Bab 5

7.4K 390 15
                                    

Luthfan menuruni tangga. Hari ni dia tak jadi masuk kerja lagi. Ada benda nak urus. Lagipun nak takut apa? Dia bos!

Bila sudah di tingkat bawah, kakinya kembali berhenti. Ada sesuatu yang membuatkan dia rasa sesuatu. Rasa sesuatu yang tidak seperti selalu.

Tiada bunyi tembakan di pagi hari seperti selalu. Bauan yang menyengat hidung namun tidak pernah dia rasai itu juga tidak terhidu. Sunyi.

Dia menoleh, kemudian berjalan ke dapur. Semuanya nampak kosong. Lampu juga masih tidak menyala. Bila dia kerling jam di tangan, sudah jam sembilan pagi. Kalau waktu-waktu begini, tempat ini lah yang paling bising mengalahkan kawasan pembinaan bangunan.

Luthfan kembali termangu sebelum mengambil keputusan untuk menuju ke bilik Aileen. Sampai sahaja, dia mengetuk daun pintu.

"Aileen..."

Tiga kali dia ketuk dan tiada sahutan langsung dari dalam, Luthfan akhirnya membuka pintu bilik Aileen dan memasukinya.

Untuk sesaat, dia terkedu. Aileen dipandang. Terdapat satu duvet putih yang masih lagi membaluti tubuh gadis itu.

Geleng.

Luthfan berjalan menghampiri Aileen yang masih diulit mimpi. Perlahan. Usai, dia langsung melabuhkan punggungnya di birai katil gadis itu.

Wajah Aileen dikerling. Dapat dia lihat wajah itu mula berubah warna. Merah dan nampak berbahang. Bukan setakat itu, bawah matanya juga nampak sembab.

Haih...Luthfan mengeluh sendiri. Ini mesti Aileen menangis!

Menyedari itu, Luthfan meraup wajah. Ada sedikit rasa kesal dalam diri. Bukan sebab dia ambil peduli dengan Aileen tapi sebab dah buat perempuan menangis.

Membuat wanita menangis tiada dalam kamus hidupnya!

Namun dia tetap hairan dan tidak menyangka. Perempuan ni pun boleh menangis rupanya. Ingatkan tak boleh. Sebab selalu, tiada pula riak macam nak meraung perempuan ni. Nampak kuat. Nampak berani.

Sekali lagi, Luthfan pandang Aileen. Kali ini, alisnya ternaik bila nampak dahi Aileen berkerut. Kelopak mata gadis itu pula nampak sedikit bergerak-gerak.

Aik? Perempuan ni tak tidur ke?

*****

Mata tertutup, tetapi sejak tadi badanku tak berhenti-henti bergerak ke kiri kanan. Mencari posisi yang selesa untuk melelapkan mata.

Sudahlah mata sembab, hidung pula tersumbat. Susah sungguh nak sedut udara oksigen. Gara-gara mimpi buruk, aku jadi begini. Tapi aku tak salahkan mimpi buruk seratus peratus juga, sebab lima puluh peratus itu aku salahkan Luthfan.

Dia pun penambah punca aku jadi cengeng begini!

Dan sekarang, aku rasa macam nak terjun dari tingkap rumah besar ni. Aku mengantuk. Aku penat. Aku nak tidur. Tapi kenapa susah sangat mata ini nak ikut kehendak tuan badan?

Sejak tadi, aku hanya tidur-tidur ayam. Dah tujuh jam! Rasa macam tidur tapi tak tidur pun. Kosong. Semakin berat mata ni, semakin susah pula nak terlena.

Hachum!

Bila benda alah itu keluar, aku terus pegang dahi sendiri. Di situ, barulah aku sedar. Aku demam.

Rasa nak ketawakan diri sendirilah pula. Sejak bila aku lemah macam ini? Demam? Fuh, sudah enam tahun aku tak merasa demam. Kali terakhir pun waktu aku sengaja nak cari bala dengan mandi dalam hujan lebat.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now