Bab 18

7.3K 352 2
                                    

"What did you do just now?" soal Luthfan datar. Kami akhirnya tiba di hadapan sebuah shopping mall. Kereta juga sudah elok terparkir di tempat letak kenderaan.

Tayang muka tak bersalah aku sekejap.

"What? Aileen just pusing tangan dia aje tadi. Dah dia biadab sangat dengan abang." balasku beriak selamba.

Luthfan mengeluh panjang. Kepala digeleng sekali sebelum aku dengar dia kembali bersuara.

"Lepas ni, kau tak payah nak masuk campur. Dia tu lelaki. Aku pun lelaki. Semua tu urusan lelaki. Kau tu perempuan." katanya panjang lebar.

Bila dengar itu, aku berdecak. Eleh!

"Nak jadi protective kejap pun tak boleh..." Aku membebel sendiri. Sempat juga aku menjeling tak puas hati ke arahnya. Huh, Luthfan ni memang tak tahu nak berterima kasih!

"Tak payah nak mengada sangat. Cepat turun..." Tanpa mempedulikanku, Luthfan langsung sahaja turun dari perut kereta.

Lagi dan lagi membebel tak puas hati aku dibuatnya. Rasa nak cubit-cubit saja si Luthfan ni. Haih, geram pulak aku!

"Baik kau senyap sebelum mulut kau aku gam." Bahana rimas dengan suaraku, Luthfan keras memberi amaran.

Uuuuu...

Cis, ingat orang takut lah tu?

"Nak gam? Gam lah. Gam." Tiada sekelumit pun rasa gentar aku kepadanya. Malah, sempat lagi aku menjengket-jengket kakiku depan Luthfan yang tinggi itu. Mulut pula aku muncungkan ke depan. Berani, gamlah!

Mungkin sebab terlalu geram, Luthfan akhirnya berdiri tepat dibelakangku. Untuk seketika, aku tersontak. Mata pula terbeliak luas.

"Argh!"

Luthfan. Tidak pula di gamnya mulutku. Sebaliknya, leher aku pula dicekik guna lengan kekarnya itu.

Aku menyeringai. Meronta-ronta aku minta dilepaskan. Bukan sebab sakit, tapi sebab lemas. Silap hari bulan, boleh arwah aku.

Tangannya yang elok melilit di leherku itu aku pukul berkali-kali. Lepaslah gila!, getusku dalam hati.

"L...lepaslah!" Udara oksigen berusaha aku sedut. Payah!

"Sekali lagi aku dengar kau bising, aku tak teragak-agak akan cekik kau lagi." Seraya itu, dapat aku rasa leherku kembali bebas. Udara oksigen juga dah boleh sampai otak semula.

Aku menggosok-gosok leherku menggunakan jari-jemari. Biar bagi lega balik. Luthfan dipandang dengan tatapan tak puas hati.

Kemudian, tatapan mataku jatuh pada lengannya. Saat itu juga, terlintas idea nakal dan jahat dalam otakku. Sepantas kilat, tangannya itu aku raih lalu dengan sekuat hati, tangannya itu aku gigit.

"Auch!!!"

Okay, run!

"Aileen!"

"Sorry! Sengaja!" Berdekah-dekah aku ketawa sambil berlari meninggalkan Luthfan.

*****

Bawah bibir aku ketap. Berusaha aku kawal diri daripada pecah dengan tawa. Melihat Luthfan yang sejak tadi menggosok lengannya sambil mengatur langkah itu, hatiku bagaikan tak henti-henti bersorak kemenangan.

"Kau ni manusia ke apa? Sakit gila kau gigit."

"Harimau. Rawr!" Aku buat gaya rawr depannya. Tak peduli dengan orang-orang yang sejak tadi memandang kami berdua.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now