Bab 17

7K 349 1
                                    

Dan sekarang, di sinilah aku. Di dalam kereta mewah Range Rover milik Jovian Luthfan, suamiku. Sedang termenung sambil memikirkan ayat Luthfan beberapa jam yang lalu. Ayat yang berjaya buat aku terkedu, terkejut, tersontak dan yang seangkatan dengannya.

Badan kau cantik. Dan aku takkan biarkan lelaki lain nampak selain aku. Hanya aku, your husband can see, Aileen.

Terngiang-ngiang ayat sensual dia tu dalam otak. Susah betul aku nak percaya. Rasa macam ini semua adalah mimpi. Tapi bila aku cubit tangan sendiri, berdesis juga jadinya. Makna, aku tak bermimpi dan semua kata-kata Luthfan tadi adalah wujud.

Dan disebabkan itu, mahu tidak mahu, aku ambil keputusan untuk mengikuti Luthfan saja. Mengalah. Aku pun tak tahu lah ayat tadi itu sekadar umpan dia atau apa, tapi jantung ni betul-betul rasa nak meletup. Rasa termakan.

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Rasa bosan mula menyelubungi diri. Lagi-lagi bila sedar benteng kebisuan antara aku dan Luthfan sekarang ini benar-benar kukuh.

"Kita nak pergi mana?" Tanpa rasa mahu menoleh, aku cuba meruntuhkan benteng kesunyian yang terhasil antara kami.

Sunyi.

Berdecak. Sebab ini lah aku malas nak buka mulut. Bukannya Luthfan nak balas. Lebih baik jadi bisu daripada dapat malu percuma.

Huh!

"Perlu ke aku nak jawab soalan kau?" Luthfan akhirnya bersuara. Tapi bukan itu yang aku mahu dengar.

Menjeling.

"Tak paksa pun kalau tak nak jawab." Aku memeluk tubuh. Bibir dicebik, macam itik!

"Merajuk?"

"Mana ada!"

"Eleh..."

"Apa eleh?" Terus kepala menoleh ke arahnya.

"Kau ingat kau comel?" soal Luthfan pula.

Terjengil mataku dengan soalan tak kena masa dia tu. Tiba-tiba pula.

"Hello, encik suami. What's wrong with you? Saya tak kata pun saya merajuk. Kalau ada, bagitahu saya bila. And one more thing, saya merajuk atau tak, saya memang comel pun. Bukan setakat comel, malah cantik, hot dan seksi. Full package, you know?"

Haa sudah, dia dah mula dah, desis hati Luthfan. Menggeleng.

"Kenapa diam?" soalku pelik.

"Suka hati aku lah nak diam. Yang kau sibuk sangat kenapa?"

"Eeee tak payah lah nak marah."

"Dah kau buat aku naik angin, mestilah aku marah."

Aku mencebik lagi. Luthfan pula sejak tadi hanya menjeling sebal ke arahku. Marah lah tu!

"Dah lah. Nak tidur!" Memaling wajah.

"Haa bagus lah tu. Tinggalkan orang sorang-sorang."

Aik?

Termati terus niat aku nak menoleh wajah. Sisi Luthfan aku pandang.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now