Bab 2

8.5K 417 11
                                    

Cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap yang ada dibilik itu membuatkan aku tersedar dari lena. Pantas tangan naik menutup mata. Silau.

Untuk seketika, aku teringat sesuatu. Dan sesuatu itu berjaya membuatkan aku tersenyum selebar-lebarnya.

Aku masih tak percaya. Jovian Luthfan, anak sulung kepada pengurus syarikat Joven Trending yang terkenal kini menjadi suamiku!

Jovian Luthfan, jejaka terhangat di pasaran. Berusia 30 tahun dan mempunyai rupa paras yang mampu membuatkan kaum perempuan menjerit histeria melihatnya. Mata hazelnya, hidung mancungnya, bibir seksinya. Semua perfect!

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku rezeki suami yang kacak seperti dia. Walaupun umur kami beza lima tahun, aku 25 dia pula 30. Lantaklah, umur tak penting. Yang penting, suami aku hensem. Kau ada?

Aku langsung memusingkan badanku ke kanan. Ingin menyambut pemandangan indah si suami. Namun saat aku sudah menoleh, aku mencebik kuat. Selimut yang ada ditendang sekuat-kuatnya.

"Argh!" Macam mana kau boleh lupa ni, Aileen? Kau dan dia tidur bilik berasingan!

Aku bangun. Rambut yang sedikit berserabai dibetulkan. Perlahan-lahan, kaki mencecah lantai dan langsung berjalan ke cermin.

"Haih, cantik betul aku ni. Takkan Luthfan tak perasan kut?" Aku menyanggul tinggi rambutku ke atas. Usai, aku membiarkan anak rambut depanku jatuh ke tepi wajah.

Cantik!

Tanpa membuang masa, aku langsung melangkah menuju ke dapur. Gila-gila aku ni pun, aku tetap memasak tahu? Tak kesah lah Luthfan makan ataupun tidak, yang penting aku tak nak jadi isteri derhaka. Ayah dan ibu tak pernah ajar jadi jahat. Jadi nakal tu mungkin. Sikit?

*****

Pang pang pang!

Peluh yang merenek diseka menggunakan belakang tangan. Fuh, masak macam pergi berjuang!

Pang pang pang!

Dahi sebelah kiri pula diseka.

Pang pang pang!

"Woi, kau ni memasak ke menembak? Boleh pekak telinga aku dengar tahu tak?" Luthfan yang tidak tahu dari mana datangnya langsung bersuara.

Aku langsung berhenti memasak. Terkejut juga bila Luthfan tiba-tiba sudah berdiri di belakang aku.

Dapur gas dimatikan. Tuala kecil dicapai untuk mengelap tangan sebelum aku menoleh ke belakang.

Gulp!

Maskulinnya!

Sabar Aileen sabar!

"Eh, tak pergi kerja ke?" soalku, tersenyum. Suara dikawal agar tidak bergetar.

Melihat kedekatan kami sekarang ni membuatkan jantung aku hampir melorot jatuh ke lantai. Cepat-cepat, kitchen counter yang ada dibelakang aku pegang.

"Aku kerja kat rumah hari ni." balas Luthfan dengan kedua belah tangan yang tiba-tiba diletakkan di antara tubuhku.

Weh, terkunci!

Luthfan mengerling tubuhku atas bawah. Aku yang melihatnya meneguk liur. Gila Luthfan! Kau jangan nak bagi aku fakehope!

Luthfan kembali merenung wajahku. Aku pun sejak tadi hanya terkebil-kebil kaku.

"Nak makan dah ke?" soalku perlahan. Positif. Mungkin dia lapar.

"Kau masak?" tanya Luthfan pula, mendatar.

"Eh, tak lah. Kucing jiran yang masak. Kau sendiri nampakkan tadi?" Tanpa rasa bersalah, dada bidangnya aku tolak agar menjauh. Kemudian, aku menjeling sebal. Dah tahu nak tanya lagi!

"Akulah masak. Siapa lagi nak masakkan untuk kau. Takkan kau nak cari betina lain lagi?" Aku mengerling dirinya sekilas.

"Why not?"

"Wow, berani!" Aku bercekak pinggang dengan sebelah tangan diletakkan di atas meja dapur.

"Well...aku tak sayangkan kau. So, why not?"

Auch double kill!

"Blablabla..." Aku buat tak tahu. Lantas, kaki di atur untuk menyediakan apa yang patut.

Usai, aku terus memanggilnya untuk ke meja makan.

"Encik Suami, semua dah siap ni. Sinilah! Makan!" Suara sengaja dibesarkan walaupun kami tidak jauh mana. Beberapa meter aje pun.

"Tak ingin aku rasa masakan kau." kata Luthfan acuh tak acuh.

Aku tersentak. Ya Allah, berapi pula telinga ni!

"Kau...!" Rahang diketap-ketap.

"Penat-penat aku bangun awal, nak masak dengan ikhlas. Kau pula dengan senangnya tak nak makan!" geramku berkata. Ingin sahaja rambut serabai dia yang seksi tu aku tarik-tarik.

Geram!

"So? Aku peduli apa?" Luthfan tayang muka datar tak berperasaan.

Ya Allah!

"Suami bala!" pekikku sedikit kuat.

"Isteri gila." kata Luthfan pula.

Kami membalas jelingan. Tajam penuh dendam. Tapi jujur, aku tak rasa nak berdendam pun dengan dia. Dalam hati cuma ada satu.

Cara nak pikat hati batu ni!

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now