Bab 39

4.8K 224 5
                                    

Dari muzium, teater, ice-skate dan sekarang, Luthfan bawa aku naik feri. Ramai penduduk dari pelbagai pelusuk tempat yang ada di dalam feri yang kami naiki. Semuanya nak tengok pemandangan bandar dari laut. Memang tak dapat aku nak tipu, cantik teruk!

Aku seluk tangan ke dalam poket. Ambil fon dan terus mengambil beberapa keping gambar. Salah satu kenapa ramai pengunjung nak naik benda ni ialah sebab Statue of Liberty.

Rata-rata mereka sibuk mengambil gambar patung itu dari jauh. Aku yang pandang hanya setakat pandang. Langsung tak tertarik untuk turut serta. Biasalah je. Daripada aku gambar patung tu, lebih baik aku gambar suami aku yang kacak maut ni.

Tanpa membuang masa, Luthfan yang sedang khusyuk memerhati laut dihadapan aku gambar. Dari satu gambar menjadi dua puluh gambar. Banyak eh? Tak apa. Simpan buat wallpaper. Hehe...

Sepanjang berada dalam feri, Luthfan langsung tak lepas daripada memaut tubuhku. Rapat sangat, macam tak mahu orang lain dekat dan rampas aku daripadanya. Agak pelik tapi bak kata cikgu sekolah menengah aku dulu...husnuzon.

Destinasi seterusnya ialah Central Park. Dalam banyak-banyak tempat yang kami kunjungi, tempat ini saja yang tenang bagiku. Kenapa? Sebab tak ramai orang. Tak penuh dan tak perlu nak berasak-asak macam dalam feri dan teater yang kami pergi tadi.

Aku memerhati sekeliling taman. Tenang. Terdapat tasik kecil dan bot-bot kayu juga di sini. Setiap satunya sudah terisi dengan beberapa orang manusia berkulit cerah.

Quack quack!

Oh tak lupa juga, di sini banyak itik dan angsa. Tupai coklat pun ada. Menonong saja haiwan-haiwan tu mengeluarkan suara mereka dengan bahasa yang langsung aku tak faham apa maksudnya. Kecuali tupai tu lah. Haiwan satu ni aku perhati, sejak tadi tak habis-habis nak curi kacang dari plastik orang.

Aku menggeleng, terus melangkah seiring dengan si dia.

Saat ini, terasa jari-jemari aku kini disulam bersama dengan jari-jemari Luthfan. Kemudian, tanganku yang digenggamnya dia masukkan ke dalam winter coat miliknya. Hangat.

"Abang..." panggilku tanpa menoleh.

"Ya, sayang?"

Opocot!

Fuh, nasib baik aku jatuh dalam hati bukan jatuh dekat realiti. Suara dia ni memang boleh buat rusuk bergetar teruk woo...

Aku kembali berdehem, menghilangkan rasa kering tekak. Sebenarnya, aku nak tanya Luthfan sesuatu ni. Bukan tentang kami tapi...

"Do you wanna ask me something, gorgeous?" soal Luthfan sebaik sahaja menyedari aku yang tiba-tiba berhenti melangkah.

Lambat-lambat aku mendongakkan kepala dan mengangguk. Luthfan yang melihatnya langsung menarik aku untuk duduk di bangku kosong yang terdapat di taman itu.

"Tanyalah..."

Aku mengetap bibir. Resah? Tak tahulah, cuma aku tak pasti nak tanya soal ni dengan Luthfan atau apa. Otak mendesak. Perlukan jawapan dengan secepat mungkin.

Sudahnya aku mengeluh. Mahu tak mahu, aku akhirnya bertanya juga.

"Hm?" Luthfan angkat kening.

"Alan."

Aku sedar akan perubahan air muka Luthfan bila nama Alan disebut, namun wajah itu kembali berubah biasa sebaik saja aku selit nama Leo.

"Dan Leo..."

"Kenapa dengan dia orang?" Luthfan menyandarkan tubuhnya di badan kerusi.

"Betul ke dia orang datang sini sebab nak bercuti?" Ya, macam mustahil pun ada juga. Banyak-banyak tempat di dunia ni, kenapa nak New York juga mereka pilih? Kenapa tempat aku dan Luthfan juga mereka nak ikut?

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now