Bab 6

7.5K 332 5
                                    

Hari ini, aku semakin membaik. Dah tak rasa panas badan dan demam. Penangan mimpi malam itu memang membuatkan diri seorang Aileen Casandra yang sebenar hampir hilang.

Aku bersyukur. Hari-hari kembali menjadi seperti sediakala. Tapi masih ada satu benda yang aku tak puas hati. Luthfan. Bila lah sifat dingin dia tu nak berubah?

Hmm... tak apa lah. Aku sabar menunggu. Lagi pun nak risau apa? Ini Aileen lah. Punya cara nak goda hati dia sampai dapat. Kalau ada perempuan yang nak goda dia pun, aku takkan duduk diam. Mungkin buka-buka mata sahaja nanti, perempuan-perempuan tu dah selamat terlantar di atas katil.

Katil ICU!

Tapi hari ni aku rasa sedikit terkejut. Sebab pagi-pagi lagi Luthfan ketuk pintu mengatakan bahawa hari ini kami akan berpindah. Pindah rumah. Sekali lagi!

Aduh, dia ni!

Nak sahaja aku marah. Marah Luthfan. Pelik bukan? Kalau selalu orang-orang akan gembira bila suami cakap begitu dengan isteri. Kata nak pindah rumah baru yang lebih cantik dan selesa. Seronok, kan?

Tapi lain pula dengan kes kami ni. Kalau orang lain, pindah rumah mungkin hanya sekali seumur dalam hidup. Tapi kami? Luthfan nak ajak aku pindah rumah berapa kali?

Ini kali kelima!

Tahu lah kaya tapi jangan lah asyik-asyik nak pindah. Bukan tak suka, tapi penat tahu tak nak packing barang-barang. Barang aku ni bukannya sikit. Kalau shopping baju tu rasanya satu kedai tu aku nak borong. Satu kedai, sepuluh pasang. Kalau lima kedai aku masuk, dah lima puluh pasang baju. Jadi, kalau dalam sebulan aku shopping lima kali, dah berapa baju rasa-rasanya ada dalam closet?

Larat ke aku nak packing semua tu?

Aku melemparkan sehelai bajuku ke depan sebelum kepala dihempaskan di atas timbunan baju yang sudah selamat disusun dalam bagasi. Rambut yang lepas automatik ke depan. Macam hantu dah. Ah!

"Malasnya!" jeritku.

"Tak payah nak malas-malas. Packing sekarang." Luthfan yang sejak tadi bersandar pada muka pintu sambil tangan disilangkan ke dada bersuara.

Aku menutup mata. Sedaya upaya aku cuba menahan diri daripada menghela nafas kasar. Beberapa detik berlalu, aku akhirnya menghela nafas perlahan. Malas!

"Penatlah, Luthfan!" Suaraku kedengaran tenggelam timbul disebalik timbunan baju.

"So?"

"Kejam kejam kejam!" Seraya itu, aku kembali menegakkan kepala. Rambut pula diremas-remas sampai kusut.

"Yes, i'm cruel. Then? Kau aspect apa?" Luthfan jatuhkan tangannya. Kali ini diletakkan satu tangannya ke dalam poket. Santai dan pastinya dingin.

Mencerlung mata aku pandang dia. Mau kasih tembus sampai belakang kepala. Dasar!

Rela tak rela, aku kembali memasukkan semua barang-barang aku ke dalam bagasi. Satu, dua, tiga dan haih...

Sembilan bagasi!

Nampaknya aku perlu ingatkan diri sendiri supaya selepas ini jangan nak terlampau bershopping. Kan sendiri yang susah!

*****

"Wow!"

Baiklah. Aku akui. Aku tak jadi nak marah dan rasa nak meradang dengan Luthfan. Hanya dengan melihat binaan rumah agam yang tersergam indah di hadapan mata ini sekelip mata sahaja mampu buatkan aku senyum sampai telinga.

Incredible! Unbelievable!

Aku tersengih seketika. Mesti rumah ini akan menjadi rumah kekal kami berdua.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now