Bab 22

7.4K 338 1
                                    

Aku perlu jadi dingin untuk seketika. Pegang dada. Cakap ke hati, aku perlu kuat dan jangan mudah terpedaya.

Dengar tu Aileen? Jangan mudah terpedaya!

"Aileen nak makan?"

Rasa nak lumpuh saja sistem badan ni bila suara bersalut kelembutan Luthfan itu masuk ke gegendang telinga. Untuk sekian kali dan harinya...

Dia buat lagi!

Aku berdehem singkat. Sesekali aku meneguk air liur buat hilangkan rasa kering kerongkong. Dah macam gurun sahara pun ada. Kering kontang betul leher aku ni!

Tanpa menoleh ke arah si dia yang sedang berada di samping, aku mengangguk. Ligat sahaja tanganku menekan-nekan punat air panas pada penapis air coway.

Dalam tanganku sekarang ini, ada satu cup maggi kari. Disebabkan perutku tiba-tiba sahaja buat berjedag jedug percuma tadi, aku pun langsung bergegas ke dapur. Cari barang yang boleh di makan sebelum perutku berjedag jedug makin teruk dan rancak.

"Makan maggi aje?"

Eh tak lah. Nak makan daging gajah lagi lepas ni. Abang food panda tengah on the way hantar.

Aku mendengus dalam hati. Dah nampak, lagi nak tanya!

"Hmm..." gumamku sembari mengacau-ngacau mee dalam cawan maggi.

Cawan maggi dipandang. Kepulan-kepulan asap halus kelihatan mula naik menampar halus mukaku. Perut pun tiba-tiba sahaja hilang kompromi. Bila baunya mula memasuki rongga hidung, laju sahaja perutku menjerit meminta diisi.

Haih, sabarlah sayangku...

"Tak payah makan tu. Makan benda lain. Tak sihat kalau selalu makan maggi aje. Boleh timbulkan banyak penyakit. It's been three days in a row that you has eaten this kind of instant food, you know? Three time..."

Aku menjengil. Cis, biarlah! Sibuk aje! Mahu saja aku cakap begitu. Tapi ditukar menjadi ayat lain.

"Tahu. Tapi tak apalah. Nanti, Aileen juga yang sakit. Yang perlu tanggung akibat juga Aileen. Bukan abang. Jadi, abang tak payah risaukan Aileen. Lagipun, siapa juga Aileen untuk abang risaukan, kan?"

"I'm your husband, mia moglie" kata Luthfan berserta pakej muka datarnya.

Aku mengangguk dengan muka yang dibuat acuh tak acuh.

Sebelah bahu diangkat. "Okey." kataku.

Bulat mata Luthfan memandang reaksi penuh selamba aku itu. "Okay? What okay?" soalnya.

Luthfan pandang aku. Aku juga turut pandang dia. Wajah datar tak beremosi aku tayang. Kalau sebelum ini, wajah ini lah yang akan selalu membuatkan aku terlebih semangat. Kadang-kadang sanggup buat benda pelik-pelik demi mendapatkan hatinya.

Tapi sekarang...

Mungkin inilah caranya. Aku perlu jadi dingin buat sementara. Kalau sebelum ini, Luthfan yang tak mahu layan aku. Dingin dengan aku. Sekarang, biar aku pula balas perbuatannya itu terhadapku. Biar dia tahu, betapa sakit dan terseksanya diabaikan.

"Semua orang boleh dapat gelaran itu, abang. Bila dah kahwin, memang automatik status akan berubah. Lelaki jadi suami dan perempuan jadi isteri." ucapku berhenti seketika sebelum kembali bersuara dengan kening sedikit berkerut.

"Aileen selalu perasan yang abang selalu mengaku abang ialah suami Aileen. Abang yakin ke abang ni suami Aileen? Yakin dah berjaya buat Aileen bahagia?"

"...Ataupun abang tak yakin yang Aileen ni isteri abang?"

Kata-kataku berjaya membuatkan mulut Luthfan terbungkam. Tersentak. Mulutnya kelihatan seperti ingin mengatakan sesuatu tapi tiada apa-apa yang keluar. Kosong.

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now