Bab 9

6.7K 365 19
                                    

"Apa kau nak?"

Aku yang sejak tadi merenung Luthfan tersenyum kecil. Akhirnya, dia tanya juga soalan tu. Penat aku tunggu.

"Abang." jawabku. Mata dikebil-kebil lagi.

Aku pandang Luthfan. Matanya sudah mula menikam tajam mataku.

"Aku bukan abang kau." katanya acuh tak acuh. Tangannya masih ligat mengeringkan rambutnya yang basah. Setitis demi setitis air jatuh ke tepi wajah. Mengalir perlahan hingga ke tubuh tegapnya.

Damn! 

He is so hot!

"Tahu. Abangkan suami Aileen." Aku mengernyit mata. Sengaja nak goda dia lagi. Mana tahu kali ni sangkut.

Pergerakan tangan Luthfan terhenti. Dia berpusing ke arahku sebelum sebelah tangannya bertongkat di atas meja.

"Why you so obsess with me, Aileen?" soalnya dingin.

Aku terdiam.

"Hmm?" Luthfan masih menunggu. Kali ini aku nampak keningnya sedikit naik, menanti jawapan aku.

Lama aku terdiam sebelum bibir dengan sendirinya bergerak. Melontarkan ayat yang berjaya membuatkan tubuh kekar itu terkaku.

"Cause I love you, Luthfan."

Luthfan termangu. Beberapa saat mata kami bertentangan. Sampailah Luthfan berdehem, dia langsung melarikan pandangan matanya.

Ehem...

"Aku tidur atas katil. Kau tidur atas lantai." Tak ada angin, tak ada ribut, Luthfan langsung memberikan kata putus.

Terkejut aku dibuatnya. Luthfan ni memang tiber. Apahal pula aku tidur atas lantai?!

"Aku tak nak. Suka hati dia aje nak suruh orang tidur atas lantai. Tak sweet langsung!" Aku menjeling geram.

"Apa? Kau ingat ni drama korea? Hero tidur atas lantai manakala heroin pula tidur atas katil?" Luthfan bercekak pinggang.

"Tak masalahnya ini bukan drama. Ini real life!" Naik turun dadaku menahan geram. Sumpah, bercakap dengan Luthfan ni memang boleh buat orang sakit jantung.

"Okay, then let's do the real."

Luthfan yang sudah lengkap berbaju itu aku nampak sedang berjalan ke katil. Tubuhnya yang kekar itu direbahkan lalu dengan santainya, tangannya diletakkan di belakang kepala.

"I sleep here. Fullstop." Senyum sinis.

Aku mengetap rahang. Geram tak sudah-sudah. Benar, kalau aku tunjuk sisi sebenar aku ni, mahu tak remuk tulang si Luthfan ni aku buat. Biarpun dia ada otot, aku peduli apa?

Nasib aku dah angau sayangkan dia.

"Untung kau dapat isteri macam aku ni. Kalau perempuan lain, memang dah repot polis. Akta 521, keganasan rumah tangga. Punca, suami dera isteri." kataku panjang lebar. Ambik kau Luthfan!

"So?"

Jerk!

"Tak guna betul kau ni." Aku membebel sambil tangan sibuk menebar selimut atas lantai. Bantal aku capai kasar. Kemudian diletakkan di atas selimut tadi.

"Tapi ingat tau, Luthfan. Walaupun kau nampak aku membebel dan mengutuk kau macam ni, cinta aku pada kau tak pernah berkurang." sempat aku berkata sebelum berbaring di atas lantai itu.

*****

Dahiku berkerut sebaik sahaja hati rasa sesuatu. Perlahan-lahan, mata aku buka. Terjaga dari lena.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now