

"Mesra sangat ke?" Seakan boleh menganggak, aku langsung bertanya. Dan ya, Jannah mengangguk sebagai jawapan.

"Selalu juga?" tanyaku, masih santai.

Seketika, aku nampak Jannah terkedu. Mungkin terkejut sebab aku masih boleh tayang muka rilex walaupun sebaliknya, aku boleh sahaja mengamuk dan buat ribut dekat sini sekarang.

Well...Ini Aileen lah! Be mature and profesional!

"S...selalu juga." jawab Jannah, jujur.

Aku senyum. Kesian pula Jannah ni. Nampak naif pula. Muka macam nak menipu tapi tak sampai hati. Dilema.

"Boleh saya masuk?" aku meminta izin, sopan.

"Boleh. Tapi boleh saya tanya sesuatu?"

Niat untuk masuk ke pejabat Luthfan tadi tergendala. Langsung sahaja aku menoleh ke arah Jannah sebelum keningku ternaik.

"Puan Aileen tak marah?" tanya Jannah, ragu-ragu.

"Marah?"

Jannah mengangguk. "Ya. Bukan ke selalunya perempuan macam kita ni akan mengamuk dan marah bila tahu suami sedang berdua-duaan dengan perempuan lain?"

Ya Allah!

Aku ketap bibir. Berusaha tahan diri daripada tergelak. Sudahnya, aku hanya mengulum senyuman tipis. Geleng diberikan.

"Berapa banyak drama yang awak tengok ni, Jannah?" Aku menggeleng.

Jannah tersengih. Tertunduk dia dengan soalan yang aku lemparkan. Malu gamaknya.

"Chill, Jannah. I'm not a woman who will go head alone. I have a stand and I will not go on a rampage without solid evidence.  Be mature." kataku, senyum.

Ada riak kagum di balik sepasang mata itu. Jannah mengangguk-angguk kepalanya sebelum membiarkan aku melangkah masuk ke dalam bilik Luthfan.

Wajah manisku tadi serta merta bertukar. Tiada lagi riak manis melainkan sinis.

Smirk.

Let's get the war!

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now