Bab 36

5.5K 241 1
                                    

Aku melangkah penuh gaya ke hadapan. Rambut yang panjang sengaja dibiarkan lepas ke bawah. Lantai yang sekadar berbatu marmar itu pun sudahku anggap red carpet. Sarat!

Luthfan di sebelahku pun apa kurangnya. Tampan dan segak bergaya saja dengan coat panjang hitam yang dipakainya. Macam aku. Aku pun pakai coat yang sama persis Luthfan punya. Cuma yang membezakannya adalah saiz.

Full of black! Sekali pandang, macam pasangan mafia pula kami di tengah-tengah airport ni.

Mata-mata yang sejak tadi melirik kami, dibiarkan saja tanpa dipeduli. Perasan juga aku dengan tatapan-tatapan miang para gadis yang duk melihat Luthfan di sebelah aku ni. Bukan seketul dua ketul yang miang, tapi berketul-ketul!

Haih!

Aku tarik muka bersahaja. Bukan aku tak sedar sesuatu. Aku juga sekarang ni menjadi tatapan para jejaka-jejaka yang berada di sekitar kami. Kiri dan kanan, mata melekat woo pandang aku!

Asal? Nak minta penumbuk ke? Tertengok-tengok, ugh!

Luthfan di sebelah aku kerling hanya dengan hujung mata. Kuat instinc aku katakan yang sekarang, dia sedang menjeling sebal matanya. Tanda menyampah dengan lelaki-lelaki yang sejak tadi hanya tahu nak tenung aku.

Kami sama-sama jadi perhatian.

"Aileen, stay here sekejap ya. Abang nak pergi toilet." Luthfan meninggalkan bagasinya tepat disebelahku sebelum mula melangkah masuk ke dalam tandas.

Aku hanya menghantar pemergiannya dengan pandangan mata. Setelah itu, aku kembali pandang depan. Haih, bosannya. Cepatlah naik kapal terbang. Tak sabar ni nak pergi New York!

Sakan sibuknya aku termenung, tiba-tiba ada seorang gadis. Eh? Tak. Bukan seorang, tapi dua orang.

Eh. Kejap- kejap...

Satu, dua...

Wait, what?

Enam orang?

Apa dia orang semua buat depan tandas lelaki ni pula? Senyum penuh teruja pula tu. Seorang-seorang muka dah macam iras ulat beluncas. Kenapa ni? Jangan kata nak mengintip kaum Adam yang ada dekat dalam sudah!

Aku memerhati dengan muka yang berkerut curiga. Badan disandarkan pada dinding sambil tangan disilangkan rapat ke dada.

Beberapa minit berlalu, mereka masih lagi berada di tempat yang sama. Depan tandas lelaki. Haih, makin pelik pula aku dengan dia orang ni.

"Sweetheart..."

Dengar saja suara tu, aku langsung menoleh. Bibir terus merekah dengan senyuman lebar. Akhirnya!

"Sorry, gorgeous. Lama menunggu eh?" Tersengih-sengih Luthfan sebaik sahaja merapati aku. Coat bajunya dibetulkan. Rambut pula disebak sedikit ke belakang.

Oh god! I'm drooling. He is so handsome!

Senyum lagi. Baru sahaja aku mahu menjawab, tak semena-semana datang sekumpulan gadis menghampiri kami.

Eh...dia orang ni kan yang berkumpul di luar tandas lelaki tadi. Apa dia orang ni nak?

"Oh my god! Handsomenya!" Salah seorang daripada mereka menjerit. Histeria.

Aku pula sudah tersentak. Jadi, inilah tujuan mereka buat perhimpunan depan tu tadi.

"Hotnya!" Salah seorang mereka lagi berkata. Teruja. Senyum pula makin lama makin mencair.

Hoi!

Terlopong aku tanda tak percaya. Amboi, berani pula nak puji laki aku depan-depan. Dia tak tahu ke yang sebelah dia ni isteri dia!

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now