Bab 30

6.1K 307 18
                                    

Keluar sahaja pawagam, mulut aku ni tak habis-habis tersengih. Sumpah, cerita Top Gun ni best gila. Pelakon dia haish! Mantap-mantap! Lagi-lagi bila teringat scene dekat pantai tadi...

"Woi, tahulah body dorang tu mantap gila. Tak payah lah nak tunjuk muka angau kau tu." jerkahan Alan itu aku buat-buat tak tahu. Palau kejap dan sambung angau!

Betul. Ada satu part dalam cerita tu tadi hampir saja buat aku menjerit dalam panggung. Pelakon-pelakon lelaki dia masa tu sedang bermain bola dekat pandai. Dah lah tak pakai baju, badan pula fuh...

Bak kata Alan waktu babak itu ditayangkan tadi...

"Sudah sudah lah tu cuci mata."

Kenapa dia kata macam tu? Sebab otot-otot para pelakon dalam babak tu tadi boleh tahan ketak-ketak wooo! Sado gila.

Dia bukan apa tahu. Bila tengok babak tu, otak aku dah mula lah nak menjelajah ke tempat lain. Kalau orang lain pandang skrin pawagam tu nampak muka pelakon. Aku?

Terbayang Luthfan!

Sampai macam ni sekali angau aku. Luthfan tu pun apa kurangnya? Body berbentuk lawa. Biceps pula kiri kanan. Sixpack? Huh, elevenpack kut!

"Woi, perempuan!"

Okay, marilah kita kembali ke dunia nyata.

Aku pandang Alan dengan pandangan sebal. Tch! Spoil mood orang sajalah dia ni.

"Apa?" malas-malas aku bertanya. Kaki diayun keluar dari pawagam.

"Kau nak pergi mana lepas ni?"

Haah, kan? Pergi mana erk?

"Kau ada pelan?" Alan pula aku tanya. Sekeliling mall itu aku tatap. Kut-kut lah tiba-tiba wujud sekeping dua keping idea ni dalam otak.

"Eh dia ni. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Kalau macam ni sampai tahun depan pun tak dapat jawapannya."

Hek eleh, over!

"Heh, mulut kau ni lah kan Alan. Bising mengalahkan bunyi mesin rumput tahu tak? Berdesing betul di telinga." Aku menggosok telingaku. Pura-pura bingit lah katakan.

"Wow, mulut." Mencerlung Alan pandang aku. Aku pun apalagi? Balas jugalah tatapan garang dia tu. Eleh, ingat aku takut?

"Stop guys. Be matured!"

Huh! Nasib ada Leo. Sejuk juga hati ni. Dengan itu, cepat-cepat aku beralih tempat. Berdiri tepat di sebelah kanan Leo. Mata pun sempat sahaja menjeling Alan.

"Jom, Leo. Tinggalkan Alan tu."

Amboi!

"Perghh, macam tu aje kau tinggalkan aku. Lupa kawan betul!"

*****

"Weh, haus lah. Take away Starbuck, jom?"

"Haa jom!"

Aku senyum. Tadi gaduh tak ingat dunia, ini dah berbaik semula. Pa cita?

Beberapa minit menunggu, kami akhirnya keluar dari Starbuck dengan membawa minuman masing-masing. Satu untuk aku. Satu untuk Alan. Leo?

Sibuk dengan telefonnya di luar. Entah apalah yang dia buat tu. Berkerut semacam muka dia sambil jari menaip-naip pada skrin.

Makwe ke bang?

"Leo..."

Leo terus angkat kepala. Dipandangnya aku dengan kening yang sedikit ternaik.

| C | Aileen X LuthfanWo Geschichten leben. Entdecke jetzt