Bab 11

6.9K 344 16
                                    

"Senyap..."

"Aku tahu lah."

Tap tap tap...

"Aku kata senyap."

"Eeee ya lah! Aku tengah senyap lah ni. Aku dah jalan slow dah ni."

Aku menjeling Luthfan di tepi. Lelaki itu dari tadi suruh aku senyap. Rasa nak tampar-tampar aje muka dia tu. Orang dah senyap lah, tapak kaki ini aje yang degil nak buat bising. Masih berbunyi walaupun aku dah jalan perlahan.

"Shhhtt..." Luthfan menyuruhku diam lagi. Dan aku yang melihatnya hanya menjeling.

Aku tahu lah!

Penuh berhati-hati, lagak pencuri aku berjalan. Begitu juga Luthfan. Sebab tak nak mama dan ayah Luthfan bangun, kan? Hah, inilah jadinya!

Dan entah macam mana aku boleh tersilap langkah, laju saja kaki menendang kuat anak meja yang berada di tepi tangga. Bergema seisi ruangan itu aku buat.

Aku menutup mataku sambil hati puas menyumpah serana diri sendiri. Sumpah, sekarang aku rasa macam nak menyorok dalam mangkuk tandas. Walaupun aku tak toleh, pandang muka Luthfan lagi, tetapi aku tahu yang sekarang mesti dalam hatinya berniat hendak menyiat-nyiat organ dan kulitku menggunakan parang.

Luthfan berhenti. Aku juga ambil keputusan yang sama di belakangnya.

"Kau memang tak faham bahasa, kan?"

Gulp!

Apa nak buat ni? Aduh, ini semua salah kau kaki!

"Errr... Bahasa Melayu dan Inggeris aku faham. Kalau bahasa Cina tu tak sangat. Itali tu boleh lah sikit-sikit. Kalau Arab..."

"Aileen..." Luthfan berpaling ke arahku. Matanya dah selamat menikam anak mataku. Tajam kalah-kalah pisau dapur jiran sebelah.

"Ya?"

Kelihatan rahang lelaki itu bergerak-gerak. Sedaya upaya aku tayang muka biasa. Membalas renungan tajam dia tu dengan tatapan naif dan polos.

"Jangan sampai kaki kau tu tak mencecah lantai." katanya penuh tersirat.

Bila dengar itu, dahiku bertaut. Tak faham dengan ayat dia itu.

"Hah? Apa maks..."

Mataku terus terbuntang. Belum sempat aku nak sambung pertanyaanku, tubuhku tiba-tiba dicampung. Akibat terkejut, aku meronta-ronta minta dilepaskan. Luthfan pula dengan kejamnya, makin memperketatkan campungan.

Jangan sampai kaki kau tu tak mencecah lantai...

Rontaanku tiba-tiba terhenti. Kata-kata Luthfan tadi tiba-tiba sahaja bergema di telinga. Jangan sampai kaki aku tak mencecah lantai? Aku berfikir sejenak.

Haaa faham!

Dia nak angkat aku.

Aku tersengih. Hmm Luthfan ni sebenarnya sengaja nak ambil kesempatan dengan aku. Tapi saja tak nak orang tahu. Bijak!

Dengan bibir yang masih tersengih nakal, aku melingkarkan tanganku pada lehernya. Kuat tapi lembut. Wajah pula sengaja aku dekatkan pada ceruk lehernya. Tarik nafas dalam-dalam dan seketika, aku dibuai dengan bau badan dia. Bau minyak wangi Hugo Boss. Masih tersisa biarpun dengan badan yang bermandikan peluh.

"Don't, Aileen." kata Luthfan, marah. Rahangnya kelihatan tegang menahan geram.

Tapi aku buat tak tahu. Malah, sempat lehernya itu aku kucup sekali.

"Wangi." Itu pula yang aku kata.

"Aileen, stop before..."

Tapak kaki seseorang menghentikan bicara Luthfan. Kedua-dua kami menoleh pantas ke arah punca bunyi tersebut. Terkejut. Saat itu juga, dapat aku rasakan jantung lelaki yang sedang mengangkat aku sekarang ini berdetak dengan lajunya.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now