Bab 19

7.1K 369 4
                                    

"Kau dah kenapa? Lembab semacam."

Pertanyaan Luthfan itu aku buat acuh tak acuh. Aku rasa tak payah pun aku nak jawab soalan dia tu. Luthfan sendiri dah tahu. Dah dia jadikan aku hamba abdi dia. Suruh aku bawa barang-barang sampai penuh dua belah tangan. Cis!

"Bagilah. Biar aku aje yang bawa." Baru sahaja Luthfan ingin mengambil plastik barang-barang dari tanganku, aku terlebih pantas mengelak.

"Tak payah lah." ucapku malas. Dia dah buli aku, buli lah sampai habis. Jangan nak buat kerja setengah jalan.

"Menstrual pain?"

Aku menjengil mata. "Aileen tak period. Nak menstrual pain macam mana?"

Aku berhenti. Kaki kini terpasak tepat di belakang kereta. Wajah Luthfan dikerling. Aku mendengus sebelum bibir aku juihkan ke arah bonet.

"Buka. Aileen nak letak barang."

Perempuan ni dah kenapa? Merajuk ke? Dahi Luthfan berkerut. Tak lama setelah itu, tangannya membuka bonet kereta.

Ligat tanganku meletakkan barang-barang belian tadi ke dalam kereta. Satu persatu. Biar tersusun. Bila aku sedar ada tangan yang nak sibuk juga menolong, aku terus menepis.

"Tak apa. Aileen boleh buat sendiri." ucapku tanpa mahu menoleh ke arah Luthfan.

Beberapa detik kemudian, bonet kereta aku tutup rapat. Luthfan kulihat masih berdiri di sampingku. Eh dia ni, nak jadi tunggul pula ke?

"Encik suami, buat apa lagi tercegat di sini? Masuk lah." Malas mahu menunggu respons Luthfan, aku langsung memboloskan diri ke dalam kereta.


Kepala disandarkan ke belakang. Toleh kiri. Aku kini melontarkan pandangan ke luar tingkap. Tangan pula naik memeluk tubuh sendiri.

Dan sekarang, aku kembali tak tahu Luthfan nak bawa aku pergi mana. Sebab keretanya ini dah selamat melintasi simpang ke rumah kami.

Oh, silap. Rumah Luthfan...

"Are you sulking?" soal Luthfan tiba-tiba.

Tanpa menoleh, aku menjawab malas. "For what?"

"Are you mad?" Lagi Luthfan nak tanya. Tapi aku buat acuh tak acuh sahaja.

"Tak lah." jawabku.

"So, why do you look so quiet since in the market earlier?"

Banyak tanya pula laki aku ni! Aku mencebik dalam diam. Memang pun. Aku memang nampak senyap aje sejak dalam kedai tadi. Atau lebih tepat, sejak Luthfan kata aku ni bukan siapa-siapa pun dalam hidupnya. Sekadar pengacau dan penyibuk. Ya, memang. Aku tahu itu. Tak payah nak ungkit...

"Kenapa? Abang nak Aileen rap ke? Atau nak Aileen berzapin dalam ni?" Aku menyindir. Luthfan terdiam.

"Tak payah lah abang nak tahu. Lagipun Aileen bukannya penting dalam hidup abang. Kalau Aileen accident sekalipun, bukannya abang nak ambil tahu."

"Aileen, stop. That's too much. Apa kau merepek ni?"

"Aileen tak merepek. Aileen cuma cakap benda betul." jawabku tak mahu kalah. Aku menoleh ke arah Luthfan yang masih memandu.

"You should stop saying something like that." Suara garau Luthfan kedengaran menekan.

"Why? Benda betul kenapa nak marah?"

"Stop before I'll kiss you, Aileen!"

"Ciumlah!" Serentak itu, kereta yang tadinya bergerak, berhenti mengejut.

Aku tersontak. Baru sahaja aku ingin menoleh memandang Luthfan, dia terlebih dahulu memaut kasar daguku untuk menoleh ke arahnya. Serta-merta, pandangan mata kami berlaga. Dan belum pun sempat aku hendak mencerna apa-apa, laju saja bibirnya menindih bibirku.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now