Bab 13

6.6K 375 19
                                    

Aku merempuh masuk ke dalam. Seperti yang Jannah kata tadi. Ada seorang perempuan dengan rambut panjang separas bawah bahu sedang duduk bersebelahan dengan suamiku. Mesra, tapi jelas kelihatan wajah Luthfan yang tak selesa dengannya. Aku kerling pula baju dia. Amboi, tak cukup kain. Memang nak minta pelempang ni.

Luthfan dan Melly serentak menoleh ke arahku. Kedua-duanya nampak terkejut. Mungkin tak menjangka dengan kehadiran aku.

Well...macam biasa. Ini Aileen la. Penuh dengan kejutan!

"Aileen?" Kebil-kebil mata Luthfan pandang aku.

"Abang!" Aku berlari anak ke arah Luthfan.

Kerusi kosong yang ada di depan meja itu aku tarik lalu dibawa ke tepi Luthfan. Usai, aku mula melabuhkan punggungku di sana. Tanpa rasa bersalah, lengan kekarnya aku tarik dan peluk erat.

"Abang, Aileen ada bawa bekal untuk abang ni. Nanti makan, ya?" Sengaja aku lenggokkan nada suara. Manja, biar orang sebelah tu kepanasan.

Dan seperti yang aku dah agak, rahang Melly kelihatan bergerak-gerak. Lewat ekor mata, sempat aku nampak matanya yang terjengil menyampah ke arahku. Huh!

"Abang, Aileen rindu lah dengan abang. Nak kiss boleh?" tanyaku lantang. Sekali lagi, memang niat aku pun nak perempuan tak tahu malu tu dengar.

"Aileen, what's wrong with you?" tanya Luthfan perlahan. Hanya aku dan dia saja yang dengar.

Aku senyum. "Hah? Apa? Boleh? Seriously, okay jom kiss!"

Baru sahaja aku ingat berpura-pura mencium bibir Luthfan, kedengaran bunyi orang berdehem. Dalam posisi yang kekal, aku tersenyum puas hati. Aku dah agak, mesti ada orang iri!

Aku menjauhkan jarak wajahku dengan wajah Luthfan. Lantas, muka dibuat-buat terkejut. Macam baru tersedar sesuatu.

"Oh god! Baru perasan ada orang! Sorry..." Aku tekup mulut, acah terkejut dan bersalah.

Melly berdecak. Menyampah gamaknya dia dengan aku. Tapi aku peduli apa. Aku lagi menyampah dengan dia yang terlalu murah sampai nak goda suami orang bagai.

Jovian Luthfan tu aku punyalah, perempuan!

"By the way..." Aku bangkit. Dan tanpa rasa gentar dan malu, aku langsung melabuhkan punggungku di atas pangkuan Luthfan. Lehernya juga aku lilit guna tanganku.

Luthfan membeku. Buntu akal dia seketika dengan tindakan aku itu.

Smirk.

"Nama you siapa ya? Dan macam mana you boleh ada dalam ni?" tanyaku dengan nada sedikit serius. Sengajalah nak tanya walaupun aku dah tahu.

Melly angkat muka. Bibirnya tiba-tiba naik mengulum senyuman. Sinis. Sekali pandang, macam nak minta pelempang sebiji. Menyakitkan hati sungguh!

"Nama I Melly. I ada dalam ni sebab I ni personal asistent Mr. Luthfan. So, yeah..." kata Melly, bangga.

"Oh, jadi kerjaya personal asistant ni kena melekat dengan bos dua puluh empat lah, ya?" tanyaku pula. Tiba-tiba jadi budak bawah umur. Banyak bertanya.

Soalanku itu membuatkan Melly berdehem.

Eh, perempuan ni. Asyik-asyik nak berdehem. Ada juga yang hilang leher kejap lagi. Orang tanya ni, bagilah jawapan. Bukan bagi batuk kering kau tu!

"Well...memang itu lah tugasnya." Melly akhirnya menjawab. Matanya terus sahaja tertancap pada kertas kerja di atas meja. Pura-pura sibuk konon, jujur aje lah yang kau malu!

Tapi aku tetap mengangguk. Pura-pura faham.

"Nama I Aileen Casandra. Panggil aje Casandra. Kenapa tak Aileen? Sebab orang tertentu aje boleh panggil I dengan nama tu." jelasku, senyum.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now