Bab 40

5.5K 226 2
                                    

Mata meliar memerhati sekeliling. Dalam otak cuma ada satu. Larikan diri!

Aku berlari sekuat hati. Tidak dihiraukan lagi semak samun yang berjaya membuatkan kulitku luka di sini sana. Rasa sakit tidak dapat mengalahkan rasa takut aku yang terlampau menggunung saat ini.

Sebaik sahaja ternampak pokok yang besar, aku langsung berlari untuk bersembunyi di situ. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, kemudian cuba diatur untuk kembali bernafas seperti orang normal.

Tap...

Aku berhenti bernafas. Lebih tepatnya, menahan diri daripada mengeluarkan sebarang bunyi udara yang keluar dari rongga hidung.

Tidak! Aku takkan biarkan langkah aku di kesan!

Tap...

Pergi! Jangan datang mendekat!

Tap!

Semakin dekat bunyi itu, semakin kuat jantungku berdetak. Tangan dan kakiku mula menggigil. Mahu menjerit minta tolong, sepertinya tindakan itu hanya membawa kepada mata petaka.

Aku. Terperangkap!

Mama papa!

Hatiku mula menangis.

Perlahan-lahan, tubuhku yang menyandar di pohon besar di dalam hutan itu melorot jatuh ke bawah. Kedua belah lutut segera dipeluk. Kepala pula aku sembamkan di antara lutut. Rapuh.

Mama papa nak balik!

Beberapa detik berlalu, keadaan kembali sunyi. Menyedari itu, aku akhirnya angkat kepala. Namun saat mataku menangkap pemandangan di hadapan, dunia bagaikan gelap gelita.

Dia...

Haiwan buas...

Dan...

Dia...

Tuannya...

Benar-benar di hadapan aku.

Bang!

"AAAAA!!!" Aku terbangun dari lena. Lantas, tubuh terdorong ke depan.

Dadaku berombak laju, nafas yang disedut kian tak teratur.

Aku menelan air liur pahit.

Mimpi itu datang semula. Untuk kali ketiga.

Ya, kali ketiga!

Pertama waktu mula-mula kahwin dengan Luthfan dulu. Kedua, malam sewaktu aku dan Luthfan gaduh akibat tragedi dalam kereta hari tu. Dan ketiga adalah yang sebentar tadi.

Mimpi aku tersesat di dalam hutan. Ada binatang buas. Ada penjahat. Di situ, aku diburu. Aku ditangkap. Dan aku...

Ditembak?

Automatik, telapak tanganku menyentuh dada. Sakit. Kenapa mimpi tu sakit? Kenapa rasanya macam benar-benar berlaku.

Tanganku kembali melorot jatuh. Sejurus itu, terbit esakan kecil dari celah bibirku. Pipiku kini dibasahi oleh air mata.

Ugh!

Sumpahlah, aku benci mimpi tu!

Setiap kali mimpi macam ni muncul, aku pasti akan menangis. Ya, aku tahu ianya cuma mimpi. Tapi aku tetap takut. Muka harimau dan lelaki bertopeng yang bersenapang dalam mimpi aku itu sangat menggegarkan jiwa. Menakutkan!

Tak dapat aku nak bayangkan kalau mimpi aku ni bakal terjadi di realiti. Kalau berlaku, mesti aku dah...

Stop Aileen!

"Aileen?" Luthfan yang baru terjaga disampingku tiba-tiba menegur. Wajah kelihatan risau walaupun dalam keadaan mamai.

Bila sudah seratus peratus sedar, Luthfan terus pandang aku. Untuk seketika, matanya meluas. Pipiku ditekup pantas. Kemudian, kepalaku ditarik ke dadanya.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now