Bab 4

7.1K 392 10
                                    

Kaki digagah lagi untuk berlari sekuat hati. Ke mana hala tujunya pun aku sendiri tak tahu. Yang ada dalam otak sekarang ni, aku perlu selamatkan diri.

Aku berhenti seketika, ingin menoleh kiri dan kanan. Suasana unggas di sekeliling itu sangat damai dan semula jadi. Berjaya menjadikan hati yang melihatnya tenang.

Tetapi tidak dengan aku!

Sekali lagi, tertoleh-toleh kepalaku mencari tempat untuk bersembunyi. Di dalam hutan yang sangat besar dan gelap ini, memang sukar untuk aku mencari tempat melindungi diri.

Tap...

Badanku mengeras. Keringat dingin yang sudah sedia keluar bertambah lebat bercucuran.

Gulp!

Dadaku semakin berdebar kencang. Bunyi derapan kaki yang perlahan semakin dekat menjamah pendengaran telinga.

Benda itu...sudah berada dibelakangku.

Entah apa yang merasukiku, aku tiba-tiba menoleh ke belakang. Dan saat melihatnya, mataku meluas. Air liur ditelan payah sebelum aku menjerit saat binatang buas itu mula menerkam diriku.

"AAAAA!!!"

Aku terbangun. Tubuh automatik menegak daripada pembaringan. Naik turun naik turun dadaku menahan sesak.

Astaghfirullah, aku bermimpi buruk!

Terkebil-kebil mataku memandang hadapan. Tidak percaya, selama hidup aku tak pernah mimpi benda macam ni!

Aku pegang dahi pula. Terkejut. Sebab terlalu banyak peluh yang merenek di situ. Mengenangkan itu, aku kembali menelan air liur.

Berpasir.

Tak semena-mena, mataku berkaca. Aku melurut dadaku supaya bertenang, namun itu semua hanyalah sia-sia.

Jernihan bening itu mula jatuh dari pelupuk mata. Perlahan-lahan sebelum semakin galak membasah pipiku.

Aku...aku takut.

Aku memeluk bantal kesayanganku. Tipikal seorang Aileen. Takkan boleh tidur selagi tak ada bantal busuk disamping.

Setelah itu, aku turun daripada katil. Ingin keluar dan mencari susuk sang suami.

Langkahku semakin perlahan tatkala diri mula menghampiri kawasan bilik Luthfan. Aku nampak bilik itu masih bercahaya disebabkan pintu bilik itu sedikit terbuka. Mesti Luthfan masih dengan kerjanya.

Kekura tanganku mula mengetuk daun pintu bilik itu. Tanpa menunggu balasannya, pintu itu aku tolak lebar. Maka dengan itu, terlihatlah susuk Luthfan yang sedang menghadap laptopnya di sudut meja. Di atas meja itu pula, terdapat secawan kopi yang sudah tinggal separuh. Nak hilangkan mengantuk rasanya.

Dengan tangan yang masih memeluk erat bantal, aku melangkah menghampirinya yang masih tidak menyedari kehadiranku.

"Luthfan..."

Tubuh Luthfan mengeras. Jari-jemarinya juga tiba-tiba kaku saat sedang menaip.

"Luthf..."

"Kenapa kau tak tidur lagi?" Suara dinginnya mencantas aku.

Aku terdiam. Jantung tiba-tiba rasa nak keluar dari jasad. Air liur pula aku telan sekali. Cuba menghilangkan rasa gugup tadi.

Sumpah, sejak bila aku takut dengan Luthfan ni?

"Aku...aku..." Tergagap aku cuba menuturkan kata.

"Aku apa?" Tak keras, tapi cukup membuatkan bulu romaku menegak sembilan puluh darjah saat mendengarnya.

Sejurus itu, aku nampak Luthfan mula memutarkan kerusinya menghadap aku. Wajahnya seperti selalu. Dingin dan tak berperasaan.

"Aku..." Tiba-tiba, pelupuk mataku memberat. Sedar-sedar saja, setitis air mata sudah selamat jatuh menghiasi wajah.

Luthfan nampak terkedu. Mungkin sedar yang aku tiba-tiba sahaja jadi perempuan cengeng malam ni. Sebab selama kenal dia, aku tak pernah sekali pun menjatuhkan air mata. Bukan dia seorang, malah semua orang!

Sebab Aileen Casandra bukan tipikal manja dan cengeng!

Tapi malam ini lain. Aku sendiri tak tahu kenapa malam ni aku betul-betul lemah dan beremosi. Aku nak tahu tapi lebih baik buat tak tahu.

"Aku...aku tak dapat tidur" Aku menunduk, membiarkan air mata yang lain jatuh lagi. Ah, aku benci menangis!

"Kau ni dah kenapa?" soal Luthfan, menyandarkan tubuhnya pada belakang kerusi.

Aku ni dah kenapa? Aku pun tak tahu. Nak kata period, belum tiba masanya lagi.

Aku kembali menatap Luthfan. Kali ini pandanganku seperti sedang merayu. Dengan mata yang sudah memerah akibat menangis.

"Temankan aku tidur, Luthfan" kataku.

Luthfan nampak terkedu. Tapi tak lama setelah itu, aku nampak bibirnya naik menyungging senyuman.

Sinis.

"So, this is your plan?" Soalan Luthfan mengundang kerutan pada dahiku. Blur.

Aku mengesat air mataku sebelum menggeleng tak faham. Pelan? Apa maksud Luthfan ni?

Sekali lagi, Luthfan tersenyum sinis.

"To tackle me? To get sympathy from me? Was you?"

Terkedu aku mendengarnya. Hati pun bagai rasa digilis saja rasanya. Tergamak Luthfan menuduh aku begitu! Aku tahu lah aku ni memang tak boleh dipercayai sangat. Penuh dengan idea licik untuk mendapatkan hati dia. Tapi tidak dengan benda sekarang ini!

Andai aku mempunyai kudrat, sudah lama aku hempas dia guna buku yang ada di meja dia tu. Geram. Dia tahu tak dituduhi bukan-bukan itu sakit?

"Out of plan, Luthfan! Aku betul-betul tak dapat tidur!" Dalam tak sedar, suaraku mula naik seoktaf. Kepala tiba-tiba berdenyut.

"Your face look suspicious."

Sinis.

"Sorry but I'm not the kind of stupid guy who is easily fooled by others." Luthfan menyilang tangannya ke dada.

Bullshit!

"I'm not too crazy to acting at 2 a.m now, pazzo! (gila)" Aku menjerit lantang bersama air mata yang kembali deras.

Tak ingin berlama-lama di situ, aku akhirnya angkat kaki meninggalkan master room Luthfan. Aku tahulah aku ni gila. Gila dengan dia. Tapi tidak lah sampai nak buat kerja tak berfaedah tu pagi-pagi buta begini.

Luthfan nampak terkaku. Kejung dia ditempat yang sama. Hanya matanya sahaja memandang figuraku yang semakin jauh meninggalkan ruangannya.

| C | Aileen X LuthfanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon