Bab 15

6.7K 341 0
                                    

Alang-alang dah nak pukul lima, aku buat keputusan untuk ikut Luthfan saja pulang. Tapi ada beberapa jam lagi sebelum kerjanya selesai. Jadi aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik pejabatnya. Sajalah, nak ambil angin.

Bila diri mula memasuki pantri, tiba-tiba kakiku terpasung kaku. Rasa curiga mula menghantui saat ternampak perempuan yang sengaja nak cari pasal dengan aku di bilik Luthfan tadi ada di sana.

Melly.

Aku memicingkan mata. Saat ini, aku nampak Melly sedang membancuh kopi. Tiada yang mencurigakan sampailah aku nampak wanita itu memasukkan sesuatu ke dalamnya.

Serbuk?

Aku bersembunyi di belakang dinding. Sesekali kepala disembul untuk melihat Melly.

"Hope Mr. Luthfan drink this."

Bila dengar itu, mataku auto membulat. Melly yang sudah mula meninggalkan kawasan pantri itu aku pandang. Bergerak-gerak rahang aku dibuatnya.

Dia nak apa-apakan Luthfan?

Over my dead body!

Tanpa membuang masa, aku langsung mengekori jejak langkahnya. Dan macam yang aku dah agak, destinasinya ialah bilik Luthfan.

Semakin membara pula api dalam diri saat menyedari rancangan perempuan gila ni. Kau nak goda Luthfan, godalah. Tapi tak payah lah nak bagi dia minum bukan-bukan!

Nasib hari ni aku ada, kalau tak...

Melly aku nampak sudah mula membuka pintu bilik itu. Senyuman di bibirnya membuatkan tanganku ringan hendak singgah ke mukanya.

"Mr. Luthfan..."

Luthfan yang mendengar namanya disebut langsung angkat muka. Dipandang Melly yang sudah berdiri diambang pintu.

"I ada buatkan kopi untuk you..." kata Melly. Mula berjalan mendekati meja Luthfan.

Ingat aku nak biarkan?

Oh, sudah tentu tidak!

Bila nampak Melly berjalan menuju ke meja Luthfan, aku langsung tak buang masa. Dari arah belakang, sikunya sengaja aku langgar. Lantas, membuatkan cawan kopi yang dia bawa itu jatuh mengenai bajunya. Isinya juga tertumpah.

Smirk.

Melly tersontak. Luthfan juga. Aku pula buat-buat terkejut. Tayang muka tak bersalah sikit.

"Upss..." Tapak tangan tutup mulut. Nampak tak kejamnya aku? Haha!

"Sorry..." tambahku lagi.

"Mrs. Casandra!" Naik satu oktaf nada suara Melly. Marah nampak.

"Yes?" Aku senyum lebar. Saja nak buat hati dia makin sakit.

Haih, puas betul hati aku!

"Mr. Luthfan...tengok lah apa yang wife you buat ni." Melly merengek sambil menghentak-hentak kakinya atas lantai.

Aku yang melihatnya hanya tayang senyum. Walhal dalam hati dah nak loya. Geli anak tekak aku ni dengan tindakannya. Merengek bagai. Ada juga yang aku lempang ni kang!

"Ai...Aileen." Luthfan kelihatan buntu akal. Baru sahaja dia ingin bangun, aku terlebih pantas berlalu ke arahnya. Tubuhnya aku tolak agar kembali duduk.

"Oh, no no. Abang duduk aje. Biar Aileen yang urus semua. Aileen yang salah. Jadi, biar Aileen yang bertanggungjawab." Kernyit mata dulu sebelum tersenyum sinis.

Pandang Luthfan yang hanya menggeleng itu, aku dah dapat rasa dia tahu niat sebenar aku.

"Don't do crazy things, Aileen." kata Luthfan, hanya aku dan dia sahaja yang dengar.

Aku senyum. "Oh babe, trust me." Aku meyakinkannya sebelum berlalu ke arah Melly.

Rambut yang terlepas, aku sebak kebelakang.

"You okay?" Aku menunduk sedikit. Memandang Melly yang sudah terduduk menggosok kakinya yang terkena cecair pekat panas itu.

Itulah! Pakai lagi baju tak cukup kain!

Rahangnya aku nampak bergerak-gerak. Dia menarik nafas sebelum pandang aku dengan tatapan tajamnya.

"You!" Suaranya kedengaran ditekan di celah-celah gigi.

Aku angkat kening. "Me? Hm?"

"How dare you! Baju I ni baru tahu, tak?!"

Eleh. Baru ke lama ke, ada nampak muka aku ni kesah? Eeee...nak aje aku balas. Tapi aku hanya tahan diri daripada terlebih biadab.

Senyum diukir lagi. Kali ini, lebih manis. Tanganku naik mengusap-usap rambut panjangnya.

"Alololo...marah ke?"

"Don't touch...Auch!"

Baru sahaja dia ingin menyerang aku, aku dengan tak bersalahnya laju menarik bawah rambutnya. Tatapan tajam dan dingin aku lemparkan sebelum kembali ke asal. Manis.

"Ups, sorry again..." Rambutnya aku lepaskan. Kemudian tangan aku acah lap dekat baju. Nak bagi dia tahu. Tak ingin lah aku nak sentuh rambut dia tu. Jijik!

"Apa masalah you sebenarnya, hah?!" Muka Melly kian memerah. Makin geram dan marah dengan aku.

Aku pandang Luthfan sekilas sebelum pandang Melly semula.

"You tanya apa masalah I?" Terletus terus bunga-bunga tawaku. Rasa kelakar. Tapi hanya seketika sebelum tawaku mati. Berganti riak serius.

"I think you should asked your coffee..." ucapku datar. Dingin.

Pucat terus muka Melly tatkala mendengar kata-kataku. Dan melihat perubahan wajahnya itu, aku tersenyum puas hati.

"A...apa yang you cakap ni?" tanya Melly, buat-buat tak tahu apa-apa.

"Kenapa gagap?" soalku pula. Sengaja bagi dia makin kecut dengan soalanku. Sebab orang kata, orang bersalah selalu gagap.

"I tak tahu apa yang you merepek ni, Mrs. Casandra?"

Amboi! Lagi nak tegakkan benang yang basah perempuan ni!

"Awww, look how innocent is you." Aku menyindir lembut. Telinganya menjadi sasaranku. Langsung sahaja aku dekatkan bibir sebelum berbisik.

"I'm not that stupid, girl." Aku senyum sebelum menyambung lagi.

"Kau ingat aku tak tahu muslihat kau?"

Melly telan air liur.

"Sekali lagi aku nampak kau nak apa-apakan suami aku, ataupun nak goda suami aku, aku teragak-agak nak baling kau dari tingkat sebelas ni."

Sekali lagi, aku nampak wajah Melly memucat. Aku ambil peluang untuk berbisik lagi.

"Dan pesanan terakhir aku..."

"Boleh mampus dengan kopi jahanam kau tu..."

Bagaikan disumpah, Melly cepat-cepat mencapai cawan yang terjatuh tadi sebelum berlari meninggalkan bilik itu. Aku hanya memandang sepi belakangnya. Baguslah kalau dia dah berambus.

"What do you said to her?" Luthfan kelihatan bingung bila nampak Melly sudah selamat meninggalkan pejabatnya.

Tak tahu nak balas apa, aku sekadar angkat bahu.

"Aileen cuma cakap, have a nice day. Itu aje..." balasku bersahaja.

"Haih..." Luthfan mengeluh. Pangkal hidungnya dipicit-picit. Pening, mungkin?

| C | Aileen X LuthfanWhere stories live. Discover now