Bab 10

7.1K 352 10
                                    

"Let's fight."

Bergema-gema ayat itu di telingaku. Aku pandang dia dengan mata yang terkelip-kelip. Tak percaya. Aku salah dengar?

"Again?" Aku minta dia ulang. Dan seperti yang aku minta, ayat yang sama dia lontarkan.

"Let's fight." kata Luthfan. Matanya mencerun pandang aku. Sekali pandang, macam nak dimakannya aku hidup-hidup. Grrr...

Aku masih terbungkam.

"You mean..." Sengaja aku gantung ayat. Selebihnya, aku gerakkan tangan aku, gaya menumbuk angin. Biar dia faham.

Aku nampak Luthfan mengangguk. Al maksud benarlah telahanku.

Dia ajak wrestling!

"Betul?" Aku meminta kepastian. Kening naik sedikit.

Berdecak aku bila soalanku tak dibalas Luthfan. Senyap memanjang. Namun hanya seketika sebelum aku nampak tangannya sudah naik. Bersedia untuk berlawan.

Seakan mendapat satu aura lain, tiba-tiba sahaja dahiku berkerut. Tubuhku yang agak tegang tadi tiba-tiba sahaja mengendur. Kedua belah tanganku jatuh ke sisi. Hanya mata memandang Luthfan yang kelihatannya sudah sedia hendak berlawan.

Kali ni, aku melihat pula ke arah tangan Luthfan. Bibirku tiba-tiba sahaja naik mengulum senyuman.

Sinis.

"Apa barang main pakai boxing gloves. Buka lah. Kita lawan pakai tangan." Seraya itu, aku terus menanggalkan boxing gloves yang tersarung di tangan. Kemudian, aku lempar dan biarkan sahaja benda itu di atas lantai.

Usai, rambutku yang terlepas bebas aku ikat tinggi. Biar tidak menganggu proses bergusti aku dengan Luthfan nanti. Anak rambut pula dibiar lepas ke tepi wajah. Kemudian acah tiup, biar nampak cool sikit.

"Small matter." Luthfan tersenyum sinis sebelum turut menanggalkan boxing gloves.

Tegang.

Tajam anak mataku merenung Luthfan. Sama dengan dia. Dia juga turut membalas renungan tajamku. Tak lama setelah itu, aku nampak Luthfan melangkah mendekatiku. Cepat sahaja tangannya bergerak, ingin menumbuk aku. Tapi secepat-cepat dia, aku lagi cepat mengelak. Cekap saja aku ke kiri.

Aku kembali berdiri tegak. Nafas termengah-mengah sambil mata mengerling Luthfan. Dapat aku lihat, sudut bibir lelaki itu ternaik sedikit. Macam sengaja mencabar aku.

Dadaku berdebar kencang melihatnya. Jiwa pula berkobar-kobar ingin membalas tindakan dia. Tak membuang masa, aku langsung meluru ke arah Luthfan. Ingin menumbuk dia. Tapi saat aku ingin melayangkan penumbuk, dia terlebih cepat mengelak. Sama macam aku tadi.

Aku takkan mengalah!

Aku terus sahaja membuat tindakan sama. Menumbuk dan mengelak. Begitu juga Luthfan. Makin lama, nafasku semakin lelah. Tercungap-cungap aku menarik nafas.

"Lemah." Luthfan menyindir sinis.

Terkedu aku mendengarnya. Telinga tiba-tiba rasa panas. Bagaikan sengaja mencabar, perkataan Luthfan itu berjaya membuatkan sisi lainku keluar. Rasa penat tadi sekelip mata sahaja berubah menjadi semangat baru.

Aku tersenyum. Saat Luthfan meluru dan ingin melawanku lagi, aku pun tak buang masa langsung menunduk. Sebaik sahaja tumbukan Luthfan terlepas, laju sahaja aku berdiri dan berpusing. Mengangkat dan melayang tepat tanganku pada belakang tubuhnya.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now