Bab 20

7.5K 353 3
                                    

Hampir seharian juga, aku hanya berkurung dalam bilik. Tujuan, melayan perasaan. Dan bila Luthfan panggil, aku hanya mengikutinya. Cuma, perangaiku sudah tak sama seperti sebelum ini. Aku lebih banyak diam dan hanya bercakap bila perlu sahaja.

Aku perlukan masa. Dan aku juga perlukan ruang untuk merawat luka di hati. Kalau Luthfan tak mampu sembuhkan, maka biarlah aku berjuang merawatnya sendiri.

Lagi.

"Kenapa tak makan?" soal Luthfan bila sedari tadi aku hanya merenung nasi dan lauk di atas pinggang.

Bila dengar itu, aku menggeleng kecil. "Aileen dah kenyang."

"Tapi seharian kau tak makan. Kenyang apa?"

"Kenyang makan hati aje, bang. Abang tak perlu risaukan Aileen, okey? Aileen boleh jaga diri sendiri." Aku bangkit dan berlalu terus ke bilik tidur.

Sejak semalam, aku sedar sesuatu. Perangai Luthfan berubah. Dia menjadi lembut dan setiap ayatnya terselit nada prihatin. Tunak matanya juga bagaikan mahu memujukku. Dan disebabkan itu, aku perlu kuatkan hati supaya jangan mudah tertipu lagi!

Aku...perlu bertahan.





Kala ini, aku terduduk lemah. Mataku pula terpejam erat dengan dahi yang berkerut sini sana. Peluh yang tadinya tiada juga mula keluar menghiasi tepi wajah.

Arghh!

Di birai katil ini, aku mengerang menahan sakit. Perut yang terasa pedih dan memulas, aku cengkam sekuat-kuatnya.

Aku tak sangka. Tiba-tiba sahaja, aku datang bulan. Ikutkan kalendar, masih terlalu awal. Risau juga aku dibuatnya. Tapi bila mengingatkan emosiku yang kurang stabil sejak semalam, mungkin inilah salah satu faktor period aku awal keluar.

Dan sekarang, aku senggugut!

Aku menukar posisi. Perlahan-lahan, aku cuba membaringkan tubuhku di atas katil. Tanganku masih setia memegang perut. Menahan tekanan pedih yang tak henti-henti terasa di sana. Sumpah, aku rasa macam nak mati aje sekarang ni.

Bila sudah baring, aku cuba pula mencari posisi yang selesa. Kiri kanan aku berpusing, tetapi hasilnya tetap juga sama. Aku rasa tak selesa dan masih rasa sakit yang teramat.

Ah, cepatlah pergi wahai senggugut. Aku dah tak tahan lagi ni...

Aku pejam mata lagi. Sakit. Ini ada lah kali kedua aku senggugut. Kali pertama, waktu aku di rumah. Masa itu, ada mama yang sentiasa membantu aku. Bagi aku ubat dan sentiasa menasihatiku untuk berehat. Disebabkan itu, cepat saja aku sembuh daripada sakit.

Tapi sekarang?

Aku menggeleng. Cuba untuk melupakan semuanya. Pasal Luthfan, aku harus buang tentang itu jauh-jauh. Sekarang ni, aku perlu fokus cari cara nak kurangkan menstrual pain aku ni. Sakit dia, nauzubillah!

Aku berdesis bila sekali lagi, bawah perutku bagaikan disambar petir. Cepat-cepat tangan di bawa ke perut.

Beberapa minit aku begitu. Sampailah kedengaran satu suara garau bergema di luar pintu.

"Aileen, boleh aku masuk?" soal Luthfan separuh menjerit.

Sebab aku dah tak ada tenaga, aku hanya mengizinkannya sahaja untuk masuk.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now