The last chapter

10.1K 391 13
                                    

Letih juga badan ni. Kelmarin, Luthfan ajak aku menembak di Shooting Range dia. Katanya nak tunaikan janjinya yang pernah kata nak bawa aku ke situ lagi. Aku hanya mengikut dan sudah tentunya tak membantah sebab rasa teruja yang teramat. Walaupun dalam keadaan sekarang ni, tenaga badan tak mengizinkan untuk aku terlalu aktif.

Hari ini pula, aku dan Luthfan berada di pantai. Bukan cuma berdua, tapi ada ahli keluarga yang lain juga. Mahu dari keluarga Luthfan, keluargaku pun ada. Sajalah. Sekali-sekala buat family day bersama.

Anak mata aku tancapkan ke depan. Melihat pemandangan laut yang sudah pastinya berjaya menenangkan jiwa. Aku tarik nafas. Terasa segarnya udara masuk ke dalam rongga hidung. Kemudian, angin bayu dengan manjanya menampar halus wajahku.

Aku pandang kiri dan kanan. Ramai juga pengunjung yang datang berekreasi di sini. Suara kanak-kanak pula paling meriah. Menjerit penuh suka ria. Berlari serta bermandi manda.

Bila lihat itu, aku melorek senyuman. Otak pula sudah mula memikirkan bagaimana kehidupan keluarga kecil aku akan datang. Mesti seronok, kan?

Sedang aku termenung, tak semena-mena diriku disergah dari belakang. Terkejut bukan kepalang aku jadinya. Lantas, tangan menekup perut.

Aku mendengus. Geram. Tajam anak mataku menusuk anak mata si dia yang tanpa rasa bersalah hanya tersengih ke arahku.

"Marah?" soal dia dengan kernyitan mata menggoda.

Gila kau!

Maki hamun aku simpan saja dalam hati. Malas nak bertekak. Sudahnya satu jelingan aku hadiahkan kepada dia sebelum kepala kembali ditegakkan. Pandang laut.

"Ibu mengandung tak elok berdiri di tengah-tengah ni. Elok Aileen duduk dekat sana tu. Mama dah risau Aileen ni berdiri lepas tu menghayal macam minta kena langgar budak-budak."

Aku mencebik. "Sibuk aje."

"Mestilah kena sibuk. Aileen tu adik abang. Risau ada apa-apa terjadi." Penuh prihatin nada bicaranya. Nampak sangat sayangkan adik dia yang seorang ni.

Huh, untung aku!

"Suami Aileen mana?" soalku, suara mula kendur dan tak sekeras tadi. Lagipun, nak keras buat apa? Hubungan kami dah membaik.

"Yes, my wife?" Kedengaran satu suara lelaki menyampuk. Aku dan Alan pantas menoleh.

Bila pandang Luthfan, aku tersenyum. Dengan langkah yang terkedek-kedek dek perut yang semakin memboyot ke depan, aku berjalan mendekatinya.

"Eeee dia ni, tak payahlah jalan. Biar abang aje yang datang kepada sayang." Luthfan menggeleng.

Bahuku dipaut menghampirinya. Setelah itu, bibirnya singgah ke puncak kepalaku. Mengucupnya penuh kasih.

"Dari dulu sampai sekarang, kau orang memang sengaja nak tunjuk sweet depan orang macam aku, kan?" Alan yang melihat kemesraan kami menjeling.

"Dah kau single sangat, pergilah cari pasangan. Ini dah nak ada anak buah pun masih kesepian." kata Luthfan dengan sebelah tangan yang melingkari pinggangku.

"Perghh, pedih mat ayat kau. Ingat sikit, aku ni abang ipar kau. Jangan macam-macam." Alan sedas memberi amaran.

Luthfan dan aku saling berpandangan sebelum sama-sama kami hambur dengan gelak. Alan senyum.

"Ya lah, abang iparku. Semoga cepat dapat jodoh." sindir Luthfan bersama bibir yang herot menahan tawa.

Aku hanya menggeleng. Setelah itu, kami bertiga kembali ke meja di mana ahli keluarga Luthfan dan aku berkumpul. Rancak benar berbualnya. Ini kalau aku menyampuk, mahu tak bernanah telinga diceramah mama.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now