Bab 3

8.1K 381 5
                                    

Aku bersiap. Hari ni, aku nak keluar dengan Lita, kawan baik dunia akhirat aku. Sudah sehari selepas kahwin kami tidak berjumpa, rindu pula nak menggila dengan dia. Haha!

Aku membetulkan sedikit pakaianku. Rambut yang terjuntai ke tepi, diselitkan ke belakang telinga.

Kaki diatur gaya catwalk. Fuh, macam model betul lah aku ni!

Luthfan yang sedang menghadap kerjanya aku dekati.

"Luthfan, aku nak keluar dengan member kejap tau." Aku tersenyum meleret. Haih, dia ni lah kan. Hensem betul!

"Siapa tanya?" soal Luthfan dengan mata yang masih fokus menghadap laptop.

"Aku cakap ajelah, gila! Kau tak takut ke nak tanggung dosa? Kut-kutlah aku keluar buat benda yang tak elok ke apa ke? Tak ke menggunung dosa yang kau perlu pikul? Orang macam kau ni dah lah banyak dosa, takkan nak tambah lagi?" Aku mencerlung tajam.

Eeee Luthfan ni. Pandai sejukkan hati aku, pandai juga panaskan hati aku!

"Ada aku kisah ke?"

"Gila lah jantan ni. Muka dah hensem, tinggal nak ubahsuai otak tu aje lagi. Hmm... Patutlah sampai ke tua single." Aku menggeleng.

"Malangnya orang yang dapat kau ni, nasib kena kat aku."

"Mulut tu kalau mengidam sangat nak kena sumbat cili, cakap. Aku boleh tolong sumbatkan." kata Luthfan dengan suara kutub utaranya.

"Haih..." Untuk seketika, aku mengeluh.

"Tak syok lah macam ni. Aku nak juga sekali rasa macam pasangan yang lain. Sweet gila, tak macam kau. Tak sweet, tahu nak dingin memanjang aje..." Aku menunduk, sedih.

"Kau tak payah nak berlakon sedih. Kau ingat aku tak tahu otak kau tu macam mana. Strategi berlambak."

Aku tersengih. Tahu pula jantan ni!

"Dah lah, aku cau dulu. Bye, husband! Muah!" Sempat aku bagi dia flying kiss. Siap kernyit mata. Saja nak menggoda. Mana tahu sangkut? Haha!

"Hm..." Luthfan masih dengan dunianya. Langsung tak pedulikan aku yang separuh mati cuba menggodanya.

Aku berdecak. Tak guna!

*****

"So, how was your day after being a wife?" soal Lita.

Aku yang sedang mengacau-ngacau minumanku tiba-tiba berhenti. Satu keluhan kecil terlepas dari celah bibirku.

"Not easy." kataku.

"Lah, kenapa pulak ni? Apa yang tak senangnya? Kau kan pandai memasak. Semua benda pun kau boleh buat. Apa yang kau tak reti lagi ni?" tanya Lita sambil menyedut air lemon miliknya.

"Laki aku tu gay."

Pfffttt...

Tersembur keluar air yang diminum oleh Lita. Nasib baik aku sempat mengelak ke kiri. Tidaklah aku terkena segerombolan mikroorganisma dari mulut dia tu.

"Weh, apa kau merepek ni? Tak elok gila kau cakap macam tu." Lita mengesat tepi bibirnya.

Aku angkat bahu.

"Dah dia langsung tak tergoda dengan aku. Nak suka aku pun payah. Aku bukan apa, kau tahu lah aku ni obses dengan dia. Sakit woo setiap kali dengar dia kata 'aku tak cintakan kau.' tu..."  Aku meniru gaya percakapan Luthfan.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now