Bab 23

7.4K 328 1
                                    

Seriously?

Macamana aku nak berhenti kacau dia kalau dia sendiri yang kacau aku?

Ringan aje rasa kepala ni nak hantukkan ke dinding. Sumpah, aku...aku...dia...

Ah! Sabar Aileen sabar. Kau kena kuatkan diri. Silap, kau kena kuatkan keimanan. Jangan menangis. Ini ujian...

"Hi, my angel baby..."

Oh god, what's really happened?

Boleh gila aku dibuatnya dengan sikap Luthfan yang semacam ni. Hari makin hari, Luthfan semakin mengancam nyawa. Jantung aku pun dah kurang sihat sebab asyik rasa nak tergolek keluar aje. Nak meletup pun ada.

Tidak tidak tidak!

Aku perlu teruskan jadi dingin. Tidak semudah itu akan aku akan mengalah. Aileen Casandra bukan wanita yang mudah terpedaya dan kalah.

Jovian Luthfan. Kelemahanku. Dan aku harus cepat buang kelemahan aku yang satu ini. Shuh shuh!

"Hmm..." Tanpa menoleh seinci pun ke arahnya, aku terus sahaja menatal skrin telefonku. Aplikasi TikTok dibuka. Bermacam-macam video berdurasi pendek menjadi santapan mata.

Luthfan yang sedari tadi duduk di sebelahku hanya memerhati. Sesekali matanya mengerling skrin telefonku. Aku pula buat endah tak endah sahaja dengan kehadirannya.

Aku terus sahaja menonton. Yang seronok aku tekan like, yang tak seronok aku biarkan sahaja dan beralih pula ke video seterusnya. Sampai sahaja di video kelima, gerak tanganku berhenti.

Mmm, do what you gotta do, keep me up all night
Hurting bad man, and it hurts inside when I look you in your eye

What are you willing to do?
Oh, tell me what you're willing to do?
Kiss it, kiss it better, baby

Aku ketap bibir. Bila tengok konten yang satu ni, rasa ringan aje tangan nak blender telefon ni. Video sepasang kekasih yang nampak bahagia dan berpegangan tangan. Berlatarkan lagu Kiss It Better nyanyian Rihanna. Ini ke trend tu? Tunjuk ayang?Memang minta kena goreng!

Pandai pula TikTok ni nak menyindir aku!

Tahu lah orang tak boleh buat, tak payah lah nak kasih jealous! Huh!

Bukan aku tak sedar yang Luthfan juga melihatnya. Melihat video yang sama. Entah lah, tiba-tiba pula aku rasa berdebar. Rasa tertanya-tanya, apa reaksi dia bila nampak video macam itu.

Baru sahaja aku ingin menoleh mahu melihat reaksinya, suara garau bercampur seksi Luthfan itu dahulu memintas segalanya.

"Ingat sweet ke?" katanya tiba-tiba. Matanya tajam memandang skrin telefon aku yang masih terhenti pada video sepasang kekasih tadi.

Aku terdiam. Lebih kepada terkejut, tapi berusaha aku kawal riak pada wajah. Untuk kali ni, aku sokong suami aku ni sendiri. Betul lah tu. Ingat sweet ke?

"Trend trend macam ni memang minta kena goreng." katanya lagi. Geram.

Haaa...setuju setuju!

Aku terus pasang telinga dan melihat reaksinya lagi.

"Tak malu ke dia orang ni pegang tangan sini sana padahal belum halal?" Luthfan menggeleng. "Memang menempa api betul budak-budak ni..."

Amboi bang, marah sangat tu...

Aku pandang dia. Dia juga pandang aku. Tak semena-mena, keningnya ternaik.

| C | Aileen X LuthfanDonde viven las historias. Descúbrelo ahora