Bab 43

5.1K 238 4
                                    

Malaysia...

"Bye sayang. Abang pergi kerja dulu okey?" Luthfan yang baru sahaja selesai mengurus diri langsung mendekatiku. Satu kucupan dilabuhkan di dahiku.

Aku tersenyum. Silap hari bulan, boleh kencing manis aku dengan sikap Luthfan yang hari demi hari makin manis ni. Silap hari bulan lagi, mungkin kaki aku ni tinggal sebelah saja sebab dah kudung akibat dipenggal. Diabetes dengan sifat soft Luthfan!

"Okey. Hati-hati ya, abang. Bye! Muah 3000!" Aku melayangkan flying kiss kepada si suami.

"Muah infinity." Luthfan pula membalasnya dengan kernyitan mata.

Aku menggeleng seraya terkekeh kecil. Haih, mengada sungguh ya abang ni. Jangan sampai biceps abang tu kecut Aileen gigit-gigit. Haaa, hilang macho kang. Haha!

"Aileen, malam ni tak payah masak ya. Abang rasa malam ni abang lewat balik. Ada klien dari oversea datang melawat syarikat. Dia orang buat dinner sekali." jelas Luthfan. Air mukanya berubah keruh untuk seketika.

"Abang dah kenapa?" soalku pelik.

"Sedihlah sebab tak dapat teman isteri abang makan." Luthfan kemam bibirnya, tayang muka sedih dan kecewa.

Alahai, comel gila!

Aku menghampiri Luthfan. Bahu kekarnya aku tepuk dua kali. Memujuk dan bagi semangatlah katakan.

Senyum.

"Tak apa. Aileen okey aje. Lagipun Aileen tahu, abang bukannya sengaja kan? It's okay. I understand you, love." ucapku lembut.

"Sorry..." ucap Luthfan pula.

Aku senyum. "Okay..." balasku.

Aku menghantar Luthfan sehingga ke pagar. Bila keretanya sudah mula membelah jalan, aku angkat tangan melambai ke arahnya. Beberapa minit berlalu, aku masih tak berganjak dari tempat aku berdiri.

Sunyi.

Aku pandang kiri kanan. Clear!

"Okay, let's start the mission Aileen!" Aku senyum sendiri.

Maafkan Aileen abang!

*****

Hari ni, sebenarnya aku nak curi-curi pergi rumah mama papa. Nak bagi surprise hadiah dari New York. Ya, sempat juga aku beli buah tangan dari negara tu semasa sedang berjoli dengan si suami.

Garaj Luthfan aku masuki. Kemudian lampu garaj itu dihidupkan. Dari gelap, kini garaj itu mula disimbahi dengan cahaya lampu yang terang.

Untuk seketika, aku menggaruk kepala. Errr...ini yang susah ni!

Dengan langkah penuh hati-hati, aku perhati satu persatu kereta Luthfan. Dari satu kereta ke kereta yang seterusnya. Pening juga aku nak pilih. Sebabnya bukan ada satu kereta saja tapi lima belas buah! Semuanya tersusun rapi.

Aduh! Keliru betul lah. Kereta mana nak pakai ni?

Hmmm...

Haa lantaklah!

Malas dah nak belitkan otak, aku akhirnya ambil keputusan untuk memakai kereta Nissan GTR berwarna hitam milik Luthfan. Lagipun kereta ni saja yang aku rasa sesuai. Saiz standard lah untuk aku. Yang lain semua gedebak!

"Aileen pakai kereta abang sekejap ya. Hari ni aje." Tanpa membuang masa, aku langsung mengambil kunci dan memecut laju kereta dari perkarangan rumah agam.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now